renyai hujan yang turun hari itu mendamaikan hati setelah sekian lama kampusku di berikan kepanasan..
ALHAMDULILLAH, meskipun renyainya hanya sementara, namun tetap membuka hati setiap insan untuk tersenyum seketika..
bila aku memikirkan kejadian ini, aku sendiri terpesona dengan kehebatanNYA... namun, aku sedar aku masih jauh dariNYA. saban hari, aku meminta untuk menjadi insan yang AMANAH.
namun, aku masih tidak bisa melaksanakannya..
namun, aku masih tidak bisa melaksanakannya..
AMANAH.... gulrrppp...
tersentak seketika.. sememangnya ia sangat berat bagi insan didunia seandainya tiada pengurusan jiwa dan rohani yang beriringan.
aku sememangnya takut untuk menyatakan bahawa aku memang penakut..
sebagai hambaNYA, aku sering lalai ketika bersolat mahupun mengingatiNYA.
sebagai umat Nabi s.a.w, aku seringkali lalai dalam mengikuti sunnah baginda.
aku malu kerana tidak
berusaha untuk menjadi insan yang memiliki akhlak yang terpuji seperti baginda.
aku sering kali lalai untuk berselawat kepadaNYA.
sebagai anak, aku malu memohon ampun diatas kesalahan yang aku lakukan.
aku menjadi lagi malu kerana mereka mudah sahaja memaafkanku meskipun diri ini sering kali melukai mereka.
sesungguhnya, hati mereka ibarat kepingan yang senang memberi doa dan kemaafan kepada insan bergelar anak.
aku menjadi lagi malu kerana mereka mudah sahaja memaafkanku meskipun diri ini sering kali melukai mereka.
sesungguhnya, hati mereka ibarat kepingan yang senang memberi doa dan kemaafan kepada insan bergelar anak.
namun, sejauh manakah aku bisa menjadi harapan semua untuk kearah yang lebih baik?
aku mengakui bahawa aku seringkali tegar dalam mengurus
diri untuk kebaikan.
aku tidak pernah mencuba untuk mengauditkan peribadi sendiri untuk merapatkan diriku dengan Allah, nabi tercinta, ibu bapaku..
izinkanlah semoga aku masih bisa mengemudi sisa-sisa hari yang masih berbaki sebelum ajal menjemput, maut datang menerpa dengan alunan hidup yang bergemersikkan tingkah yang berpekerti, seperti ajaran Ilahi dan sunnah nabi...
YA GHAFFAR, SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAU YANG BISA MEMERCIKKAN JIWA-JIWA KAMI DENGAN SINAR ISLAM, CAHAYA KEBENARAN. MAKA, SEMOGA ENGKAU BISA MEMBERIKAN DIRI KAMI PELUANG DALAM MERASAI NIKMAT DAN MANISNYA AGAMAMU DI DUNIA FANA INI SEHINGGA DAPAT MENJADI TAMU DI SYURGAMU..
AMIN.