BAGIKU, INI ADALAH ANTARA JALAN ALLAH UNTUK MEMBIMBING DIRIKU KE ARAH YANG LEBIH BAIK, INSYAALLAH kerana setiap yang berlaku selalunya bergantung kepada niat....
antara bait-bait lirik,
telah kita diberitakan akan tibanya hari kedatangan,
musibah melanda semesta alam,
tiada siapa yang dapat menghalang,
bila manusia telah lupa,
sujud menyembah kepada yang Esa,
dosa pahala tak dihiraukan lagi,
hati telah gelap hilang cahaya,
lalu berbunyi sangkakala membelah langit,
gegak gempita, masing-masing berlindung diri,
ibu kehilangan anak di kandungan,
bintang yang di langit pun berguguran,
kala itu taubatmu tidak berguna lagi.
sememangnya, apabila mendengar alunan lagu ini, diri sendiri merasa terlalu alpa. aku sendiri merasakan betapa jauhnya diri dari Yang Maha Esa. setiap hari-hari yang berlalu, terlalu jarang memikirkan tentang HARI PENGADILAN di atas amanah kita sebagai hambaNYA. ALLAHU RABBI, betapa ego dan degilnya diri dalam mentaatiNYA.
malah, setiap detik, aku sering membuang masa dan lalai dalam beribadah. ASTAGHFIRULLAH, sukar sebenarnya untuk memperoleh hati yang tenang seandainya terlalu mendambakan ketenangan tanpa berusaha mengurangkan perbuatan sia-sia.
setiap kali melihat wajah insan yang berjuang mengembangkan dakwah dan meningkatkan nilai-nilai islam dalam kehidupan, jujur ku katakan terasa cemburu menghantui. namun, seandainya hanya cemburu tanpa berusaha memperbaiki diri, sememangnya tidak ada gunanya.
Sememangnya, izinkan aku untuk berjuang dalam memperbaik mutu diriku kerana aku ingin sekali berjalan di landasan yang lurus, yang mampu membawaku ke syurgaMU. sesungguhnya, harapan yang besar ini memerlukan diriku berkhidmat sebagai hambaMU dengan lebih taat, ikhlas, istiqamah.
YA RABBI, SEMOGA KAU IZINKAN HIDAYAHMU MAMPU MENYAPA DIRIKU, SEHINGGA TINGKAHKU, TUTURKU, AMALMU HANYA KERANAMU. AMIN.
p/s: semoga setiap kelalaian yang terus di ulik di dunia ini akan bangkit dan berjuang ke arah memantapkan diri sebagai hambaNYA yang di rahmati. AMIN.
No comments:
Post a Comment