Tuesday 1 April 2014

jangan kerana perkara yang lepas

aku tiba-tiba terkesan dengan kata -katanya:
..."ah, ia tidak berguna, memang itu tidak penting dalam hidup aku"...

peristiwa ini sememangnya menyentapkan fikiranku,diriku,emosiku, aku tahu, dahulu dia berkali-kali gagal, namun jangan dipersalahkan orang lain . fikiranku, itu mungkin kegagalan diri sendiri yang tidak bisa mengawal emosi ketika bereaksi. sewajarnya, insan perlukan cinta,tapi, jangan terus menghambakan diri untuk mengejarnya.. tapi, peganglah cinta yang hakiki,iaitu cinta padaNYA..

sampai bila manusia ini harus hanyut dengan cinta manusia, yang terlalu menurut nafsu, mengalahkan ibadat khusyuk padaNYA,, ASTAGHFIRULLAH, jangan disamakan diri sendiri dengan orang lain, kerana jalan orang lain dipermudah kerana tidak mengutamakan cinta manusia, sedangkan diri kita?? terlalu taksub dengan manusia???

sampai bila harus menyekat orang lain untuk mendapatkan kebahagian kerana kealpaan diri sendiri?
jangan gundahkan orang lain dengan cerita mistik sendiri yang salah. malangnya, banyak yang suka menggodam, bukannya mempraktikkan amalan-amalan yang mampu merubah diri ikhlas kepadaNYA.

musibah itu tanda Allah ingin berikan pengajaran, jangan kerana itu, kita jauh dan terus lari dariNYA,, jangan, jangan,jangan.. tapi,mengapa kau begitu duhai diri?  ingatlah,dunia ni tidak kekal, manusia pun akan mati, pembalasan juga menanti...

YA ALLAH, KAU MATIKANLAH AKU BERSAMA GOLONGAN YANG KAU REDAI,KASIHI..  AAMIINN,, YA RABBI..