Monday, 4 June 2012

" berhijrah memang sukar tapi akhirnya manis "

detik ini,"berhijrah memang sukar tapi akhirnya manis " daku dedikasikan khas buat seorang "insan" yang sudi mendengar luahan dan berkongsi pengalaman hidupnya. insan ini bagiku sangat aku sanjungi kerana dia telah diuji dengan ujian yang sangat berat dalam hijrahnya. barangkali, aku tidak bisa menanggung beban yang di alaminya jika ditimpa padaku. 

pagi itu, terdetik hati untuk membicarakan perihal suatu topik pada 'insan ini'. seiring dengan itu, 'dia' telah membuka langkah penanya untuk memberikan perkongsian indah bagiku.
subhanallah, tidak kuduga kisah hidupnya itu memang melalui liku-liku yang tidak terduga. jujur aku akui, hanya melihat wajahnya sekali dua sahaja. namun, alhamdulillah ukhwah kami masih bertaut meskipun tidak mengenali dengan rapat. aku akui, asalnya aku anggap dirinya berasal dari golongan yang berpendidikan sekolah "agama", pabila melihat pakaian luarannya mampu menyejukkan mata yang memandang. tanpa berselindung, 'dia' telah mendedahkan asalnya hanya dari sekolah biasa, persis  aku jua. ini memberikan semangat lagi buatku untuk meneruskan pertemuan di laman maya dengannya.

ilham dari 'mimpi' yang di alaminya berulang kali telah menyentapkan hatinya untuk berhijrah. pengalaman dalam mimpinya  " didatangi seseorang berpakaian putih menutupi tubuhnya dan lengkap menutup aurat" sering menerjah di minda. 
peristiwa itulah yang membuatkan hatinya terbuka berhijrah dalam pemakaian hariannya. 'dia' berubah kearah yang lebih menutup dengan lebih sopan dan rapi, meskipun sebelumnya telah menutup.

subhanallah, begitu nikmat ibarat "bayi yang baru dilahirkan" telah dirasainya. 'dia' turut dikurniakan Ilahi dengan kehadiran insan-insan yang menjadi teman dalam meneruskan perjuangan hijrahnya. mereka sama-sama seiring dan sejalan dalam mendamba kasih Ilahi dan cinta rasulNya. bonda dan ayahandanya menyetujui hijrahnya itu.
maha hebatnya nikmat dan hadiah Maha Pencipta kepada insan ini, sehingga merasai nikmat dan hidup baru yang dirasainya dipenuhi desiran ketenangan dalam hidupnya.
namun, nikmat hidup insan ini telah diuji dengan ujian yang sungguh berat. dugaan ditimpa 'sakit endometriosis ' yang mampu meranap kesabaran jika tidak mampu menahannya. namun, 'dia' mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melawan 'endometriosis' yang di hadapinya.
meskipun menanggung sengsara, hikmahnya ialah 'dia' menjadi insan yang lebih tabah berjihad dan mengatur langkah kejalanNya. Maha Suci Allah, 'dia' meneruskan mujahadah ke arah jalan yang bersinar cahayaNya seiring melawan 'endometriosis ' itu. 

selepas menjalani pembedahan, Maha Suci Allah, nikmat kesihatannya makin baik dan pulih. namun, 'dia' dimestikan untuk menemui insan yang bergelar doktor untuk menguji sejauh mana tahap kesihatannya.

alhamdulillah, kini insan ini aktif dalam mengaut amal di jalanNya. bagiku, dia merupakan aktivis di jalan jihad menuju agama yang aman.
kata-katanya "jadi bila nak berhijrah ke arah lebih baik jangan tinjau belakang lagi sebab mungkin peluang yang diberikanNya tidak akan datang buat kali kedua".

insyaAllah, semoga diri ini dan sahabat-sahabat mampu menjadikan "dia" suri teladan untuk bangkit memperbaik kelemahan diri dan jalan menuju hijrahNya.

p/s: aku tidak menduga bait-bait tintanya itu mampu menggerakkan hatiku untuk berusaha meneruskan impian yang tersimpan di lubuk hati. kuharapkan moga sahabat dan kenalanku mampu membimbing tanganku untuk meneruskan hijrah cinta abadiNya,.. AMIN...

No comments:

Post a Comment