di saat bertatih | ||
ketika ini jualah tercebis ilham ini bersumberkan 'dia'.
aku tersentak pabila mengimbau detik-detik transformasi yang aku ingin injakkan dari takuk lama. aku akui tidak bisa menyambut takdir Ilahi. alhamdulillah, kerana menjadi antara insan terpilih untuk merasai nikmat hijrah. meskipun aku tidak sesempurna Khadijah, Aisyah, dan Fatimah, namun aku ingin berusaha dalam mengorak langkah ke arah cinta yang abadi.
kini, aku masih sedia bertatih dengan dugaan yang tidak terduga. dugaan di balik hijrah itu sememangnya kadang kala memeritkan jiwa ini. apakan daya, sukar untuk aku bernafas di balik sengsara dengan nikmatnya. bertatih aku ingin usahakan kepada berjalan. tetapi, kini ianya masih lagi tersekat dek gelombang jiwa yang mampu meratap dan meranap jiwa hamba.
aku merasakan terlalu terduga kerana tidak bisa menepisnya dengan yakin dan kadang kala tersekat-sekat.
Ya Allah, bantulah aku untuk tidak terus bertatih di jalan yang tersasar. ujian yang Engkau berikan kepadaku sememangnya sering membuatkan aku merasa hampa. namun, aku tetap bersyukur kerana masih lagi diberikan kesedaran dari lena yang panjang. semoga lenaku tidak akan melenyapkan nikmat indah hijrah kepadaMu.
p/s: moga-moga jalan hijrahku kepadaMu insyaallah mampu dicipta dengan nikmatnya. aku harapkan agar aku tidak akan mensia-siakan tingkat bertatihku menuju jalanMu kerana kepadaMu sahaja tempat aku mendamba kasih dan reda yang abadi. AMIN.
No comments:
Post a Comment