Wednesday 20 February 2013

antara madu dan racun

 kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan, kata-kata yang berhikmah bisa menyedarkan kita...

begitulah kuasa "kata", yang mampu membangkitkan, jua merebahkan setiap insan....

bila difikir-fikirkan balik, kerakusan dalam berfikir sering menyekat minda untuk meneruskan proses berfikir secara terperinci, kerana desakan nafsu menguasai.

malah, ketinggian ego juga merampas kebahagiaan dek kelemahan insan dalam menyemai benih-benih cinta sesama insan, lantaran tidak sudi untuk menuturkan kata-kata indah, "maaf" untuk insan yang melakukan khilaf.

di sebalik nikmat material dunia ini, disitulah terpaculnya keegoan yang mendesak, sehinggakan rela mengusir insan lain dek kemiskinan material dengan hamburan nista yang merobek jiwa. inilah bisa mencari racun diatas perbuatan insan... kerana sanggup berpisah silatulrahim gara-gara berebut material, gara-gara tajamnya lidah mengata nista... 

namun, lembutnya lidah juga bisa menjadi madu, sebagai penawar duka yang dicucuk duri. kata-kata manis berupa doa, pedoman kepada insan yang mengembara dalam kesukaran mampu membangkitkan keriangan di hati mereka. alangkah indah lagi jika madu itu turut dirasai oleh insan yang mewah materialnya, sering memberikan 'perkongsian nikmat' kepada insan yang sudah lelah dalam pencarian sehari-harian,namun hasilnya cuma sedikit sahaja. 

alangkah indahnya Islam kerana mementingkan kebajikan umatnya, tidak menilaikan insan dek semata-mata kemewahan dunia, tetapi bersangkut dengan iman dan takwa....

sesungguhnya, alangkah ruginya kepada insan yang sering bertakhta di atas tsunami derita insan lain kerana tidak mahu merasai nikmat orang lain melebihi diri mereka.

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA SETIAP REZEKI, SETIAP DETIK MASA DALAM HIDUP KAMI INI TIDAK PERNAH SESAATPUN KAU TINGGALKAN. MAKA, IZINKANLAH KAMI MAMPU HIDUP DALAM PENUH KESYUKURAN, DALAM PENUH PENGHARAPAN PADAMU.
HIDUP, MATI KAMI HANYALAH PADAMU... AMIN YA RABB.


serpihan kemilau



indah kurniaanNya memang sukar untuk digambarkan... segala pujian diucapkan syukur padaNya. 

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR.....

sememangnya, disebalik kesulitan pasti akan ada jalan penyelesaiannya. berita yang tidak kuduga akan hasilnya telah menguntumkan senyuman dibibir, merebakkan wangian syukur dalam diri. sesungguhnya, aku tidak menduga nikmat kurniaanNya disaat aku telah lelah dalam 'bertarung' di dunia. hasil yang tidak dapat aku gambarkan membuatkan hati kegirangan disebalik sebak...

memang kurniaanMu padaku ini adalah nikmat, namun bagiku ia juga bagaikan ujian buatku, kerana aku adalah insan ciptaanMu. Maha Hebat kasih sayangMu, Maha pemurah nikmatMu, sesungguhnya , sungguh rugi jika aku masih menjauhkan diri dari dekat denganMu.

Ya rabbi, kuntuman kejayaan yang Kau siramkan padaku membuahkan kilauan sinaran yang meriangkan suasana.....

semoga kurniaan ini mampu menambatkan diriku untuk dekat padaMu dalam beribadah... 

doaku:
Ya Rahman, Kau kuatkanlah diriku untuk membentuk diriku sebagai muslimah yang sejati, yang sentiasa dahagakan tingkah yang beramal, yang sentiasa ringankan jari bertasbih padaMu, yang sentiasa memaniskan bibir untuk memuji keagunganMu.. AMIN..... YA RAbbi...