Saturday, 9 June 2012

    
     BOLEH MENCARI TAPI BUKAN UNTUK MENGEJAR

" Dan Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang membawa kerosakan"

            (SURAH AL-ISRA' : 32) 

nikmat berkasih sayang memang telah dikurniakan Allah s.w.t yang bersifat Ya Rahim. 

justeru, fitrah insan yang dikurniakan segumpal darah bernama hati turut mendamba cinta insan di bumiNya. Maha Hebat ciptaan Ilahi kerana mengizinkan makhlukNya untuk saling melengkapi di duniaNya.namun, Allah sebenarnya menguji insan di dalam pelayaran mencari cinta insan ini. Maha Hebat Ilahi, kerana telah menetapkan jodoh buat hamba-hambaNya bahawa " lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, manakala lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat". Subhanallah, insyaAllah moga-moga kita mampu memiliki jodoh yang mampu membimbing kita ke jalan yang di redaiNya, InsyaAllah.

namun, gelora jiwa insan yang berada di pelayaran usia muda kini sememangnya mampu mengundang tsunami  kerakusan bencana buat diri sendiri. 
jiwaku sendiri sememangnya terkilan apabila melihat pelayaran generasi kini yang terlalu mengejar cinta bukan mahramnya melebihi cinta pada pemilik  yang Utama dan jua ibu bapa. mereka telah kecundang di tengah-tengah kehidupan yang masih memerlukan banyak perjuangan, bukan untuk cinta insan sahaja.

ASTAGHFIRULLAH  ASTAGHFIRULLAH  ASTAGHFIRULLAH ASTAGHFIRULLAH ASTAGHFIRULLAH  ASTAGHFIRULLAH ASTAGHFIRULLAH  ASTAGHFIRULLAH

jujur aku katakan bahawa sebenarnya terkilan kerana ramai kenalanku sendiri telah binasa, dek kerakusan dalam bercinta. aku akui, mereka terlalu mengejar cinta tanpa mengenal dan mencari terlebih dahulu. teman-teman baikku sendiri telah kecundang dalam mengawal nafsunya untuk bercinta. kesannya, memberikan impak kepada ibu bapa dan keluarga. 
"riuh sekampung" yang membicarakan hal ini. aku akui bahawa kenikmatan dalam melayan cinta yang pura-pura bisa menghapuskan ingatan kepada cinta yang Utama. bagiku, ini memang menyedihkan, kerana kealpaan cinta insan membinasakan cinta pada ibu bapa sendiri.

perbuatan mengejar cinta mereka sebenarnya telah memalitkan keburukan buat mereka jua, mampu mencemarkan muka ayahanda dan bonda yang selama ini menjaga dan menyayangi kita "seperti menatang minyak yang penuh". kesedihan terukir di wajah sang tua . mereka menjadi malu dan tidak sanggup berhadapan dengan komuniti kerana tingkah anak-anak. mereka sememangnya inginkan anak-anak memberikan"susu yang manis " kepada mereka, namun mereka hanya mendapat "tuba" yang mampu meracuni diri sendiri.

fitrah manusia, jujur aku katakan bahawa aku sebenarnya cemburu juga di awal-awal remaja dulu melihat kawan-kawan ber'couple'. Namun, alhamdulillah kerana Allah telah memalingkan hatiku untuk mengikut kata hati yang mati dan kata nafsu yang menipu itu. alhamdulillah, sifat cemburu pada perkara itu mampu aku ubati dengan pesanan dan nasihat dari "guru" yang mengajarku untuk mentarbiah jiwa dan hati sebaik mungkin.
..... Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar.......

sedih mengenangkan jiwa kawan-kawan yang terlalu hanyut di dalam cinta pura-pura, kerana keasyikan mereka telah memusnahkan masa hadapan. aku bersyukur kerana hatiku dihindarkan oleh Ilahi dari mendamba nikmat cinta insan yang pura-pura. InsyaAllah, semoga hatiku mampu terjaga sehingga detik yang diberkatiMu memudahkan jalanku untuk mendamba cinta "pemilik cintaku selepasMu".

kata-kata kawan yang aku pegang
" lelaki sebenarnya mendampingi wanita bukan kerana ingin bercinta sangat, tapi sebenarnya ingin menguji wanita itu".
memang tersentap juga apabila aku mendengar pengakuan kawanku itu. dia telah memberikan aku laluan terang supaya hindarkan diri dari bahaya mengejar cinta. Alhamdulillah.

namun, katanya lagi,
  • "kita boleh mencari cinta , namun izinkan kita betul-betul kenal diri kita. sudahkah layak dan bersedia memegang amanah untuk masa depan? apa yang penting, mendapat restu dan keberkatan dari Maha Pencipta dan ibu bapa". 
  • "peliharalah betul-betul hati kita supaya tidak akan lalai dengan mencari cinta. dambalah cinta Ilahi dahulu kerana hanya Dialah yang mengetahui siapa sebenarnya pemilik cintamu nanti."
Insyaallah teman, sama-samalah kita berusaha menjaga hati kita daripada terus mencari cinta. cinta sebenarnya amanah yang besar dalam diri. cinta yang abadi memerlukan  pengorbanan, cinta abadi juga mampu memikul tanggungjawab, 'ibarat yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing', khususnya untuk keharmonian keluarga dalam melahirkan generasi yang di bina dalam suasana Islam yang sebenar........

ADAKAH KITA BERSEDIA MENERIMA CINTA INSAN UNTUK MENGHARUNGI HIDUP KELUARGA?? FIKIR-FIKIR-FIKIR kerana itulah hakikat sebenar insan perlukan cinta insan.


p/s: setiap kita menginginkan pemilik cinta kita nanti yang soleh dan solehah, insyaAllah kita akan mampu memperolehnya seandainya nyawa masih di kandung badan untuk merasai nikmat cinta dari "nya" yang kita belum temui. maka, teman-teman, berusahalah untuk bermujahadah menjaga hati dan pandangan kita dari menatap insan yang belum tentu jodoh kita.

YA ALLAH, SEANDAINYA HAMBAMU INI DITAKDIRKAN UNTUK 'MEMPEROLEH CINTA' DARI INSAN MU , IZINKANLAH KAMI MAMPU BERTEMU DI JALAN YANG BENAR, DENGAN CARA YANG HALAL, DI BERKATI OLEHMU, JUA DI RESTUI IBU  BAPA KAMI. AMIN, YA RABBAL ALAMIN.

No comments:

Post a Comment