Friday, 1 June 2012

# sebuah perjalanan #



dalam hidup ini, sememangnya memulakan langkah memang perit, kerana kita seharusnya 
bermula dengan bertatih. kadang-kadang akan membuatkan kita  jatuh, dan perlulah bangkit
 untuk bangun semula.
perjalanan hidup akan lebih perit lagi apabila perlu bangun  tanpa tangan yang sudi untuk
 menghulur bantuan.
 di saat inilah diri akan terasa kembara bersendirian.
 diri ini sering impikan syurga idaman, yang penuh dengan keindahan. adakah diri ini 
mampu menikmatinya?
 sedangkan diri sering tidak mampu  bertahan dalam setiap ujian yang menimpa.
 kerdilnya diri bila mghitung keringat yang gugur, titisan airmata kecewa, rupanya masih
 sedikit cinta dan kasih ini dipadukan, untuk mekar dalam jambangan setia pada perjuangan 
kejalan cahaya.
semoga kita mampu bangkit dalam mengorak langkah yang lebih baik, insyaallah.

No comments:

Post a Comment