Saturday 11 May 2013

di mana cinta kita disaat dugaan melanda




kembara hidup kini terus menghampiri waktu kemuncaknya. kadang-kadang, setiap langkah dalam pengembaraan itu tersadung, tersasar dek rakusnya sang pengembara dalam melangkah menuju ke puncak hidup. namun, kadang-kadang sang pengembara turut menghamburkan kata-kata kesat dek kesalahan mahupun halangan dalam pengembaraan mereka..
ini cumalah kiasan hidupnya insan di dunia yang fana ini. hidupnya sebuah kehidupan pasti menemui jalan terakhir, iaitu pabila kematian bertamu. tika inilah kita tidak bisa lari dari takdirNYA....

cuma, diri ini sering kali tersedak dek merasakan makin jauh dariNYA....
ibadahku, apakah sudah bisa amal-amalku untuk melayakkan aku bergelar ahli syurga?
setiap detik nafas yang masih bersisa ini, seakan-akan dirasakan dibuang, dilangkahi dengan kosong, 
bagai angin yang berlalu dengan sepi sahaja.

insan ini akui bahawa sering meminta untuk menjadi hamba yang tabah, hamba yang amanah, hamba yang sabar, hamba yang reda..
NAMUN, SEJAUH MANAKAH PENERIMAAN DIRI SENDIRI DI SAAT UJIAN DARINYA MENERPA DIRI INI?

MUNGKIN, KADANG-KALA KITA MERASA KESAL  KERANA DIRI KITA YANG TERPILIH UNTUK MENEMPUHI UJIAN ITU, MESKIPUN TANPA KITA SEDARI INI ANTARA JALAN DARINYA UNTUK MENGUJI KITA, SEKALIGUS UNTUK MEMBERIKAN KITA APA YANG KITA MINTA, MUNGKIN HADIAH BUAT KITA UNTUK MENUJU SYURGANYA JIKA KITA BERSYUKUR DAN IKHLAS MENERIMA DUGAANNYA...

SUBHANALLAH..... SUBHANALLAH.... SUBHANALLAH...

ALLAH MEMANG TIDAK ANGKUH, SEBAIKNYA MAHA PEMAAF...
diri ini akui bahawa diri ini sering kali angkuh dengan nikmat sementara di dunia, sehingga mengabaikan cintaNYA dalam hidup, membuaikan angan-angan dan keseronokan semata-mata. malah, terlalu mudah dan rapuhnya diri meninggalkan suruhan...

pabila dugaan melanda. mula mencari sebab, mengapa aku terpilih?
ALLAHU RABBI, kejamnya diri ini pada diri sendiri kerana rela memisahkan
 diri sendiri dengan MAHA PENCIPTA.....

PINTAKU:
 YA RABBI, JANGANLAH KAU TUTUPKAN PINTU HATIKU, 
JANGANLAH KAU GELAPKAN HATIKU DARI
 MENGGAPAI SINAR IMANMU,..
MOGA KAU IZINKAN DIRI INI LAYAK KE SYURGAMU..
MOGA KAU IZINKAN DIRI INI DAPAT MENIKMATI
 INDAHNYA IMAN, ISLAM DALAM AMAL 
KAMI DI DUNIA INI..
BERKATILAH HIDUP KAMI, YA RABBI..AMIN...