indahnya usrah
alhamdulillah, terima kasih kepada sahabatku, yang sudi mengajakku dalam kumpulan usrah 'naqibah' ini. cara dan gaya 'dia' sememangnya sangat menarik. pendekatan dan percakapannya mampu melembutkan jiwa yang keras, hati yang tersasar, insyaAllah.
syukur juga aku ucapkan kerana teman-teman sudi membimbingku dan mewujudkan suasana kumpulan yang damai, bagaikan keluarga yang jauh di mata. hikmahnya, rindu pada keluarga dapat juga di kurangkan.
rindu pada keluarga di kampung tidak dapat tertahan, namun memikirkan hidup ini perlukan pelayaran, aku kuatkan juga semangat untuk meniti hari-hari terakhir semester kedua ini. di saat inilah jua aku menduduki 'final exam'. ini menguatkan aku untuk lebih bersemangat belajar demi cintaku kepada ibu bapa.
Maha Suci Engkau Ya Allah, kerana Engkau berikan kami jalan untuk lebih mengenalMu melalui 'dia'. apabila bersama 'dia', beberapa persoalan yang terpinga-pinga dapat jua di teroka akhirnya. aku akui, asalnya hati ini tidak damai, namun apabila kuluahkan kepada 'dia', alhamdulillah jawapannya sedikit sebanyak telah memberikan ketenangan.
alhamdulillah, ketika diri ini mencari sinar, aku mampu melihat secebis cahaya yang di bawa teman. "usrah", bermakna buat aku, kerana ibarat keluarga di kala kita mengalami keraguan dan masalah, insyaAllah keluarga inilah yang sudi membantu dan membimbing. hakikatnya, kita tidak akan menjadi goyah dalam menuntun jalan ke jalanNya.
indahnya 'usrah', kerana mampu mengeratkan ukhwah, mampu memberikan sinar cahaya lebih indah dari mentari pagi, wujudnya mahabbah yang subur mewangi, dan insyaAllah sama-sama berjihad untuk transformasikan diri jihad ke jalanNya.
justeru teman, seandainya di berikan pilihan dan jalan untuk mendekati usrah, berusahalah untuk dekatinya kerana insyaAllah ini antara jalan untuk mendekatkan kita mengenal cinta Allah dengan mendalam.
p/s: doaku semoga meskipun masa mendatang kita berpisah di mata, namun tautan ukhwah dan rasa mahabbah akan berkekalan. Ya Allah, moga Engkau lembutkan hati-hati kami untuk meneruskan jihad di jalan Mu untuk mencari syurga Mu yang abadi. AMIN...

No comments:
Post a Comment