Tuesday 26 June 2012

    DIRIKU BUKAN USTAZAH    

 alhamdulillah padaMu Rabbi kerana masih diberikan waktu untuk menutupi rambutku, dadaku dengan jilbab bersaiz  bidang '50' je. namun, aku sebenarnya merasa kagum dengan wanita-wanita yang memakai jilbab yang labuh di sertai dengan perjuangan ke jalanMu, Allahuakbar. Meskipun saiz tudungku hanya bidang '50', namun saiz ini jualah memberikan aku idea 'topik' kali ini. pelbagai cerita yang telah aku lalui. adakalanya, aku terasa nak tergelak pun ada, namun ada juga dulu macam tidak selesa. Astaghfirullah.  begitu rapuh imanku.

SOALAN YANG SERING AKU DENGAR:

awak, awak sekolah arab ke? aku hanya tersenyum dan mengatakan 'tidak'. aku hanya tersenyum kerana rata-ratanya seakan-akan tidak mempercayai kata-kataku.

 Allahu akbar, bagiku:

JANGAN MUDAH MENILAI INDIVIDU HANYA MELALUI PANDANGAN KASAR
sejujurnya, bagiku pemakaianku masih belum sempurna. aku masih khilaf dalam soal menutup aurat dengan betul. Allahu rabbi, betapa kerdilnya diri ini.

begitu juga dengan akhlak dan perilakuku, kerana 'perwatakan mampu menggambarkan siapa diri kita'

 AZAMKU, UNTUK MEMBALUTI DIRIKU DENGAN SIFAT PEMALU PADA TEMPATNYA, TEGAS, DAN SUKA BERTANYA SOALAN, INSYAALLAH KERANA SETIAP INSAN MEMERLUKAN ILMU SEBAGAI PETA DALAM MELAYARI BAHTERA DI LAUTAN DUNIAWI INI. AKU TIDAK MAHU SESAT, DAN TIDAK MAHU JUGA TERSASAR JALAN.

wahai sahabat, kita sebagai wanita sewajibnya menutup aurat, kerana itulah amanah kita pada Allah s.w.t.
MUNGKIN, kita merasakan diri kita masih muda, namun pernahkah diri kita berfikir bahawa ajal maut tidak mengenal usia???
kita sememangnya tidak boleh malu dalam berhijrah ke arah mendekatkan diri kepadaNya, kerana hanya kepada DIA kita akan kembali...

ALHAMDULILLAH, di atas kurniaan Allah kerana memudahkan jalan hidupku kerana aku masih lagi di kelilingi insan-insan yang berjuang mengajak insan lain kearah cahayaMu.... LAILAHAILLALLAH....

P/S: SEMAKIN KITA BERNIAT UNTUK BERUBAH KEARAH KEBAIKAN DENGAN TULUS IKHLAS, INSYAALLAH AKAN SEMAKIN MUDAH KITA MENDAPATKAN JALAN KE ARAHNYA. maka, memang indah rasanya apabila mampu menutup aurat dengan sebaiknya,,, InsyaAllah...
  • indahnya terasa hidup kerana tidak mendapat gangguan dari 'buaya darat'
  • terasa selamat jiwa dari di intai segala 'body' yang di anugerahkan Ilahi oleh bukan mahram
  • terjamin maruah diri di saat tubuh tertutup rapi
  • ini antara usaha dalam mendekatkan diri padaNya, Ya Khalid
     
Ya Allah, Ya Rabbi, lembutkanlah hati-hati kami sebagai muslimah untuk terus berusaha dalam berbakti kepada amanahMu . jadikanlah kami golongan yang tulus untuk terus mendamba reda dan cinta AgungMu.
Matikanlah kami dalam Iman, dalam Islam, dalam keadaan yang tenang, Ya Rabbi.
sesungguhnya, hanya padaMu tempat kami kembali.
     








Wednesday 20 June 2012

"melupai sesuatu lebih sukar dari mengingatinya"


aku terpandang bait-bait " kadang-kadang melupai sesuatu itu lebih sukar dari mengingat". ayat ini menyebabkan aku teringat kepada suatu kisah 'cinta agung' yang dihadapi oleh  'ikhwan' yang soleh terhadap 'puteri' yang diulit kemewahan duniawi.. Allahu rabbi... cerita antara mereka dipenuhi dengan dugaan yang menyentuh hati... 

sejujurnya, aku kagumi 'perwira soleh' ini kerana ketaatannya dalam beribadah di jalanNya amat teguh sekali. Allahuakbar,,,,
dia sering menjaga tingkah laku, pandangan matanya sering terkawal dari melihat panahan duniawi...
hikmahnya,nikmat 'khusyuk' dalam solat di perolehnya, SUBHANALLAH,,,,

namun, takdir Ilahi menduga hambaNya...

dalam suatu perjalanan,,, tidak terduga olehnya terpandang 'puteri' yang rupawan di pesisir jalan. 
hanya istighfar menjadi pengubat waktu itu... ALLAHU RABBI...
pertemuan tidak terduga itu menyemai 'sifat cinta' tanpa di sangka oleh 'pemilik hati'  kedua-duanya...

kesakitan 'cinta' yang dialami oleh 'ikhwan' itu sememangnya telah membuatkan dirinya 'jatuh sakit dalam khusyuk solatnya.' dia tidak mampu memberikan tumpuan dalam solat, sehinggakan dia menangis memohon ampun pada Rabbi.
akhirnya, setelah istikharah, 'ikhwan' itu telah menemui ayahanda dan bonda 'puteri ' itu. namun, hampa kerana niat suci murninya itu tidak dapat diterima oleh mereka.

hanya Allah Maha Mengetahui isi hatinya, kerana itulah 'ikhwan' tersebut masih tidak mampu sembuh dari sakitnya.
akhirnya, 'ikhwan' itu menemui ajal dalam cintanya yang tidak kesampaian itu. tekad 'ikhwan' itu, meskipun mengalami perasaan cinta kepada 'puteri', namun dirinya masih sedaya upaya mendekatkan diri pada Rabbi.
cinta murninya itu di balas dengan amalan soleh di jalan Ilahi, bukannya jalan yang melalaikan.

khabar sedih itu telah didengar 'puteri', sehingga dia berubah hatinya untuk lebih dekat kepada Maha Pencipta. Allahuakbar,,,,
sememangnya, cinta yang diletakkan kerana Allah mampu membawa haruman yang segar mewangi di sepanjang hidup..
kini, 'puteri' itu aktif dalam mentarbiah dirinya untuk berhijrah dengan lebih baik, dan jua menuntun sahabat-sahabat untuk lebih mendekati jalan cahayaNya..

pesanan 'puteri' itu: ....CINTA YANG DISEMBUNYIKAN DALAM HATI, NAMUN MASIH MENGHARAPKAN KEAMPUNAN ALLAH AKAN MENYEBABKAN PEMILIK CINTA ITU SYAHID DI JALAN YANG BENAR....

'puteri' itu sememangnya berjihad tinggi dalam merubah hidupnya, dari mencintai duniawi ke arah keagamaan...
Alhamdulillah, 'puteri' itu kini tenang dalam pelayaran mencari cinta yang kekal abadi...

meskipun sukar melupai 'ikhwan', namun  dirinya sentiasa mencuba untuk menenangkan dirinya ke arah kebaikan...


Ya Allah, hanya padaMu aku meminta petunjuk, supaya jauhkan diri kami daripada menjadi lalai...

AMIN YA RABBI.....

p/s: sesungguhnya, hidup, mati, jodoh, pertemuan, ajal, maut di tanganNya... sama-samalah mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita.


 ,

Sunday 17 June 2012

                                 SINAR CAHAYA HATI

detik-detik ini, rinduku tidak dapat lagi kutanggung,,,, khususnya kepada ayah dan ibu tercinta..
tanpa kusedar, terukir jua kisah hatiku,,, khas buat permata yang di sayangi dan dirindui....


inilah insan yang telah banyak berkorban dalam hidupku,,

ayahanda dan bonda yang tersayang.

kasih bonda membawa ke syurga, kasih ayahanda tiada penghujungnya..

DUHAI AYAHANDA DAN BONDA, IZINKAN KAMI ANAK-ANAKMU MAMPU BERBAKTI KEPADAMU..
seandainya kami melakukan kekhilafan,, maafkan diri kami sebagai anak-anakmu, kerana kami masih belajar dalam mengenal makna dunia..

terima kasih ayahanda dan bonda, kerana telah memberikan kami tarbiah 'erti kasih sayang, pengorbanan, kemaafan.'

kami akui, setiap detik kami menghiris hatimu, namun dirimu hanya menghadiahkan ukiran senyuman yang penuh keikhlasan. ketika kami berdegil dalam melaksanakan suruhan, dikau tidak memaksa, namun tetap melakukannya kerana itulah tandanya dikau mencintai kami sebagai anakmu...

YA ALLAH, MOGA ENGKAU PANJANGKAN USIA KEDUA IBU BAPA KAMI, IZINKANLAH KAMI SEBAGAI ANAK UNTUK BERBAKTI KEPADA MEREKA. BERILAH KAMI KEIKHLASAN DALAM MEMBAHAGIAKAN MEREKA, SEANDAINYA NYAWA KAMI MASIH BERJASAD, AMIN YA RABBI.....

kamilah antara permata ayah dan bonda yang manja,,, yang tercinta,,,,


puteri bongsu keluarga...

moga dikau mampu memberikan sinar yang terang dijalan ayah dan bonda.
rebutlah peluang dalam hidupmu untuk menemani mereka di saat kami di perantauan.
hanya dikau penghubung berita kepada kami...

teruskan perjalanan hidupmu dengan sikap manjamu sebagai anak, namun berkorban lah jua untuk kebahagiaan mereka...


 akulah anak yang ingin mendamba cinta abadi ayah dan bonda.

perantauanku dalam menuntut ilmu telah mengajarku untuk lebih mencintaimu, menghormatimu, mengingatimu, menghubungimu, ingin mengetahui semua perihalmu...

hijrahku insyaAllah untuk lebih mensolehahkan diriku sebagai anakmu yang di redaiNya.
izinkan aku utuskan kiriman salam hormatku padamu dengan seikhlas hati..

rinduku tidak tertanggung padamu,,, AYAHANDA DAN BONDA....
izinkan aku 'andai jasad berpisah dengan nyawa' di riba mu, duhai ayahanda dan bonda,,, insyaAllah jika aku terdahulu pergi darimu....
izinkan aku menjadi anakmu yang engkau sering ingati dan sering diberikan pesanan keramat... dalam memandu hidupku....


inilah kakakku yang selepasnya,barulah aku dilahirkan kedunia, iaitu kakak ketigaku...
alhamdulillah, kini bergelar seorang pendidik di Sabah dan bekas mahasiswa di UKM.
dia jualah yang sering menjadi rujukan dalam hidupku,,
keletahnya sebagai anak memang mampu di contohi, kerana dia antara anak kesayangan ayahanda dan bonda...

insyaAllah,kasih tercipta antara kami akan kekal berterusan dalam cinta berlandaskan ukhwah islam.....



inilah puteri ayahanda dan bonda yang ketiga, namun kakakku yang kedua,..
alhamdulillah, jua seorang pendidik... di Sarawak..

 nilai ketabahan dalam dirinya bagiku tidak mampu ditandingi oleh orang badannya perkasa...
setiap dugaan yang menyerang dirinya di lalui dengan ketabahan,,, Subhanallah..

dia jua anak yang patuh suruhan ayahanda dan bonda... alhamdulillah...

perjuangannya turut memberiku suntikan untuk mara berhijrah,, kerana aku tidak mahu diriku di ulit duniawi,,, tanpa mengenal cinta Ilahi..

Allahuakbar, Allahuakbar,  Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

Ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkanku insan-insan yang sudi membimbingku dalam hidupku...
meskipun aku jauh dari ilmu agama, namun Kau dekatkanku dengan insan-insan yang memimpin tanganku ke arah mengenal jalanMu...

Ya Allah,, seandainya hayat kami masih panjang, izinkanlah kami mampu membawa kebahagiaan buat ayahanda dan bonda...

ikhlaskanlah hati-hati kami ya Allah dalam menyayangi mereka... JAUHILAH hati-hati kami dari perasaan 'malas' dan sikap 'tidak endah' kepada ayahanda dan bonda kami....

SESUNGGUHNYA, SETIAP PERJALANAN HIDUP KAMI HANYA ENGKAU YANG TETAPKAN,
SEANDAINYA KAKI KAMI MELANGKAH PERGI DARI MEREKA, IZINKANLAH LANGKAH KAMI DIIRINGI DENGAN DOA DAN REDA MEREKA, YA ALLAH.

AMIN, YA RABBI...

ayahanda dan bonda..... kami sentiasa merindui belaian ,,, masakan... melihat wajahmu.... rindu kami tidak tertanggung rasanya....

Saturday 16 June 2012

kenangan bersama kakak-kakakku

PROGRAM MGS (MEMBINA GENERASI SOLAT)


 Sebelum aku melangkah ke kampus ini, alhamdulillah telah diberikan peluang bekerjasama dengan 2 orang kakakku untuk PROGRAM MGS yang di anjurkan kerajaan Negeri Kelantan, khas buat kanak-kanak sepanjang cuti sekolah..


alhamdulillah, peluang ini telah mendekatkan aku untuk lebih mengambil berat perihal pendidikan di awal kanak-kanak.


 memang pengalaman sepanjang program ini tidak dapat aku lupakan, kerana aku mampu mengenal pentingnya tarbiah waktu ini. jujur aku katakan, sesetengah antara mereka mampu mendamaikan hati, namun ada juga yang mampu membuat hati sayu.




 kulihat mata mereka bersinar mendalami ilmu dengan penuh keikhlasan.


subhanallah, terpancar cahaya kesungguhan dan kesabaran mereka dalam mendalami ilmu.

 kami sentiasa ingat detik-detik ini...


pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama adik-adik...

 terima kasih adik-adik semua...


kami doakan semoga adik-adik mampu menjadi GENERASI SOLAT YANG ISTIQAMAH...










INSYAALLAH...


YA ALLAH, MOGA ENGKAU BERIKAN PERLINDUNGAN KEPADA KAMI AGAR MAMPU MENJADI INSAN YANG MENGAMALKAN SEGALA SURUHANMU...


AMIN YA ALLAH....

LAYAKKAH AKU

                                                 



alhamdulillah,
Maha SuciMu Allah, kerana diri ini masih berpeluang menghadirkan diri meskipun berhadapan dengan ujian sebelum ke suatu majlis ini. meskipun ujian itu di lihat sebagai ujian yang kecil, namun  hikmah di  baliknya sangat berharga. aku dapat simpulkan bahawa ketabahan dan istiqamah dalam meneruskan niat yang murni 'hanya kerana Allah' sangat penting dalam tindakan kita.
sebaliknya, jika melakukan sesuatu semata-mata untuk menunjuk, mungkin perkara yang buruk ataupun memalukan akan menimpa kita.
justeru teman-temanku, seandainya diri ingin berbakti, janganlah kita terlalu egois dalam bertindak. janganlah terlalu bermegah-megah kerana Allah tidak menyukai hambaNya melakukan tindakan semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. kesannya, pahala kebaikan tidak akan di peroleh, tetapi hanya mendapat lelah semata-mata.

duhai hati, aku ingin sekali berusaha untuk bermujahid dalam arus hidupku. aku ingin menjadi bidadari syurga yang mampu menikmati segala ciptaanMu yang indah, insyaAllah. 

seandainya kita mengerti,
 wanita kini sering mengejar populariti dan sensasi semata-mata ingin mendapat nama, dikenali semua. astaghfirullah.. aku mengakui bahawa aku juga sering merasakan ingin membuat sesuatu untuk di pertonton.. Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah, aku akui segala kesilapan diriku,, kini aku sedang bertatih untuk beralih hatiku supaya 'berhijab' dalam 'melaksanakan sesuatu' agar tidak menimbulkan riak dalam diri,,, insyaAllah.

Ya Allah, layakkah aku menjadi bidadari jika seandainya diri ini sering menunjuk dalam perbuatan?
Ya Rabbi, mampukah aku digelar bidadari jika aku tidak berusaha menutup aurat dengan rapi, walhal untuk menemui bukan mahramku?
Ya Khalid, izinkah Kau padaku untuk diumumkan sebagai bidadari jika sering lalai dalam beribadat, dalam menjaga hubungan dengan orang lain,??????
Ya Rahim, adakah Kau kasihiku menjadi bidadari jika aku tidak bisa bergelar anak solehah kepada ibu bapa? 

aku mohon padaMu Ya Rabbi, agar Kau izinkan aku untuk menemui jalan sinarMu supaya aku mampu mengharungi sifat mahmudah yang istiqamah, dan mampu membuatkan ayahanda dan bondaku sentiasa terukir dengan senyuman yang harum dek kesopanan dan kelembutan 'puteri' nya..

aku ingin Ya Allah, agar Kau satukan hatiku untuk bisa mendamba cinta agungMu, mampu bangkit dari terpaku dek panahan godaan dunia... SESUNGGUHNYA HANYA PADAMU AKU MEMINTA SEGALANYA.

YA ALLAH, PERKENANKANLAH PERMOHONAN BATIN KU, AGAR MAMPU AKU ZAHIRKAN DENGAN TINGKAH YANG LURUS DI JALAN SINAR AGAMAMU...

amin,, Ya Rabbi....



Friday 15 June 2012



    NILAI SEKUNTUM BUNGA


"wanita adalah hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah", bagiku ayat ini sudah jenuh di dengari oleh semua. namun, di balik ayat inilah, aku telah memperoleh sebuah cerita yang membuatkan hati tersentak. kisah ini mampu memberikan kita sendiri peluang untuk menilai ketabahan diri kita.

aku mengenali 'insan' ini ketika awal semester satu, alhamdulillah sehingga kini 'dia' antara  kawan yang saling mencari jalan cahayaNya. jujur aku katakan bahawa aku tidak menduga 'dia' mengalami kisah hidup yang sangat perit. aku akui bahawa 'pandangan mata sememangnya tidak akan menggambarkan siapa diri seseorang dengan sebenarnya'.
hatiku sendiri pernah berbisik mengatakan, 'erm, mesti dia dari keluarga yang senang, kerana dia selalu tersenyum dan penampilannya pun ok'. alhamdulillah, 'dia' sememangnya bukanlah seorang yang materialistik, kerana sikapnya yang sederhana dalam segala aspek menyebabkan aku selesa berkawan dengannya.

aku terus meniti hari di kampus ini. aku sejujurnya tidak mengesyaki apa-apa di balik riak wajahnya yang sering mendamaikan hati. kami sentiasa berbincang untuk mencari arah hidup,kerana di sini kami jauh dengan keluarga.mungkin, tujuan hidup kami yang sama arahnya telah mendekatkan lagi aku dengannya.

beberapa detik, aku mengalami 'konflik' yang membuatkan hatiku resah dan menyebabkan aku kurang menggauli kawan-kawan kerana ingin mendamaikan hati. 
Allah Maha Besar, kerana telah pertemukan aku dengan seorang teman lain. temanku ini telah menyentakkan hidupku yang menghadapi 'konflik' ketika itu.

kawanku berkata;
awak nak tau tak, 'dia' sebenarnya mengalami masalah  yang terlalu rumit dalam hidupnya. meskipun asalnya saya sendiri alami kemiskinan dalam hidup, tapi dia lebih melarat lagi. 'dia'  pernah beritahu saya, awal-awal nak masuk u ni, dia merasa putus harapan kerana kemelaratan hidup. alhamdulillah, mungkin rezeki dia dapat belajar di sini, akhirnya dengan pertolongan adik-beradiknya, dia mampu membeli dan membayar segala keperluan yang diperlukan.
aku terdiam seketika. aku akui hal itu sememangnya telah biasa di dengar. namun, penceritaan seterusnya ini menyentuh hatiku...

dia pernah bercerita bahawa hidup di dalam pondok yang usang, seolah-olah reban ayam. tika hujan datang mencurah-curah, dia dan keluarga pasti akan berlari-lari mencari perlindungan untuk berteduh. 

Allahu Rabbi, aku tidak menyangka bahawa kawanku ada lagi yang melarat dalam hidupnya. 

Astaghfirullah, aku mengakui  diriku zalim kerana tidak pernah bersyukur dengan nikmat rumah, keluarga, dan nikmat lain yang aku peroleh.

alhamdulillah, 'dia' bagiku adalah bernilai buat semua. 'bunga' ini sekarang makin menyerlah dengan kerlipan sinarnya yang kian mendekatkan dirinya dengan Pencipta. keresahan dan kerumitan yang di duga dalam hidupnya di balas dengan ketabahan dengan mencari cinta agama,  jua mencari ilmu sebagai usaha membantu ayahanda dan bonda dalam mengubah nasib hidupnya.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, terima kasih Ya Allah kerana Engkau pertemukan aku dengan ''bunga'' yang bernilai di sini.

Ya Allah, aku mohon padaMu agar lembutkanlah hatiku untuk menjadi hambaMu yang bersyukur. sejujurnya, aku masih di kuasai ego dalan diriku. Maka, tanamkanlah benih kesabaran dalam hatiku agar mampu tumbuh pepohon yang segar dan wangi dengan bebunga kedamaian dalam keimanan.

p/s; seandainya kita menganggap bahawa diri kita adalah terbeban dengan masalah yang berat, fikirkanlah duhai teman bahawa masih ada lagi insan yang lebih menderita dari kita. InsyaAllah, semoga kita mampu menjadi hambaNya yang bersyukur dan juga mampu menjadi insan yang menghormati orang lain supaya sikap prihatin yang tumbuh dalam diri kita dipenuhi dengan kejujuran.

Tuesday 12 June 2012

dwihati SATU tekad

                                                       DWIHATI SATU TEKAD

astaghfirullah, kenapa aku ni? aku tidak boleh membuat keputusan dengan baik kali ni? kenapa ni, hati tak tenang? walaupun ini masalah kecil, tapi aku akur tidak mampu menahan benteng kegelisahan yang kian limpah di dalam hati. aduh, sakitnya hatiku. kenapa aku tidak boleh 'handle' hati ini sekarang? 

inilah fitrah hidup insan apabila ada masalah, baik masalah itu sekecil kuman. aku akui, aku sememangnya sering melalui masalah ini untuk mendamaikan hati apabila diusik beban. aku takut sebenarnya, kerana aku perlu memikul tanggungjawab yang aku tidak terduga. hati kecil berkata, 'aku nak nangis, tapi kenapa tak boleh? kenapa? kenapa? teman, bantulah aku'. namun, sejujurnya aku jarang berkongsi masalah dengan teman, seandainya hal itu aku anggap aku mampu 'handle' sendiri. aku akui, boleh dibilang dengan jari bilangan perkongsianku tentang diriku kepada mereka. itulah diriku.

langkah kaki aku hayun untuk mengambil wuduk.alhamdulillah, reda sedikit kegelisahan di hati. namun, tiba-tiba sahaja masalah itu menyerang di minda.bkesannya, aku menjadi lebih celaru. 
" Ya Allah, dugaan apakah kali ini, aku tiada daya upaya untuk menahannya melainkan dengan izinMu. Ya Allah, aku mohon petunjukMu untuk lembutkan hatiku supaya lebih damai." entah mengapa, aku terasa langkah kakiku ingin di hayun ke luar bilik. 

Subhanallah, Ya Allah, izinkan aku untuk melihat kedamaian alamMu pagi ini. Allahurabbi, ciptaanMu sememangnya mendamaikan hatiku. Ya Allah, aku memohon ampun padaMu kerana berhenti mengingatiMu di saatku senang, dan sering kali hanya mendekatiMu di saatku hiba. alangkah lalainya hatiku, Ya Allah. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. Ya Rabbi, Kau ampunkanlah diriku, ampunkanlah, ampunkanlah.
tiba-tiba,  air mata tertitis. alhamdulillah, sudah lama aku tidak dapat mengalirkan airmata, namun kuasaMu hari ini airmataku bisa menitis... 

Allahurabbi, betapa kerdilnya diriku dalam hidup ini, dalam mengenalMu, moga Kau izinkan aku lebih dekat denganMu, Ya Allah.

hatiku yang asalnya telah dipanahi kesakitan bebanan, alhamdulillah dihiasi dengan rasa tenang dengan izinNya... di sebalik dwihatiku; iaitu yang boleh melalaikan dan boleh mendekatkan, hanya ada satu tekad yang sama, untuk mendapat jalan pulang dengan cara yang mendamaikan, dengan cara yang menguatkan cintaku padaMu, dengan cara yang dihalalkan olehMu. 

p/s: duhai teman, sememangnya setiap insan akan di dampingi dengan beban masalah, yang kadang kala bisa meranapkan jiwa raga seandainya tersasar jalan yang dipilih, justeru, izinkanlah hati-hati kita supaya mengingatiNya di saat kita duka ataupun ria, kerana hanya Dia yang bisa merawat  hati yang kita miliki. Subhanallah, Dia sememangnya pakar hati yang Maha Hebat.

Ya Rabbi, izinkanlah hati-hati kami dihiasi dengan nikmat cinta AgungMu yang bisa mendambakan kedamaian, yang bisa tenang dalam tingkah, dan yang bisa memilih jalan yang terang dalam hidup kami. semoga Engkau akan memberikan kami nikmat keimanan, keamanan ke arah jalan cinta IslamMu yang benar,
AMIN YA RABBAL ALAMIN....



Saturday 9 June 2012

    
     BOLEH MENCARI TAPI BUKAN UNTUK MENGEJAR

" Dan Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang membawa kerosakan"

            (SURAH AL-ISRA' : 32) 

nikmat berkasih sayang memang telah dikurniakan Allah s.w.t yang bersifat Ya Rahim. 

justeru, fitrah insan yang dikurniakan segumpal darah bernama hati turut mendamba cinta insan di bumiNya. Maha Hebat ciptaan Ilahi kerana mengizinkan makhlukNya untuk saling melengkapi di duniaNya.namun, Allah sebenarnya menguji insan di dalam pelayaran mencari cinta insan ini. Maha Hebat Ilahi, kerana telah menetapkan jodoh buat hamba-hambaNya bahawa " lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, manakala lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat". Subhanallah, insyaAllah moga-moga kita mampu memiliki jodoh yang mampu membimbing kita ke jalan yang di redaiNya, InsyaAllah.

namun, gelora jiwa insan yang berada di pelayaran usia muda kini sememangnya mampu mengundang tsunami  kerakusan bencana buat diri sendiri. 
jiwaku sendiri sememangnya terkilan apabila melihat pelayaran generasi kini yang terlalu mengejar cinta bukan mahramnya melebihi cinta pada pemilik  yang Utama dan jua ibu bapa. mereka telah kecundang di tengah-tengah kehidupan yang masih memerlukan banyak perjuangan, bukan untuk cinta insan sahaja.

ASTAGHFIRULLAH  ASTAGHFIRULLAH  ASTAGHFIRULLAH ASTAGHFIRULLAH ASTAGHFIRULLAH  ASTAGHFIRULLAH ASTAGHFIRULLAH  ASTAGHFIRULLAH

jujur aku katakan bahawa sebenarnya terkilan kerana ramai kenalanku sendiri telah binasa, dek kerakusan dalam bercinta. aku akui, mereka terlalu mengejar cinta tanpa mengenal dan mencari terlebih dahulu. teman-teman baikku sendiri telah kecundang dalam mengawal nafsunya untuk bercinta. kesannya, memberikan impak kepada ibu bapa dan keluarga. 
"riuh sekampung" yang membicarakan hal ini. aku akui bahawa kenikmatan dalam melayan cinta yang pura-pura bisa menghapuskan ingatan kepada cinta yang Utama. bagiku, ini memang menyedihkan, kerana kealpaan cinta insan membinasakan cinta pada ibu bapa sendiri.

perbuatan mengejar cinta mereka sebenarnya telah memalitkan keburukan buat mereka jua, mampu mencemarkan muka ayahanda dan bonda yang selama ini menjaga dan menyayangi kita "seperti menatang minyak yang penuh". kesedihan terukir di wajah sang tua . mereka menjadi malu dan tidak sanggup berhadapan dengan komuniti kerana tingkah anak-anak. mereka sememangnya inginkan anak-anak memberikan"susu yang manis " kepada mereka, namun mereka hanya mendapat "tuba" yang mampu meracuni diri sendiri.

fitrah manusia, jujur aku katakan bahawa aku sebenarnya cemburu juga di awal-awal remaja dulu melihat kawan-kawan ber'couple'. Namun, alhamdulillah kerana Allah telah memalingkan hatiku untuk mengikut kata hati yang mati dan kata nafsu yang menipu itu. alhamdulillah, sifat cemburu pada perkara itu mampu aku ubati dengan pesanan dan nasihat dari "guru" yang mengajarku untuk mentarbiah jiwa dan hati sebaik mungkin.
..... Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar.......

sedih mengenangkan jiwa kawan-kawan yang terlalu hanyut di dalam cinta pura-pura, kerana keasyikan mereka telah memusnahkan masa hadapan. aku bersyukur kerana hatiku dihindarkan oleh Ilahi dari mendamba nikmat cinta insan yang pura-pura. InsyaAllah, semoga hatiku mampu terjaga sehingga detik yang diberkatiMu memudahkan jalanku untuk mendamba cinta "pemilik cintaku selepasMu".

kata-kata kawan yang aku pegang
" lelaki sebenarnya mendampingi wanita bukan kerana ingin bercinta sangat, tapi sebenarnya ingin menguji wanita itu".
memang tersentap juga apabila aku mendengar pengakuan kawanku itu. dia telah memberikan aku laluan terang supaya hindarkan diri dari bahaya mengejar cinta. Alhamdulillah.

namun, katanya lagi,
  • "kita boleh mencari cinta , namun izinkan kita betul-betul kenal diri kita. sudahkah layak dan bersedia memegang amanah untuk masa depan? apa yang penting, mendapat restu dan keberkatan dari Maha Pencipta dan ibu bapa". 
  • "peliharalah betul-betul hati kita supaya tidak akan lalai dengan mencari cinta. dambalah cinta Ilahi dahulu kerana hanya Dialah yang mengetahui siapa sebenarnya pemilik cintamu nanti."
Insyaallah teman, sama-samalah kita berusaha menjaga hati kita daripada terus mencari cinta. cinta sebenarnya amanah yang besar dalam diri. cinta yang abadi memerlukan  pengorbanan, cinta abadi juga mampu memikul tanggungjawab, 'ibarat yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing', khususnya untuk keharmonian keluarga dalam melahirkan generasi yang di bina dalam suasana Islam yang sebenar........

ADAKAH KITA BERSEDIA MENERIMA CINTA INSAN UNTUK MENGHARUNGI HIDUP KELUARGA?? FIKIR-FIKIR-FIKIR kerana itulah hakikat sebenar insan perlukan cinta insan.


p/s: setiap kita menginginkan pemilik cinta kita nanti yang soleh dan solehah, insyaAllah kita akan mampu memperolehnya seandainya nyawa masih di kandung badan untuk merasai nikmat cinta dari "nya" yang kita belum temui. maka, teman-teman, berusahalah untuk bermujahadah menjaga hati dan pandangan kita dari menatap insan yang belum tentu jodoh kita.

YA ALLAH, SEANDAINYA HAMBAMU INI DITAKDIRKAN UNTUK 'MEMPEROLEH CINTA' DARI INSAN MU , IZINKANLAH KAMI MAMPU BERTEMU DI JALAN YANG BENAR, DENGAN CARA YANG HALAL, DI BERKATI OLEHMU, JUA DI RESTUI IBU  BAPA KAMI. AMIN, YA RABBAL ALAMIN.
YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH  ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH
 di balik pandangan 

subhanallah, Maha Hebatnya ciptaanMu, Ya Rabbi. pagi itu, kicauan burung yang merdu dengan melodi siulannya mendamaikan hati yang mendengar. mataku melihat pemandangan pagi itu dengan kagum sekali.
Subhanallah, memang Allah Maha Pencipta Segala Makhluk.

aku bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang pada kali ini untuk terus bernafas di bumiNya. Allah Ya Kabir, sememangnya segala kurniaanMu seringkali aku tidak mensyukurinya di masa laluku. Nauzubillah, Ya Ghaffar, moga Kau ampunkan segala khilaf diriku, dan izinkan aku untuk terus melawan nafsu hitam yang mampu membunuh jalan cahaya hidupku.

apabila berbicara tentang pandangan yang indah, aku tidak menyangkal bahawa diriku sendiri sering lalai dalam mengawal pandangan mataku. aku sering melihat perkara-perkara yang mampu menambahkan titik hitam dalam hatiku. Astaghfirullah, aku merasakan aku memang tidak layak untuk menjadi hambaMu yang di redai.
sering kali apabila melihat 'couple' berdua-duaan, mataku asyik melihatnya. sering jua aku melihat 'model' di kaca tv melalui lakonan 'artis' yang mampu meralatkan hati dan membuang waktuku. pandangan itu bagiku 'indah', namun pandangan indah dunia ini jualah yang mampu membunuh diriku jika aku terus menerokainya dengan gelora nafsu.
ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH,...
 KINI, aku merasa bersyukur kerana pandanganku terhadap situasi 'indah dunia' itu telah menyentap diriku supaya berusaha menjauhi perkara 'di larang' dalam Islam. aku akui, jiwa remaja akan memberontak, dan kata hati mati terus membisik,
  •  'alah, tengok sekejap saja, solat lambat lagi nak habis waktunya',
  •  'nanti tua-tua, bertaubatlah, ni baru remaja', so kita enjoy,....

aku akui, aku memang tidak tahu menilai erti syukur sebenar padaMu. hanya yang aku tahu, memenuhi kehendak nafsu melebihi kewajipan dalam Islam. 
pandangan mataku menjadi sinar lagi, apabila rakus dalam melihat 'makanan' yang terhidang. 
  • 'wah, makan-makan, banyak lagi', bila lagi nak jumpa semua ni. pandangan mata ini jualah sering membuatkan aku menjadi tamak.

aku sedar, pandangan mata penting dalam hidup, kerana ianya boleh membinasakan diri jika tidak dijaga, tetapi boleh juga menjaga diri apabila di kawalnya. Maha Hebat Kurniaan  Allah pada insan kerana anugerah mata yang menjadi sinar hidup kita.

p/s: pandangan mata yang melihat kitabNya yang Agung mampu mencerminkan akhlak peribadi insan yang berpekerti tinggi. Subhanallah,Maha Agung nikmat Ilahi kepada hamba-hambaNya.

InsyaAllah,, Ya Allah, moga Engkau berikan kami ruang hidup kami untuk memperbaik kelemahan di balik pandangan kami,
Ya Rabbi, butakanlah mata kami dari melihat bukan mahram kami tanpa urusan yang di halalkan,
Ya Rabbi, butakanlah mata kami dari terus melihat lakonan insan-insan dalam melakukan penzinaan,
Ya Rabbi, butakanlah mata kami dari terus rakus mengaut nikmat dunia tanpa keberkatan dariMu,
Ya Allah, Ya Rabbi, padaMu kami meminta agar pandangan mata dan hati kami akan Kau jagainya, 
......AMIN YA RABBAL ALAMIN......

Thursday 7 June 2012

mungkin detik akhirku di sini

aku terasa sangat kosong  berada disini
meskipun aku suka mengembara sehingga senja sering berlabuh
namun aku tidak mampu menahan perasaan gelodak jiwa
yang kerap kali beberapa detik ini terus memanggilku untuk pulang

aku tidak bisa mengerti di saat waktu itu kian hampir
aku menjadi semakin menjauh dengan realiti
sering di ulit debaran

mungkinkah saat waktu detik akhir
telah tiba untuk memanggilku??

dan aku juga tidak bisa mengerti
mengapa merasakan diri sering di uji
dengan keperitan dan kesakitan
yang seringkali disembunyi dek senyuman

aku mahu  tahu
adakah kalian semua mahu membimbingku
bolehkah kalian semua  memimpinku
bisakah kalian semua mampu menegakkanku
disaat aku terkulai lesu

seandainya hayat aku telah tiada
moga kalian mampu mengampunkan
segala dosaku
segala kekasaranku

lembut wanita sememangnya mampu
melembutkan hati yang keras membatu
namun,
meskipun aku wanita
aku tidak bisa melembutkan jiwaku sendiri

ku doakan
moga kalian semua mampu
melangkah ke arah cahaya dan meneruskan perjuangan kita bersama
untuk mengejar cintaNYA

meskipun aku telah  tiada
teruskan mujahadah di jalan cintaNya 

p/s : buat teman, aku tidak bisa menjadi sesempurna Khadijah yang setia teguh di saat nabi derita dan bahagia, namun izinkan aku pergi dengan aman dengan iringan doa dan kemaafan dari kalian.

Ya Allah, permudahkan jalan bagiku menuju ke jalan abadiMu. 
AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Wednesday 6 June 2012


    permata ayah bonda

bait-bait lagu Raihan, 'nabi anak yatim' telah dipasang dan di ulang pagi itu. memang menyentuh hati kepada insan yang mendengar dan menghayati bait-bait liriknya.
kelahiran insan yang agung ini sememangnya di uji dengan ujian yang hebat. sebelum lahir lagi telah kehilangan ayahanda. ketika kanak-kanak pula, telah ditinggalkan ibunda tercinta. hidupnya yatim piatu tanpa ayahanda dan ibunda. namun, dia adalah insan yang agung. Allahuakbar, Maha Hebat CiptaanNya kerana menciptakan 
insan mulia bergelar Muhammad s.a.w.

seandainya aku letakkan diriku menjadi anak yang tiada ibu dan ayah, adakah aku mampu menjadi insan yang berakhlak? mampukah aku membawa diriku ke jalan cahaya cintaNya? adakah aku boleh menjadi hamba yang kuat berusaha dalam menempuh hidup?

Maha SuciMu, Ya Ilahi kerana Engkau masih berikan waktu untukku merasai nikmat kasih sayang dari ibu dan ayah. namun, aku akui bahawa telah banyak melakukan kekhilafan  kepada mereka berdua. aku dapat melihat sinar mata mereka yang mengharapkan diri aku menjadi insan yang berjaya dalam hidup.
 hakikatnya, aku dahulu 'kurang' mengendahkan pengharapan mereka. aku sering lalai dalam menuntut ilmu dunia ini, kerana sifat egoku mungkin menyebabkan aku leka.

alhamdulillah, sifatku terhakis sedikit demi sedikit apabila melihat kesungguhan kawan-kawan sebagai permata di sekolah. aku menjadi cemburu melihat kejayaan mereka.
tekadku untuk berusaha akhirnya membuahkan hasil. subhanallah, aku merasai nikmat usahaku apabila mampu menjadi antara permata di sekolah.
aku sebak dalam diam kerana melihat sinar wajah kegembiraan mereka. aku hanya meratap hiba mengenangkan sikapku yang lalu. aku bersyukur kerana masih diberikan peluang kembali jalan pulang kepada mereka , insyaAllah diiringi dengan jalan cahaya cinta Ilahi. aku akui masih banyak lagi kelemahan diri yang perlu diperbaiki. aku bertekad ingin meninggalkan jalan kehidupan yang nanar, insyaAllah. alhamdulillah, kerana Ya Rabbi masih mengizinkan aku menemui laluan jalan pulang.


aku akui, kasih ibu dan ayah tidak akan putus selagi hayat mereka masih ada.
 mereka sentiasa mengharapkan anak-anak mengingati mereka, meskipun berbeza jarak destinasi.
jujur aku akui bahawa kehidupan di kampus telah mematangkanku untuk lebih menyayangi mereka setulus hati, meskipun hanya mendengar lunak suara mereka, hati ini akan menjadi damai...


Subhanallah, Maha Hebatnya kuasa Ilahi kerana menciptakan insan untuk berkasih sayang. Allahuakbar.

sesungguhnya, beruntunglah kepada insan yang masih lagi mempunyai ibu bapa di dunia ini. selagi hayat di kandung badan, sama-samalah kita berjuang untuk meneruskan bakti dalam hidup mereka. sememangnya, segala pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada diri kita tidak mampu kita membalasnya.

p/s: Ya Allah, sesungguhnya hanya padaMu aku mendamba kasih dan memohon segalanya. aku mohon semoga Engkau memberikan aku ruang dalam memperbaik mutu hidupku untuk bergelar anak solehah kepada ibu bapaku. semoga Engkau izinkan diriku mampu menjadi permata bernilai dalam hidup mereka. AMIN YA RABBAL ALAMIN.








nikmat sebuah pemberian

kak yu, kak da,sedih rasanya, tak dapat lihat 'baby' abang long. aku meluahkan rasa sebak kepada kakak-kakakku kerana aku terlalu rindukan kampung halamanku. hanya kepada mereka aku meluahkan perasaanku, kerana hanya kami bertiga anak-anak yang jauh di perantauan. aku menahan sebak di dada sebaik sahaja menelefon kampung. meskipun mendapat berita gembira mengenai kelahiran Aisyah Umairah, yang menjadi anak saudara kedua, namun rindu kepada kampung tidak dapatku bayangkan.

beberapa hari kemudian, aku mendesak adikku untuk mengirimkan gambar 'baby girl' itu kepadaku. alhamdulillah, permintaan aku telah dipenuhi oleh kak wa, iaitu kakakku yang bekerja di Kuala Krai. alhamdulillah,reda sedikit rasa sedihku.
sememangnya, aku tidak menduga akan merasai perasaan terlalu rindukan kampung sehingga membuatkan jiwa meratap hiba. detik inilah perasaan ingin pulang  membuak-buak yang tidak pernah aku rasakan selama ini muncul.

aku akui, aku anak yang kurang mesra dengan keluarga, namun alhamdulillah sejak duduk di sini, diriku merasakan lebih menjadi rapat dengan mereka, terutama ibu bapa. aku tidak kisah berhabis kredit untuk menelefon ibu ayahku, kerana hanya mereka yang setia menyayangiku dan banyak berkorban dalam hidupku.

kakak-kakakku yang di sabah dan sarawak turut merasai hiba. namun,tautan hati membuatkan kami sama-sama menguatkan semangat untuk terus berjuang di tempat orang demi menimba ilmu dan jua mencurahkan ilmu.

 syukur alhamdulillah, rezeki tahun ini, kedua-dua kakakku telah diberikan nikmat menjadi pendidik meskipun jauh di perantauan. aku bersyukur kerana ketabahan kakakku yang berusaha keras sebelum ini akhirnya membuahkan hasil. subhanallah.

aku mengerti bahawa kekuatan yang diminta dari Ilahi selalunya diri kita akan diuji dahulu dengan rintangan dan ujian. Maha Hebat Ilahi, kerana jalan dugaanNya kepada hambaNya setimbal dengan nikmat yang bakal diperoleh.

kakak-kakakku adalah idolaku , sebagai muslimah yang berjuang dalam menghadapi pelbagai ujian, Allahuakbar. Maha Hebat kurniaanMu padaku kerana menghadiahkan aku kakak-kakak yang menjadi pedoman dalam hidupku.

Aku turut mengharapkan agar mampu menjadi kakak yang baik buat adik perempuanku dan juga adik lelakiku yang kini bergelar remaja di zaman era globalisasi yang mencabar. aku tahu, seandainya aku hanya mengajar tanpa belajar ke arah kebenaran, nescaya adik-adikku mungkin boleh menghadapi kepincangan dalam peribadi mereka.maka, aku harapkan agar mampu mempertingkat kredibiliti diriku supaya bisa menjadi contoh yang baik kepada mereka.

p/s:Ya Allah, moga Kau kuatkan hatiku untuk menuju jalan hijrah kepadaMu dan mampu menepis godaan, serta menghadapi ujian dengan tenang.
Ya Allah, moga Kau kuatkan hatiku untuk berusaha sedaya upaya menjadi suri teladan yang baik dalam hidupku, ....AMIN YA RABBAL ALAMIN....

Tuesday 5 June 2012

 
          indahnya usrah

alhamdulillah, terima kasih kepada sahabatku, yang sudi mengajakku dalam kumpulan usrah 'naqibah' ini. cara dan gaya 'dia' sememangnya sangat menarik. pendekatan dan percakapannya mampu melembutkan jiwa yang keras, hati yang tersasar, insyaAllah. 

syukur juga aku ucapkan kerana teman-teman sudi membimbingku dan mewujudkan suasana kumpulan yang damai, bagaikan keluarga yang jauh di mata. hikmahnya, rindu pada keluarga dapat juga di kurangkan. 
rindu pada keluarga di kampung tidak dapat tertahan, namun memikirkan hidup ini perlukan pelayaran, aku kuatkan juga semangat untuk meniti hari-hari terakhir semester kedua ini. di saat inilah jua aku menduduki 'final exam'. ini menguatkan aku untuk lebih bersemangat belajar demi cintaku kepada ibu bapa.

Maha Suci Engkau Ya Allah, kerana Engkau berikan kami jalan untuk lebih mengenalMu melalui 'dia'. apabila bersama 'dia', beberapa persoalan yang terpinga-pinga dapat jua di teroka akhirnya. aku akui, asalnya hati ini tidak damai, namun apabila kuluahkan kepada 'dia', alhamdulillah jawapannya sedikit sebanyak telah  memberikan ketenangan.
alhamdulillah, ketika diri ini mencari sinar, aku mampu melihat secebis cahaya yang di bawa teman. "usrah", bermakna buat aku, kerana ibarat keluarga di kala kita mengalami keraguan dan masalah, insyaAllah keluarga inilah yang sudi membantu dan membimbing. hakikatnya, kita tidak akan menjadi goyah dalam menuntun jalan ke jalanNya. 

indahnya 'usrah', kerana mampu mengeratkan ukhwah, mampu memberikan sinar cahaya lebih indah dari mentari pagi, wujudnya mahabbah  yang subur mewangi, dan insyaAllah sama-sama berjihad untuk transformasikan diri jihad ke jalanNya.
justeru teman, seandainya di berikan pilihan dan jalan untuk mendekati usrah, berusahalah untuk dekatinya kerana insyaAllah ini antara jalan untuk mendekatkan kita mengenal cinta Allah dengan mendalam.

p/s: doaku semoga meskipun masa mendatang kita berpisah di mata, namun tautan ukhwah dan rasa mahabbah akan berkekalan. Ya Allah, moga Engkau lembutkan hati-hati kami untuk meneruskan jihad di jalan Mu untuk mencari syurga Mu yang abadi. AMIN...

Monday 4 June 2012

" berhijrah memang sukar tapi akhirnya manis "

detik ini,"berhijrah memang sukar tapi akhirnya manis " daku dedikasikan khas buat seorang "insan" yang sudi mendengar luahan dan berkongsi pengalaman hidupnya. insan ini bagiku sangat aku sanjungi kerana dia telah diuji dengan ujian yang sangat berat dalam hijrahnya. barangkali, aku tidak bisa menanggung beban yang di alaminya jika ditimpa padaku. 

pagi itu, terdetik hati untuk membicarakan perihal suatu topik pada 'insan ini'. seiring dengan itu, 'dia' telah membuka langkah penanya untuk memberikan perkongsian indah bagiku.
subhanallah, tidak kuduga kisah hidupnya itu memang melalui liku-liku yang tidak terduga. jujur aku akui, hanya melihat wajahnya sekali dua sahaja. namun, alhamdulillah ukhwah kami masih bertaut meskipun tidak mengenali dengan rapat. aku akui, asalnya aku anggap dirinya berasal dari golongan yang berpendidikan sekolah "agama", pabila melihat pakaian luarannya mampu menyejukkan mata yang memandang. tanpa berselindung, 'dia' telah mendedahkan asalnya hanya dari sekolah biasa, persis  aku jua. ini memberikan semangat lagi buatku untuk meneruskan pertemuan di laman maya dengannya.

ilham dari 'mimpi' yang di alaminya berulang kali telah menyentapkan hatinya untuk berhijrah. pengalaman dalam mimpinya  " didatangi seseorang berpakaian putih menutupi tubuhnya dan lengkap menutup aurat" sering menerjah di minda. 
peristiwa itulah yang membuatkan hatinya terbuka berhijrah dalam pemakaian hariannya. 'dia' berubah kearah yang lebih menutup dengan lebih sopan dan rapi, meskipun sebelumnya telah menutup.

subhanallah, begitu nikmat ibarat "bayi yang baru dilahirkan" telah dirasainya. 'dia' turut dikurniakan Ilahi dengan kehadiran insan-insan yang menjadi teman dalam meneruskan perjuangan hijrahnya. mereka sama-sama seiring dan sejalan dalam mendamba kasih Ilahi dan cinta rasulNya. bonda dan ayahandanya menyetujui hijrahnya itu.
maha hebatnya nikmat dan hadiah Maha Pencipta kepada insan ini, sehingga merasai nikmat dan hidup baru yang dirasainya dipenuhi desiran ketenangan dalam hidupnya.
namun, nikmat hidup insan ini telah diuji dengan ujian yang sungguh berat. dugaan ditimpa 'sakit endometriosis ' yang mampu meranap kesabaran jika tidak mampu menahannya. namun, 'dia' mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melawan 'endometriosis' yang di hadapinya.
meskipun menanggung sengsara, hikmahnya ialah 'dia' menjadi insan yang lebih tabah berjihad dan mengatur langkah kejalanNya. Maha Suci Allah, 'dia' meneruskan mujahadah ke arah jalan yang bersinar cahayaNya seiring melawan 'endometriosis ' itu. 

selepas menjalani pembedahan, Maha Suci Allah, nikmat kesihatannya makin baik dan pulih. namun, 'dia' dimestikan untuk menemui insan yang bergelar doktor untuk menguji sejauh mana tahap kesihatannya.

alhamdulillah, kini insan ini aktif dalam mengaut amal di jalanNya. bagiku, dia merupakan aktivis di jalan jihad menuju agama yang aman.
kata-katanya "jadi bila nak berhijrah ke arah lebih baik jangan tinjau belakang lagi sebab mungkin peluang yang diberikanNya tidak akan datang buat kali kedua".

insyaAllah, semoga diri ini dan sahabat-sahabat mampu menjadikan "dia" suri teladan untuk bangkit memperbaik kelemahan diri dan jalan menuju hijrahNya.

p/s: aku tidak menduga bait-bait tintanya itu mampu menggerakkan hatiku untuk berusaha meneruskan impian yang tersimpan di lubuk hati. kuharapkan moga sahabat dan kenalanku mampu membimbing tanganku untuk meneruskan hijrah cinta abadiNya,.. AMIN...
  mencari sinar

sebelum ini, aku akui diri ini sering tersasar dalam jalan cahayaNya. aku sering melupai kewajipanku sebagai umatnya, dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah di amanahkan. astaghfirullah.
bila teringat dan mengimbau kembali saat-saat itu, jiwa ini merasakan diri ini terlalu tersasar dan jauh dari cinta yang Maha Agung. sememangnya,  panahan silam sering kali terimbau di mata, tatkala sepi mengundang waktu.
namun, hakikatnya kini aku masih lagi merantau dan terkapar-kapar dalam menasihati diri dan tingkahku untuk melangkah menuju jalan dekatiNya ketika diri dalam kebuntuan.
aku akui perlukan huluran tangan dari yang sudi menyambut, meminta dari yang sudi memberi, dan jua menasihati tika jiwa di huni kegelapan.
luluh hatiku apabila melihat hakikat hidupku, sering di buai dan diulit dengan picisan sia-sia. namun, syukur jua kuucapkan kepada insan yang sudi memberikan aku "nafas cinta ke jalanNya". 
alhamdulillah, kurniaan teman ketika ini mampu membangkitkan jiwa yang lara ini menuju hijrah abadi padaNya, insyaallah.
aku akui tidak bisa membalas jasa "bebunga harum" yang dikau berikan sehingga diri ini turut berbau harumnya, namun suntingan semangat dan bait-bait tintamu insyaAllah akan aku jadikan sebagai pandu dalam mengorak langkah hidupku.

p/s: teman yang baik akan membawa nikmat dalam hidup. sememangnya, hidup insan memerlukan teman yang bisa membimbing diri ke jalan cinta yang AgungNya. semoga hati kita mampu bertaut dengan insan yang mempunyai nilai hati yang murni,, AMIN.
  di saat bertatih     



kecomelan si anak kecil itu membuatkan diri ini ternanti-nanti untuk bertemu dengan anak saudara kesayangan keluarga. manis dan manja tingkahnya mampu memikat hati setiap mata yang memandang. sejuk mata memandang indahnya kurniaan Ilahi, kerana hikmah lahirnya telah melakarkan nikmat yang tidak di duga. alhamdulillah, syukur kepada Ya Rabbi kuucapkan.
ketika ini jualah tercebis ilham ini bersumberkan 'dia'.

aku tersentak pabila mengimbau detik-detik transformasi yang aku ingin injakkan dari takuk lama. aku akui tidak bisa menyambut takdir Ilahi. alhamdulillah, kerana menjadi antara insan terpilih untuk merasai nikmat hijrah. meskipun aku tidak sesempurna Khadijah, Aisyah, dan Fatimah, namun aku ingin berusaha dalam mengorak langkah ke arah cinta yang abadi.
kini, aku masih sedia bertatih dengan dugaan yang tidak terduga. dugaan di balik hijrah itu sememangnya kadang kala memeritkan jiwa ini. apakan daya, sukar untuk aku bernafas di balik sengsara dengan nikmatnya. bertatih aku ingin  usahakan kepada berjalan. tetapi, kini ianya masih lagi tersekat dek gelombang jiwa yang mampu meratap dan meranap jiwa hamba.
aku merasakan terlalu terduga kerana tidak bisa menepisnya dengan yakin dan kadang kala tersekat-sekat.
Ya Allah, bantulah aku untuk tidak terus bertatih di jalan yang tersasar. ujian yang Engkau berikan kepadaku sememangnya sering membuatkan aku merasa hampa. namun, aku tetap bersyukur kerana masih lagi diberikan kesedaran dari lena yang panjang. semoga lenaku tidak akan melenyapkan nikmat indah hijrah kepadaMu.

p/s: moga-moga jalan hijrahku kepadaMu insyaallah mampu dicipta dengan nikmatnya. aku harapkan agar aku tidak akan mensia-siakan tingkat bertatihku menuju jalanMu kerana kepadaMu sahaja tempat aku mendamba kasih dan reda yang abadi. AMIN.


Saturday 2 June 2012

      di saat terbuai

sebelum melangkah kaki ke kampus ini, aku sempat bertemu dengan kawan sekolahku. dalam pertemuan yang tidak diduga itu, kami sempat bertanyakan khabar dan secara tidak langsung juga terselit dengan cerita 'sensasi'. senyuman hanya kuukirkan ketika 'dia' berbicara. namun, senyumanku tiba-tiba sahaja terhenti tatkala 'dia' menceritakan perihal dirinya. topik itu walaupun menarik buat remaja, namun membuatkan jiwaku pedih kerana aku  merasakan tidak mampu memandunya pada ketika itu kerana tuntutan waktu yang mencemburui  telah memisahkan jarak kami sehingga detik ini. itulah pertemuan terakhir kami.

aku masih teringat bait-bait kata dari mulutnya.
" alangkah indahnya saat terbuai dengan cinta insan itu. saya merasakan dunia ini saya
 yang punya. erm, meskipun telah lama kasih tersulam, namun kami berjaya membatasi
 jalinan cinta dengan baik. kitaorang sering mesej, "call", bertemu, namun tidak pernahpun bersentuhan. wah, hebatlah dia kerana dia mampu menaungi hati ini. erm, sekejap lagi nak jumpa dia, sudah tidak sabar rasanya." (olahan dari bait-bait katanya).


mendengar saja ayatnya itu, mulutku  terkunci dengan tiba-tiba. dulu, 'dia' sering menasihatiku untuk tidak 'couple' dan perlulah menjaga pergaulan. aku terasa diriku terduga dengan "idolaku" sendiri. meskipun 'dia' tidak pernah bersentuhan, tetapi corak pergaulan mereka membuatkan diriku terasa sebak. dimanakah hilangnya bait-bait kata puitismu yang dahulu membuatkan aku dahaga untuk mendengarnya. setiap butir bicaramu dululah yang banyak  membantuku menjadi insan yang berperibadi seperti sekarang.di saat kita sama-sama bersekolah menengah biasa, 'dia' telah memberikan inspirasi untukku supaya menjaga diri.

p/s: diriku sendiri sememangnya turut tidak sempurna, namun saat dirinya terbuai itulah telah menyentapkan diriku lagi untuk istiqamah dalam menjaga hati.
 doaku semoga ukhwahku dengannya akan bertaut kembali. ku juga mengharapkan agar 'dia' mampu kembali seperti dulu, kerana kaulah insan yang pernah bersinar di jalan cahayaku. terima kasih teman.