Monday 26 November 2012

TIKA MATA DI UJI


setiap hari yang telah berlalu, seringkali mencorakkan senario yang berbeza meskipun dalam kadar yang rendah. setiap hari, diri ini ingin merubah hati, merubah arah tuju. Namun, sejauh mana berkesannya perubahan yang telah berlaku? diri sendiri sukar untuk menjawabnya.

di balik perubahan ke arah yang lebih baik, mata ini sering kali lalai dalam melaksanakan amanah. tatkala mata melihat keagunganNya, ucapan Alhamdulillah mampu dikeluarkan. namun, tatkala mata terleka melihat pandangan yang melalaikan, misalnya pandangan keatas ciptaanNYA yang berlainan jantina dan perkara yang melalaikan, panahan itu  terus menerus menosok ke mata dan turun ke hati. inilah bagiku kesalahan yang aku tidak cuba perbaiki lagi. ASTAGHFIRULLAH..... semoga ENGKAU izinkan aku untuk mampu memadamkan PANAHAN mata dari terus terkena CEBISAN dosa.


bagiku, ini adalah ujian untuk apa yang aku minta dariMU, iaitu berusaha menjadi hamba yang amanah, menjaga ikhtilat. 

sejujurnya aku akui bahawa diri terus leka kerana panahan itu jualah menjadikan aku seorang pengumpat yang terus menerus membuat dosa, menabur hina kepada orang lain. 
entah mengapa aku terus berbau dengan kata-kata yang buruk, tapi aku sendiri akui kadang kala 
tidak menyedari bait-bait bicara buruk itu.

ALLAHURABBI, izinkanlah mataku, mulutku tertutup sendiri daripada terus membuat dosa. ujian ini memang mampu memedihkan hati ini, begitu jua hati-hati yang lain. sesungguhnya,hanya padaMU ku mohon hidayah yang terindah.

IZINKANLAH MATAKU TERTUTUP RAPAT SEMASA JASAD DAN ROHKU BERPISAH SUPAYA AKU MAMPU MENJADI ANTARA HAMBA YANG KAU RAHMATI...
                                                  AMIN,, YA RABBI..



Sunday 11 November 2012

PAKSI MIMPI

termenung bersendirian di tepian sawah yang menghijau. diri terkenangkan mimpi-mimpi yang telah berlalu. meskipun berbeza setiap wataknya, namun MESEJ setiap itu adalah sama, iaitu tentang KEMATIAN.....

ALLAHUAKBAR, ALHAMDULILLAH aku ucapkan kerana masih memberikan aku untuk bernafas melebihi sedetik hingga kini. namun, sejak dilanda mimpi-mimpi ini, diri seakan-akan terdiam kaku. persoalan terus menerjah dalam minda, apakah ini sekadar mainan tidur, ataupun petunjuk untuk setiap kali doa dipohon, inginkan hidayahNYA? WALLAHUA'LAM.


DETIK-DETIK TERUS BERLALU................. namun, suatu ketika itu.......


....................."di manakan aku berada? kenapa keadaan menjadi suram begini? Allahuakbar, aku masih mampu bergerak, aku masih mampu melihat, aku masih mampu brsua. namun, kelibat siapakah di sana?
 di sisi almari yang usang itu, terbujur kaku sebujur mayat. timbul dalam detik hati,
 siapakah gerangannya yang tiada seorangpun peneman di kala itu? kenapa hanya aku yang mampu melihat, yang mampu mendekati gerangan yang berbalut putih itu?
diri ini terus menghampiri balutan putih itu. tak ku sangka diriku sendiri yang aku tertanya-tanya. tapi, akukan masih hidup. kenapa aku boleh menjadi dua? aku masih bisa bernyawa, namun kenapa masih kaku di hujung sana? hati mula gugup, lantas mencuba mendekatkan lagi diri dengan balutan putih itu. ASTAGHFIRULLAH, ini bukan aku, ini bukan aku. wajah yang buruk, bau yang busuk terus menerjah dalam rongga hitung. diri menangis sepuas-puasnya. seandainya ini adalah jasadku, aku tidak rela kerana mungkin ini balasan dari perbuatanku yang sering sia-sia dalam ibadahku, hubunganku. ALLAHURABBI. tidak mungkin ini bisa terjadi seandainya aku mapu menjaga setiap amal dan tingkahku"......................

AKU TERSEDAR DARI LENA DENGAN PELUHAN YANG MEMBASAHI TUBUH.
SUBHANALLAH, AKU MASIH LAGI bernafas di saat aku telah merasakan mati  dalam keadaan yang aku sendiri tidak ingini.

mimpi ini sejujurnya telah memberikan impak besar kepadaku untuk lebih mendekatiNya. InsyaAllah, aku aku usahakan untuk lebih memperbaik detik hidupku.


tatkala aku lebih dekat denganNYA, aku merasakan aman dan tenang. malah, mengundang juga buatku untuk tidak terlalu taksub dengan dunia. INSYAALLAH, semoga pilihanku ini nanti membuatkan aku mampu menempuhi jalan yang lebih baik, aku juga mampu mempertingkatkan segala kelemahan diri.



YA RABBI, SESUNGGUHNYA HIDAYAH HANYALAH MILIKMU. NIKMATNYA HIDAYAHMU SEMEMANGNYA MENENANGKAN JIWA, MERANGSANG JIWA UNTUK MELAKSANAKAN SURUHANMU. PINTAKU PADAMU, IZINKANLAH HIDAYAHMU MAMPU KU CAPAI DALAM MELAKSANAKAN TUGASKU SEBAGAI INSAN DI DUNIA INI, JUA SEBAGAI HAMBAMU YANG ENGKAU RAHMATI DAN KASIHI.

AMIN, YA RABBI...


Wednesday 7 November 2012

BERITA TENTANG ITU

alunan lagu nasyid "KHABAR IMAN" dari RAIHAN terus diputarkan untuk beberapa kali. Alhamdulillah, aku masih diberikan peluang untuk mendengarnya sebagai sentuhan rohani dan peringatan buat diri. Terima kasih tidak terhingga kepada insan yang telah memberikan laluan kepadaku untuk memperolehnya. 

BAGIKU, INI ADALAH ANTARA JALAN ALLAH UNTUK MEMBIMBING DIRIKU KE ARAH YANG LEBIH BAIK, INSYAALLAH kerana setiap yang berlaku selalunya bergantung kepada niat....

antara bait-bait lirik,

 telah kita diberitakan akan tibanya hari kedatangan,
 musibah melanda semesta alam,
 tiada siapa yang dapat menghalang, 
 bila manusia telah lupa,
 sujud menyembah kepada yang Esa, 
 dosa pahala tak dihiraukan lagi,
hati telah gelap hilang cahaya,
lalu berbunyi sangkakala membelah langit,
gegak gempita, masing-masing berlindung diri,
ibu kehilangan anak di kandungan,
bintang yang di langit pun berguguran,
kala itu taubatmu tidak berguna lagi.

sememangnya, apabila mendengar alunan lagu ini, diri sendiri merasa terlalu alpa. aku sendiri merasakan betapa jauhnya diri dari Yang Maha Esa. setiap hari-hari yang berlalu, terlalu jarang memikirkan tentang HARI PENGADILAN di atas amanah kita sebagai hambaNYA. ALLAHU RABBI, betapa ego dan degilnya diri dalam mentaatiNYA.

malah, setiap detik, aku sering membuang masa dan lalai dalam beribadah. ASTAGHFIRULLAH, sukar sebenarnya untuk memperoleh hati yang tenang seandainya terlalu mendambakan ketenangan tanpa berusaha mengurangkan perbuatan sia-sia.

setiap kali melihat wajah insan yang berjuang mengembangkan dakwah dan meningkatkan nilai-nilai islam dalam kehidupan, jujur ku katakan terasa cemburu menghantui. namun, seandainya hanya cemburu tanpa berusaha memperbaiki diri, sememangnya tidak ada gunanya.

Sememangnya, izinkan aku untuk berjuang dalam memperbaik mutu diriku kerana aku ingin sekali berjalan di landasan yang lurus, yang mampu membawaku ke syurgaMU. sesungguhnya, harapan yang besar ini memerlukan diriku berkhidmat sebagai hambaMU dengan lebih taat, ikhlas, istiqamah.


YA RABBI, SEMOGA KAU IZINKAN HIDAYAHMU MAMPU MENYAPA DIRIKU, SEHINGGA TINGKAHKU, TUTURKU, AMALMU HANYA KERANAMU. AMIN.

p/s: semoga setiap kelalaian yang terus di ulik di dunia ini akan bangkit dan berjuang ke arah memantapkan diri sebagai hambaNYA yang di rahmati. AMIN.