Saturday 22 December 2012

siapakah 'dia' untukku

sememangnya, setiap insan ingin dicinta dan dicintai..
Alhamdulillah, sepanjang proses pembesaranku, aku boleh dikatakan telah mendapat kasih sayang yang cukup dari ibu dan ayahku.. SYUKUR PADAMU, YA RABBI...

Saban hari, dunia remaja sudah menjengah tiba....
tika inilah perasaan bergelora, setiap insan pasti akan merasainya, meskipun secara diam...

CINTA SECARA DIAM....
sememangnya indah kerana ini memberikan kesabaran pada diri, namun AKU sebenarnya terfikir,
SUDAHKAH LAYAK AKU MENCINTAI LELAKI MELEBIHI CINTA PADA ILAHI?

ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH...

ALLAH PERNAH BERFIRMAN BAHAWA : perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat...

persoalannya kini, adakah diri ini layak di gelar insan yang BAIK?
HANYA TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.....

soal isi hati, jodoh ini sememangnya menakutkan aku kerana melihat telah ramai insan yang terkorban dek cinta palsu yang membunuh kesucian diri.....

ALLAHURABBI, AKU BEGITU TAKUT KERANA MASIH TIDAK RELA BERPISAH KASIH DENGAN IBU AYAH,, YANG SEMEMANGNYA CINTA SEJATIKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL. INSYAALLAH...

YA RABBI, izinkanlah diriku untuk berusaha mendampingiMU setiap masa supaya aku akan dekat denganMU, reda dengan ketentuanMU, tenang dalam rahmat dan kasihMU.. Sesungguhnya aku takut diriku jauh dan terabai dari kasihMU...

seandainya KAU izinkan aku bertemu jodoh di dunia persinggahan ini, berkatilah cara kami, rahmatilah kami, dan layakkanlah kami sebagai antara hamba2MU yang terpilih ke JANNAH MU KELAK....

AMIN,, YA RABBI...

Wednesday 12 December 2012

"ngiyau" si gerangan hati

HujunG semester ketiga ini, aku tidak mampu menahan gelora di hati, sedih, sebak, melanda lautan hati.
tatkala ketenangan gelora bertamu, tatkala itulah tsunami emosi melanda.
ALLAHURABBI, SETIAPNYA ADA HIKMAH, KERANA HIASAN DUNIA INI ADALAH HAMBAMU YANG BERNAFAS, BERNYAWA, DAN BERAKAL.

namun, tahap keimanan bergantung pada amal setiap insan.
ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH, kerana hatiku kini usang dari menyebut dan mengingatiMu. AKU TIDAK PERNAH MERASA HATI KERING SEPERTI INI. inilah kealpaanku sendiri, kerana terlalu bersesak-sesak dalam perjalanan  dunia semata-mata.
 DIMANAKAH JALAN AMALKU UNTUK KE ALAM SANA?

BUTAKAH HATIKU SUDAH? KERANA AKU SERING BERTANGGUH DALAM MELAKSANAKAN AMAL PADAMU.

seandainya masa yang lalu mampu berputar kembAli, adakah aku masih di takuk lama, mahupun seiring dengan tingkah yang sama?

ASTAGHFIRULLAH..... ALLAHURABBI, izinkanlah diriku untuk berusaha dekat denganMU, meskipun aku sibuk dengan  dunia yang penuh rencah rasa yang menambat gelora DUKA.

YA RABBI, IZINKANLAH PERGIKU DARI DUNIAMU DALAM IRINGAN AMAL YANG MELAYAKKAN AKU BERGELAR HAMBAMU YAN GKAU RAHMATI...

AMIN, YA RABBI

Monday 26 November 2012

TIKA MATA DI UJI


setiap hari yang telah berlalu, seringkali mencorakkan senario yang berbeza meskipun dalam kadar yang rendah. setiap hari, diri ini ingin merubah hati, merubah arah tuju. Namun, sejauh mana berkesannya perubahan yang telah berlaku? diri sendiri sukar untuk menjawabnya.

di balik perubahan ke arah yang lebih baik, mata ini sering kali lalai dalam melaksanakan amanah. tatkala mata melihat keagunganNya, ucapan Alhamdulillah mampu dikeluarkan. namun, tatkala mata terleka melihat pandangan yang melalaikan, misalnya pandangan keatas ciptaanNYA yang berlainan jantina dan perkara yang melalaikan, panahan itu  terus menerus menosok ke mata dan turun ke hati. inilah bagiku kesalahan yang aku tidak cuba perbaiki lagi. ASTAGHFIRULLAH..... semoga ENGKAU izinkan aku untuk mampu memadamkan PANAHAN mata dari terus terkena CEBISAN dosa.


bagiku, ini adalah ujian untuk apa yang aku minta dariMU, iaitu berusaha menjadi hamba yang amanah, menjaga ikhtilat. 

sejujurnya aku akui bahawa diri terus leka kerana panahan itu jualah menjadikan aku seorang pengumpat yang terus menerus membuat dosa, menabur hina kepada orang lain. 
entah mengapa aku terus berbau dengan kata-kata yang buruk, tapi aku sendiri akui kadang kala 
tidak menyedari bait-bait bicara buruk itu.

ALLAHURABBI, izinkanlah mataku, mulutku tertutup sendiri daripada terus membuat dosa. ujian ini memang mampu memedihkan hati ini, begitu jua hati-hati yang lain. sesungguhnya,hanya padaMU ku mohon hidayah yang terindah.

IZINKANLAH MATAKU TERTUTUP RAPAT SEMASA JASAD DAN ROHKU BERPISAH SUPAYA AKU MAMPU MENJADI ANTARA HAMBA YANG KAU RAHMATI...
                                                  AMIN,, YA RABBI..



Sunday 11 November 2012

PAKSI MIMPI

termenung bersendirian di tepian sawah yang menghijau. diri terkenangkan mimpi-mimpi yang telah berlalu. meskipun berbeza setiap wataknya, namun MESEJ setiap itu adalah sama, iaitu tentang KEMATIAN.....

ALLAHUAKBAR, ALHAMDULILLAH aku ucapkan kerana masih memberikan aku untuk bernafas melebihi sedetik hingga kini. namun, sejak dilanda mimpi-mimpi ini, diri seakan-akan terdiam kaku. persoalan terus menerjah dalam minda, apakah ini sekadar mainan tidur, ataupun petunjuk untuk setiap kali doa dipohon, inginkan hidayahNYA? WALLAHUA'LAM.


DETIK-DETIK TERUS BERLALU................. namun, suatu ketika itu.......


....................."di manakan aku berada? kenapa keadaan menjadi suram begini? Allahuakbar, aku masih mampu bergerak, aku masih mampu melihat, aku masih mampu brsua. namun, kelibat siapakah di sana?
 di sisi almari yang usang itu, terbujur kaku sebujur mayat. timbul dalam detik hati,
 siapakah gerangannya yang tiada seorangpun peneman di kala itu? kenapa hanya aku yang mampu melihat, yang mampu mendekati gerangan yang berbalut putih itu?
diri ini terus menghampiri balutan putih itu. tak ku sangka diriku sendiri yang aku tertanya-tanya. tapi, akukan masih hidup. kenapa aku boleh menjadi dua? aku masih bisa bernyawa, namun kenapa masih kaku di hujung sana? hati mula gugup, lantas mencuba mendekatkan lagi diri dengan balutan putih itu. ASTAGHFIRULLAH, ini bukan aku, ini bukan aku. wajah yang buruk, bau yang busuk terus menerjah dalam rongga hitung. diri menangis sepuas-puasnya. seandainya ini adalah jasadku, aku tidak rela kerana mungkin ini balasan dari perbuatanku yang sering sia-sia dalam ibadahku, hubunganku. ALLAHURABBI. tidak mungkin ini bisa terjadi seandainya aku mapu menjaga setiap amal dan tingkahku"......................

AKU TERSEDAR DARI LENA DENGAN PELUHAN YANG MEMBASAHI TUBUH.
SUBHANALLAH, AKU MASIH LAGI bernafas di saat aku telah merasakan mati  dalam keadaan yang aku sendiri tidak ingini.

mimpi ini sejujurnya telah memberikan impak besar kepadaku untuk lebih mendekatiNya. InsyaAllah, aku aku usahakan untuk lebih memperbaik detik hidupku.


tatkala aku lebih dekat denganNYA, aku merasakan aman dan tenang. malah, mengundang juga buatku untuk tidak terlalu taksub dengan dunia. INSYAALLAH, semoga pilihanku ini nanti membuatkan aku mampu menempuhi jalan yang lebih baik, aku juga mampu mempertingkatkan segala kelemahan diri.



YA RABBI, SESUNGGUHNYA HIDAYAH HANYALAH MILIKMU. NIKMATNYA HIDAYAHMU SEMEMANGNYA MENENANGKAN JIWA, MERANGSANG JIWA UNTUK MELAKSANAKAN SURUHANMU. PINTAKU PADAMU, IZINKANLAH HIDAYAHMU MAMPU KU CAPAI DALAM MELAKSANAKAN TUGASKU SEBAGAI INSAN DI DUNIA INI, JUA SEBAGAI HAMBAMU YANG ENGKAU RAHMATI DAN KASIHI.

AMIN, YA RABBI...


Wednesday 7 November 2012

BERITA TENTANG ITU

alunan lagu nasyid "KHABAR IMAN" dari RAIHAN terus diputarkan untuk beberapa kali. Alhamdulillah, aku masih diberikan peluang untuk mendengarnya sebagai sentuhan rohani dan peringatan buat diri. Terima kasih tidak terhingga kepada insan yang telah memberikan laluan kepadaku untuk memperolehnya. 

BAGIKU, INI ADALAH ANTARA JALAN ALLAH UNTUK MEMBIMBING DIRIKU KE ARAH YANG LEBIH BAIK, INSYAALLAH kerana setiap yang berlaku selalunya bergantung kepada niat....

antara bait-bait lirik,

 telah kita diberitakan akan tibanya hari kedatangan,
 musibah melanda semesta alam,
 tiada siapa yang dapat menghalang, 
 bila manusia telah lupa,
 sujud menyembah kepada yang Esa, 
 dosa pahala tak dihiraukan lagi,
hati telah gelap hilang cahaya,
lalu berbunyi sangkakala membelah langit,
gegak gempita, masing-masing berlindung diri,
ibu kehilangan anak di kandungan,
bintang yang di langit pun berguguran,
kala itu taubatmu tidak berguna lagi.

sememangnya, apabila mendengar alunan lagu ini, diri sendiri merasa terlalu alpa. aku sendiri merasakan betapa jauhnya diri dari Yang Maha Esa. setiap hari-hari yang berlalu, terlalu jarang memikirkan tentang HARI PENGADILAN di atas amanah kita sebagai hambaNYA. ALLAHU RABBI, betapa ego dan degilnya diri dalam mentaatiNYA.

malah, setiap detik, aku sering membuang masa dan lalai dalam beribadah. ASTAGHFIRULLAH, sukar sebenarnya untuk memperoleh hati yang tenang seandainya terlalu mendambakan ketenangan tanpa berusaha mengurangkan perbuatan sia-sia.

setiap kali melihat wajah insan yang berjuang mengembangkan dakwah dan meningkatkan nilai-nilai islam dalam kehidupan, jujur ku katakan terasa cemburu menghantui. namun, seandainya hanya cemburu tanpa berusaha memperbaiki diri, sememangnya tidak ada gunanya.

Sememangnya, izinkan aku untuk berjuang dalam memperbaik mutu diriku kerana aku ingin sekali berjalan di landasan yang lurus, yang mampu membawaku ke syurgaMU. sesungguhnya, harapan yang besar ini memerlukan diriku berkhidmat sebagai hambaMU dengan lebih taat, ikhlas, istiqamah.


YA RABBI, SEMOGA KAU IZINKAN HIDAYAHMU MAMPU MENYAPA DIRIKU, SEHINGGA TINGKAHKU, TUTURKU, AMALMU HANYA KERANAMU. AMIN.

p/s: semoga setiap kelalaian yang terus di ulik di dunia ini akan bangkit dan berjuang ke arah memantapkan diri sebagai hambaNYA yang di rahmati. AMIN.




Monday 8 October 2012

erm, tunggulah dulu

setiap hari, aku merasakan masa semakin pantas berlalu. kini, hujung tahun bakal bertamu. itu tandanya, umur juga akan menginjak dewasa.
erm,,aku baru remaja je kan, umur baru AWAL  20-an je,
banyak masa lagi ada....

kadang-kadang aku merasa tidak puas dengan masa yang telah berlalu dengan cepat. ada juga aku merasakan lambatnya masa berlalu. ASTAGHFIRULLAH,,, begitu lalai diri ini dalam mensyukuri nikmatNYA. meskipun aku masih mampu bernafas, namun diriku sendiri tidak pernah berusaha untuk menggunakan masa-masa yang ada dengan lebih bermanfaat.

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR,

hanya padaMu diriku akan kembali.

bila memikirkan kembali detik-detik lalu, aku seorang yang suka bertangguh. 'last minute' semua kerja dilakukan. alih-alih, hasilnya pun 'capuk'.

ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH

InsyaAllah, semoga hari ini aku mampu menawan diriku sendiri dalam memperbaik pelayaran diri. aku tidak mahu kapal hidupku nanti akan tenggelam bersama-sama beban noda, amalan yang sia-sia....

YA RABBI, AKU MALU KERANA AKU TELAH BANYAK LALAI SEBAGAI INSAN.
SEMOGA ENGKAU LEMBUTKAN HATIKU YA HALIM DALAM MEMBENTUK DAN MELANGKAH DIRI KE ARAH YANG TIDAK SIA-SIA.

JAUHILAH DIRI KAMI TENGGELAM DALAM KEADAAN YANG SIA-SIA.

AMIN YA RABBI

Saturday 29 September 2012

AKU INGIN KE SYURGA

 melihat kehidupan yang telah berlalu, hati gersang ini meratap hiba kerana bimbang tidak 'layak' melayari syurgaNYA. ALLAHUAKBAR, adakah aku mampu bergelar hamba yang taat perintah?

aku akui sering berusaha untuk memperbaik segala kelemahan diri, lebih menjadi positif, alhamdulillah kerana detik bahagia YANG AKU PEROLEHI.


alhamdulillah, SEGALA PUJI BAGI ALLAH kerana telah menghadiahkan aku kawan, sahabat, keluarga yang terlalu baik dengan aku. namun, aku akui sukar juga untuk aku menjaga batas pergaulanku. aku tidak mampu kadang kala mengawal diri untuk memenuhi permintaan. itu memang dulu, namun sekarang aku lebih mudah mengalah, sehingga kadang kala aku terpaksa melepaskan sesuatu yang paling aku sayang. aku terima dan ikhlas kerana aku inginkan kebahagiaan yang kekal abadi 'di syurga'.


aku masih ingat lagi, aku rela 'melepaskan keinginan' semata-mata untuk memenuhi impian 'dia', namun aku tetap merasa bahagia. namun, aku seakan-akan telah kehilangannya kerana sesuatu perkara yang aku tidak buat. ALLAHUAKBAR, ujian ini telah membuatkan aku rebah. aku seakan-akan lemah kerana aku sendiri tidak percaya diriku seakan tidak dipercayai. benarlah kata pepatah, bahawa kita tidak mudah untuk mengenal dan menilai seseorang.


aku meratap tangis dalam sepi dan menemani diriku sehingga aku 'sakit' memikirkannya. jujur aku katakan, aku juga inginkan 'privacy' untuk sesuatu perkara, mana mungkin aku juga akan 'membuka' hak orang lain jika telah berjanji. aku selalu berusaha, insyaAllah.


aku juga merasa pedih kerana telah 'hilang' dia yang selama ini banyak menyokong. aku akui  tidak mengenalinya dengan mendalam, tapi bagiku dia tetap yang terbaik. aku mengharapkan agar hatinya turut terbuka supaya 'privacyku' yang tidak boleh aku kongsikan dia akan terima. 


YA RABBI, MOGA KAU LEMBUTKAN HATI-HATI MEREKA UNTUK MENERIMA AKU KEMBALI SEBAGAI 'KENALAN' RAPAT DAN BERTAUT KEMBALI CAHAYA UKHWAH ANTARA KAMI. SESUNGGUHNYA, HATIKU KOSONG TANPANYA KERANA DIA SELAMA INI PENYERI HIDUPKU..


Izinkan aku untuk tidak TERSASAR DIJALAN YANG SALAH, kerana aku TIDAK INGIN MERASA  bahang panasnya NERAKA .


YA RABBI, UJIAN 'INI' TELAH MEMBUKA MATAKU UNTUK BERMUJADDID DI JALANMMU, DENGAN CINTAMU SAHAJA AKU BISA MERASA BAHAGIA, TENANG YANG ABADI.


IZINKAN AKU MAMPU KE SYURGAMU, bersama-sama INSAN-INSAN YANG KU SAYANGI,,,



amin... YA RABBI.

Tuesday 25 September 2012

jangan mudah menilai

entah mengapa tiba-tiba terdetik untuk menyuarakan pandangan bisikan hati di laman blog ini. sememangnya, 'KEJADIAN' ini telah memberikan aku peluang untuk membuka hati dan mindaku supaya tidak mudah mempercayai seseorang hanya berdasarkan 'pandangan mata'.

hati ini begitu terkilan kerana sikap sesetengah golongan yang berilmu suka memburukkan 'insan kelana' yang sedang mencari arah tuju hidup sebenar. 'habis madu sepah dibuang', aku menggambarkan sikap sesetengah kelompok ini yang hanya sekadar mengambil kesempatan di atas kelebihan insan lain.

pada panahan mata, sememangnya mampu mencairkan hati wanita  pabila melihat 'ikhwan' di baluti dengan pakaian 'ala-ala alim', mesra, dan ramah ketika bertemu pada awalnya. sejuk mata memandang ketika itu, sehingga mendambakan akan memperoleh cinta dari 'ikhwan' itu. persepsi awal itu kadang kala salah seandainya terlalu percaya 100% tanpa mengetahui asal usul dahulu, tanpa merisik khabar dari teman mereka yang terdekat.

pepatah mengatakan, personaliti kawan kita mampu menggambarkan personaliti kita. maka, tidak hairanlah peranan kawan penting untuk memberikan pendedahan personaliti sebenar kita.

ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH, kerana kadang kala "HATI"  ini sendiri terkandas pabila melihat tingkah 'ikhwan' yang sopan penampilannya.

 NAMUN, ALHAMDULILLAH, kerana masih diberikan peluang untuk pulang ke pangkal. ternyata, risikan berita dari teman telah berjaya membuka mata dan hati ini supaya tidak terus menilai 'ikhwan' itu adalah baik, hanya semata-mata melihat pakaiannya.

YA RABBI, moga KAU selamatkanlah hati-hati kami yang mendamba cinta AGUNGMU, daripada terus leka dan hanyut dalam memburu cinta 'ikhwan' yang tidak diketahui niat hati mereka. moga DIKAU akan menghadiahkan kami 'ikhwan' dunia dan akhirat dari golongan yang ENGKAU rahmati, sayangi...

SEANDAINYA KITA MENJAUHKAN CINTA LELAKI DALAM HIDUP SEMATA-MATA UNTUK MEREBUT CINTA ILAHI, INSYAALLAH ALLAH AKAN MEMBUKA JALAN YANG BERSINAR UNTUK KITA DALAM MEMPEROLEH JODOH YANG BENAR-BENAR AKAN MENJAGA KITA SEBAGAI PERMAISURI MEREKA, SUPAYA MAMPU HIDUP BERSAMA, BAIK DI DUNIA DAN AKHIRAT. 

AMIN....

Saturday 22 September 2012

moga 'ia' akan berlalu pergi


resah hidup membuatkan hati ini tidak tenang, setenang air biru yang beralun-alun lembut. ALLAHUAKBAR, aku merasakan terasing dari dunia yang abadi, kerana memikirkan keresahan hati. mungkinkah ini SEBUAH UJIAN YANG INGIN BERMAIN DENGAN AKU?

fitrah insan yang bergelar wanita, seringkali menginginkan setiap permintaan akan di kabulkan. entah mengapa jauh di sudut hati ini menginginkan 'hal' itu mampu menjadi kenyataan, meskipun tanpa persediaan yang memadai. ASTAGHFIRULLAH, ya RABBI, kerana diri aku terus terumbang ambing dengan nafsu yang di hasuti iblis.

Ya Rabbi, izinkanlah aku mampu mencelik kembali mataku untuk melihat, hatiku untuk menilai. aku dapat merasakan bahawa sifat dosa yang terus bergelumang dalam hati terus menerus menguasai diri. ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH.

tak mungkin aku insan sempurna dalam mencintaiMu, namun izinkanlah aku untuk terus berjuang dalam agamaMu. ALLAHU RABBI, izinkanlah aku melepaskan 'noda resah hati' yang bisa menghapuskan hubunganku denganMu.izinkanlah aku dibuka mata dan hatiku agar terus menjauhkan kemungkaran, meskipun hanya bersarang di dasar hati, kerana aku tidak mahu hidupku akan terumbang ambing di akhir kelak.

setiap insan menginginkan cinta yang abadi, maka aku memohon padaMu supaya mampu mengalihkan cintaku kepadaMu melebihi cinta manusia. aku jujur akui bahawa takut akan bahana cinta manusia yang akan memakan nilai-nilai malu, iman, dan merampas takhta bernilai wanita. izinkanlah aku berjuang dengan marak dalam menghakis cinta manusia dalam diri ini, kerana aku takut akan berjauhan dari rahmatMu.

aku takut diriku akan menjadi "hitam" yang bisa menggelapkan hari-hariku. aku tidak mahu terus mengalah dalam kegelapan itu dan tidak mahu tergapai dalam cinta palsu.

YA RABBI, TUHAN YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI, IZINKANLAH HATIKU MAMPU MERASAI CINTAMU YANG SUCI, AGUNG, TANPA SECEBISPUN DEBU-DEBU CINTA MANUSIA LALAI DALAM DIRIKU. MOGA KAU IZINKAN HATIKU, HIDUPKU SETENANG ANGIN PERMAI DI DESIRAN PANTAI.

AMIN, YA RABBI.... 

Saturday 15 September 2012

Insan kelana   aku ingin bergelar permata, namun layakkah aku menjadi permata?  desak hatiku ingin bersinar dalam lembaran islam,  yang penuh kemuliaan...   namun, layakkah aku? tatkala suruhanNya aku seringkali lalai dalam pelaksanaan, di manakah diriku ini sebenar-benarnya berada? aku tidak bisa untuk membiarkan diriku terus leka  dek arus sungai duniawi yang penuh pancaroba.   namun,   jalan manakah perlu aku atur untuk selamatkan diri dari terus  terjelumus ke lembah kerosakan? aku di mana?  di manakah teman tatkala suka sering mengiringi, namun sering menghilang diri pabila duka mengundang tiba aku tidak mahu hanyut dalam kelana hidup oh teman, tunjukkanlah aku jalan untuk menempuhi setiap dugaan Ilahi aku akui tidak bisa menimpanya tanpa sokonganmu....  YA RABBI moga diriku mampu dihiasi sinar RAHMATMU, meskipun aku jauh dariMU, kerana hanya padaMu tempatku berharap.......
mencari arah hidup


Insan kelana 

aku ingin bergelar permata,
namun layakkah aku menjadi permata?
 desak hatiku ingin bersinar dalam lembaran islam,
 yang penuh kemuliaan...

 namun, layakkah aku?

tatkala suruhanNya aku seringkali lalai dalam pelaksanaan,
di manakah diriku ini sebenar-benarnya berada?
aku tidak bisa untuk membiarkan diriku terus leka
 dek arus sungai duniawi yang penuh pancaroba.

 namun,


 jalan manakah perlu aku atur untuk selamatkan diri dari terus

 terjelumus
ke lembah kerosakan?
aku di mana?

di manakah teman tatkala suka sering mengiringi,

namun sering menghilang diri pabila duka mengundang tiba
aku tidak mahu hanyut dalam kelana hidup
oh teman,
tunjukkanlah aku jalan untuk menempuhi setiap dugaan Ilahi
aku akui tidak bisa
menimpanya tanpa sokonganmu....

YA RABBI moga diriku mampu dihiasi sinar RAHMATMU,

meskipun aku jauh dariMU,
kerana hanya padaMu tempatku berharap.......

SIAPAKAH AKU SEBENARNYA

aku merupakan seorang insan yang bergelar 'gadis'. aku merupakan insan yang lahir ke dunia kerana menjadi anugerah Ilahi buat kedua ibu bapa. alhamdulillah, aku bersyukur kerana terpilih menjadi anak 'gadis' mereka.

sejak kecil lagi, aku terlalu dimanjakan oleh mereka. meskipun aku bukanlah anak bongsu, namun sikapku seakan-akan anak bongsu. almaklumlah, aku anak yang rapat dengan ayah sejak kecil, jua dengan ibu.

selama ini, aku tidak pernah berfikir tentang kesusahan mereka terhadap aku. mungkin, aku bukan anak yang baik kepada mereka. ASTAGHFIRULLAH, namun aku mengharapkan untuk bergelar anak solehah. InsyaAllah.

berkat kegigihan mereka, aku kini berjaya menjadi mahasiswi IPTA tempatan. namun, pada awalnya aku akui bahawa tidak mengambil berat soal ini. aku seolah-olah tidak bersyukur dengan nikmatNya. ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH.


ALHAMDULILLAH, kini aku telah sedar bahawa aku harus bersyukur dengan peluang ini. aku seakan-akan baru tersedar dari lena yang panjang kerana merasakan kurang melaksanakan amanah sebagai anak dan pelajar dengan baik sebelum ini. ALLAHUAKBAR, ALLAH MAHA BESAR, kerana kehidupan di kampus serba sedikit mampu membukakan mataku. ALHAMDULILLAH, begitu nikmat mampu aku rasakan kerana di sini telah mengajar banyak perkara buatku.


paling penting, aku dapat belajar untuk:
- BERUSAHA MELENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU yang kurang diketahui.
- BERUSAHA UNTUK MENDOAKAN KESEJAHTERAAN IBU BAPA yang selama ini sering lalai dalam ingatan
-BERUSAHA MENGENAL NIKMAT ISLAM DAN MENGAMALKAN dengan lebih baik
-BERUSAHA MENJAGA HUBUNGAN sesama manusia--> IKHTILAT, TEMAN-TEMAN
-BERUSAHA MENJAGA HATI dari kelalaian dengan cinta manusia, kerana CINTA MANUSIA mampu menerjah ke dalam QALBU bila-bila sahaja tanpa disedari

ALLAHUAKBAR, SEGALANYA HANYA PADAMU, kerana hanya ENGKAU yang tahu detik gugurnya setiap helaian daun, bahkan setiap perjalanan hidup insanMU.

Namun, hati masih gusar untuk mengiyakan personaliti sendiri kerana AKU MASIH BELUM BISA MENGENAL DIRI SENDIRI.... kerdilnya aku merasakan diri ini, kerana seringkali lalai dalam membentuk tingkah yang berakhlak,,, ASTAGHFIRULLAH,. ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH..

YA ALLAH, YA RABBI, AKU MOHON PADAMU AGAR KAU IZINKAN DIRIKU UNTUK SENTIASA DEKAT DENGANMU DALAM SENANG, DALAM DUKA, DAN DETIK KEMATIANKU HANYALAH DALAM AGAMAMU, ISLAM.
AMINNN.......

Thursday 13 September 2012

kau yang tersayang


setiap insan di dunia ini memerlukan kasih sayang dari insan yang dia cintai. begitu juga aku, aku begitu menyayangi insan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah, untuk memenuhi setiap impianku.

duHAi ibuku yang tersayang, kau umpama bintang yang bergemerlapan yang menyerikan kami ketika kami di dALam kegelapan malam. setiAP kali dirimu menghampiri diri ini,aku merasakan diriku akan berharga di saat awalnya merasakan tidak berguna. SUBHANALALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR, hanya padaMu kami memuji.

apabila menulis berkaitan ibu, aku masih teringat suatu cerita. suatu ketika, insan bimbang untuk turun ke dunia kerana MERASAKAN tidak akan memperoleh kesempurnaan dalam hidup. namun, setiap pertanyaan insan akan di jawab dengan jawapan yang menyenangkan.

duhai insan, janganlah kamu bimbang seandainya dirimu akan diturunkan ke dunia. kamu akan merasakan betapa hebatnya 'bidadari dunia' dalam menjagamu.

-di saat dirimu terbuai dalam lena, dirinya kadang kala tidak sempat melelapkan mata untuk menjaga lenamu agar tidak terganggu
-di saat dirimu menangis kerana kesakitan, dia akan berusaha untuk memujukmu dan berusaha merawatmu dengan kelembutan
-di saat dirimu dalam ketakutan, dia berusaha untuk menenangkanmu dengan sentuhan yang penuh KASIH SAYANG..

MAHA HEBAT CIPTAANNYA KEPADA INSAN DI DUNIA, kerana mengirimkan insan bergelar ibu kepada kita.

namun, 
-masihkah kita ingat bila terakhir kalinya kita mencium ibu kita?
-masihkah kita ingat detik bilakan kita berkata-kata baik dengan ibu kita?
-masihkah kita ingat saat bila kita berusaha lembutkan suara ketika berkata-kata padanya?

DUHAI TEMAN, berusahalah untuk berbakti kepada IBU di saat diriNYA masih bernyawa dibumi, seandainya diri IBU telah kaku, dimakamkan di bumi, sudah pasti tiada lagi ibu  di sisi.


YA ALLAH, seandainya di takdirkan kami masih lalai dalam menjaga hati ibu HARI INI,  MAKA izinkanlah kami untuk memperbaik diri supaya mampu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, izinkanlah kami hidup di jalanMu yang lurus, AMIN YA RABBI...

Tuesday 11 September 2012

MUNGKIN SESAAT SAHAJA



 alhamdulillah, sepanjang aku bercuti di kampung halaman, aku sempat juga membelek-belek beberapa buah buku. antara buku yang aku telah mampu menyentuh hati adalah buku karya BURHAN SODIQ.
ALLAHUAKBAR, aku tidak menduga bahawa perasaan teringin lagi untuk membacanya meskipun telah beberapa kali membacanya membuatkan hatiku berdetik untuk memulakan pena lagi.
kebanyakan bukunya perihal REMAJA. maka, dari sinilah aku mendapat tajuk ini untuk penulisan kali ini.

"MUNGKIN SESAAT SAHAJA",,,untuk sesiapa sudi membacanya, hayatilah. 

memang sudah banyak pengalaman mataku melihat bahananya 'cinta' kepada kawan-kawanku. ASTAGHFIRULLAH, rata-ratanya nikmat itu hanya sementara, tapi meranap kesucian buat selamanya.

kisah yang aku sendiri melihat, meratap apabila kawan baikku sendiri sudah menjadi mangsa. dia sememangnya gadis yang cantik. namun, telah tersasar dek ikutan nafsunya hanya dalam sesaat, tanpa memberikan keizinan untuk dirinya menghabiskan pengajian terlebih dahulu.

sejujurnya, tingkah kita sebagai gadis mudah goyah apabila mendapat pujian dari "lelaki" yang lembut lidah dari gusi itu. sememangnya, kontemporari ini susah untuk menjaga hati, panahan mata dari insan berlainan jantina itu. ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH... ini menyebabkan dalam sesaat bisa membuatkan diri lupa padaNYA.

adakalanya, bagiku lebih baik dilabelkan sebagai 'gadis sombong' oleh mereka yang hanya pandai berkata-kata, namun lisan mereka mampu merubah dunia kita.
 tetapi, diri  perlulah mencuba untuk menghalang diri dari menginginkan di puja, dipuji oleh lelaki buaya
namun, sering bertangguh untuk berbakti dalam 'ADDIN'. izinkanlah aku usahakan diri dalam langkah ke jalanNYA.

sememangnya, aku mengharapkan aku mampu menggapai 'cintaNya' di hatiku tanpa lalai dalam hidupku. aku merasakan sering menyisihkan cinta AGUNGNYA yang semestinya cinta yang  KEKAL, AGUNG, MULIA...

:renungan buat hatiku,
--> duhai kawan, sekiranya seseorang itu betul-betul menginginkanmu, pernahkah dia menemui ibu bapamu?
jika tidak, itu hanyalah corak permainan mereka yang ingin menguji tahap diri mereka berjaya atau tidak dalam menjadi lelaki sejati...
DAN,,, MUNGKIN SESAAT SAHAJA, saat diri kita terbuai oleh mereka, MAMPUKAH kita menolak kemahuan mereka?
-> adakah kita mengerti bahawa TUHAN kita sendiri mengharamkan jalinan tanpa ikatan suci?
kekadang, saat terlelap itulah kita alpa untuk beribadah dan rela menangguhnya,,, ALLAHUAKBAR,, inilah BAHANAnya CINTA TANPA BERLAPIK..

ya TUHANKU, moga KAU izinkan aku untuk menjauhi 'cinta manusia' yang haram buatku.
YA RABBI, moga izinkan diriKu untuk berusaha 'MENSOLEHAHKAN DIRIKU UNTUK MENDAPATKAN INSAN SOLEH' seandainya ditakdirkan jodoh untukku di dunia ini..
AMIN,, YA RABBI...

Tuesday 26 June 2012

    DIRIKU BUKAN USTAZAH    

 alhamdulillah padaMu Rabbi kerana masih diberikan waktu untuk menutupi rambutku, dadaku dengan jilbab bersaiz  bidang '50' je. namun, aku sebenarnya merasa kagum dengan wanita-wanita yang memakai jilbab yang labuh di sertai dengan perjuangan ke jalanMu, Allahuakbar. Meskipun saiz tudungku hanya bidang '50', namun saiz ini jualah memberikan aku idea 'topik' kali ini. pelbagai cerita yang telah aku lalui. adakalanya, aku terasa nak tergelak pun ada, namun ada juga dulu macam tidak selesa. Astaghfirullah.  begitu rapuh imanku.

SOALAN YANG SERING AKU DENGAR:

awak, awak sekolah arab ke? aku hanya tersenyum dan mengatakan 'tidak'. aku hanya tersenyum kerana rata-ratanya seakan-akan tidak mempercayai kata-kataku.

 Allahu akbar, bagiku:

JANGAN MUDAH MENILAI INDIVIDU HANYA MELALUI PANDANGAN KASAR
sejujurnya, bagiku pemakaianku masih belum sempurna. aku masih khilaf dalam soal menutup aurat dengan betul. Allahu rabbi, betapa kerdilnya diri ini.

begitu juga dengan akhlak dan perilakuku, kerana 'perwatakan mampu menggambarkan siapa diri kita'

 AZAMKU, UNTUK MEMBALUTI DIRIKU DENGAN SIFAT PEMALU PADA TEMPATNYA, TEGAS, DAN SUKA BERTANYA SOALAN, INSYAALLAH KERANA SETIAP INSAN MEMERLUKAN ILMU SEBAGAI PETA DALAM MELAYARI BAHTERA DI LAUTAN DUNIAWI INI. AKU TIDAK MAHU SESAT, DAN TIDAK MAHU JUGA TERSASAR JALAN.

wahai sahabat, kita sebagai wanita sewajibnya menutup aurat, kerana itulah amanah kita pada Allah s.w.t.
MUNGKIN, kita merasakan diri kita masih muda, namun pernahkah diri kita berfikir bahawa ajal maut tidak mengenal usia???
kita sememangnya tidak boleh malu dalam berhijrah ke arah mendekatkan diri kepadaNya, kerana hanya kepada DIA kita akan kembali...

ALHAMDULILLAH, di atas kurniaan Allah kerana memudahkan jalan hidupku kerana aku masih lagi di kelilingi insan-insan yang berjuang mengajak insan lain kearah cahayaMu.... LAILAHAILLALLAH....

P/S: SEMAKIN KITA BERNIAT UNTUK BERUBAH KEARAH KEBAIKAN DENGAN TULUS IKHLAS, INSYAALLAH AKAN SEMAKIN MUDAH KITA MENDAPATKAN JALAN KE ARAHNYA. maka, memang indah rasanya apabila mampu menutup aurat dengan sebaiknya,,, InsyaAllah...
  • indahnya terasa hidup kerana tidak mendapat gangguan dari 'buaya darat'
  • terasa selamat jiwa dari di intai segala 'body' yang di anugerahkan Ilahi oleh bukan mahram
  • terjamin maruah diri di saat tubuh tertutup rapi
  • ini antara usaha dalam mendekatkan diri padaNya, Ya Khalid
     
Ya Allah, Ya Rabbi, lembutkanlah hati-hati kami sebagai muslimah untuk terus berusaha dalam berbakti kepada amanahMu . jadikanlah kami golongan yang tulus untuk terus mendamba reda dan cinta AgungMu.
Matikanlah kami dalam Iman, dalam Islam, dalam keadaan yang tenang, Ya Rabbi.
sesungguhnya, hanya padaMu tempat kami kembali.
     








Wednesday 20 June 2012

"melupai sesuatu lebih sukar dari mengingatinya"


aku terpandang bait-bait " kadang-kadang melupai sesuatu itu lebih sukar dari mengingat". ayat ini menyebabkan aku teringat kepada suatu kisah 'cinta agung' yang dihadapi oleh  'ikhwan' yang soleh terhadap 'puteri' yang diulit kemewahan duniawi.. Allahu rabbi... cerita antara mereka dipenuhi dengan dugaan yang menyentuh hati... 

sejujurnya, aku kagumi 'perwira soleh' ini kerana ketaatannya dalam beribadah di jalanNya amat teguh sekali. Allahuakbar,,,,
dia sering menjaga tingkah laku, pandangan matanya sering terkawal dari melihat panahan duniawi...
hikmahnya,nikmat 'khusyuk' dalam solat di perolehnya, SUBHANALLAH,,,,

namun, takdir Ilahi menduga hambaNya...

dalam suatu perjalanan,,, tidak terduga olehnya terpandang 'puteri' yang rupawan di pesisir jalan. 
hanya istighfar menjadi pengubat waktu itu... ALLAHU RABBI...
pertemuan tidak terduga itu menyemai 'sifat cinta' tanpa di sangka oleh 'pemilik hati'  kedua-duanya...

kesakitan 'cinta' yang dialami oleh 'ikhwan' itu sememangnya telah membuatkan dirinya 'jatuh sakit dalam khusyuk solatnya.' dia tidak mampu memberikan tumpuan dalam solat, sehinggakan dia menangis memohon ampun pada Rabbi.
akhirnya, setelah istikharah, 'ikhwan' itu telah menemui ayahanda dan bonda 'puteri ' itu. namun, hampa kerana niat suci murninya itu tidak dapat diterima oleh mereka.

hanya Allah Maha Mengetahui isi hatinya, kerana itulah 'ikhwan' tersebut masih tidak mampu sembuh dari sakitnya.
akhirnya, 'ikhwan' itu menemui ajal dalam cintanya yang tidak kesampaian itu. tekad 'ikhwan' itu, meskipun mengalami perasaan cinta kepada 'puteri', namun dirinya masih sedaya upaya mendekatkan diri pada Rabbi.
cinta murninya itu di balas dengan amalan soleh di jalan Ilahi, bukannya jalan yang melalaikan.

khabar sedih itu telah didengar 'puteri', sehingga dia berubah hatinya untuk lebih dekat kepada Maha Pencipta. Allahuakbar,,,,
sememangnya, cinta yang diletakkan kerana Allah mampu membawa haruman yang segar mewangi di sepanjang hidup..
kini, 'puteri' itu aktif dalam mentarbiah dirinya untuk berhijrah dengan lebih baik, dan jua menuntun sahabat-sahabat untuk lebih mendekati jalan cahayaNya..

pesanan 'puteri' itu: ....CINTA YANG DISEMBUNYIKAN DALAM HATI, NAMUN MASIH MENGHARAPKAN KEAMPUNAN ALLAH AKAN MENYEBABKAN PEMILIK CINTA ITU SYAHID DI JALAN YANG BENAR....

'puteri' itu sememangnya berjihad tinggi dalam merubah hidupnya, dari mencintai duniawi ke arah keagamaan...
Alhamdulillah, 'puteri' itu kini tenang dalam pelayaran mencari cinta yang kekal abadi...

meskipun sukar melupai 'ikhwan', namun  dirinya sentiasa mencuba untuk menenangkan dirinya ke arah kebaikan...


Ya Allah, hanya padaMu aku meminta petunjuk, supaya jauhkan diri kami daripada menjadi lalai...

AMIN YA RABBI.....

p/s: sesungguhnya, hidup, mati, jodoh, pertemuan, ajal, maut di tanganNya... sama-samalah mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita.


 ,

Sunday 17 June 2012

                                 SINAR CAHAYA HATI

detik-detik ini, rinduku tidak dapat lagi kutanggung,,,, khususnya kepada ayah dan ibu tercinta..
tanpa kusedar, terukir jua kisah hatiku,,, khas buat permata yang di sayangi dan dirindui....


inilah insan yang telah banyak berkorban dalam hidupku,,

ayahanda dan bonda yang tersayang.

kasih bonda membawa ke syurga, kasih ayahanda tiada penghujungnya..

DUHAI AYAHANDA DAN BONDA, IZINKAN KAMI ANAK-ANAKMU MAMPU BERBAKTI KEPADAMU..
seandainya kami melakukan kekhilafan,, maafkan diri kami sebagai anak-anakmu, kerana kami masih belajar dalam mengenal makna dunia..

terima kasih ayahanda dan bonda, kerana telah memberikan kami tarbiah 'erti kasih sayang, pengorbanan, kemaafan.'

kami akui, setiap detik kami menghiris hatimu, namun dirimu hanya menghadiahkan ukiran senyuman yang penuh keikhlasan. ketika kami berdegil dalam melaksanakan suruhan, dikau tidak memaksa, namun tetap melakukannya kerana itulah tandanya dikau mencintai kami sebagai anakmu...

YA ALLAH, MOGA ENGKAU PANJANGKAN USIA KEDUA IBU BAPA KAMI, IZINKANLAH KAMI SEBAGAI ANAK UNTUK BERBAKTI KEPADA MEREKA. BERILAH KAMI KEIKHLASAN DALAM MEMBAHAGIAKAN MEREKA, SEANDAINYA NYAWA KAMI MASIH BERJASAD, AMIN YA RABBI.....

kamilah antara permata ayah dan bonda yang manja,,, yang tercinta,,,,


puteri bongsu keluarga...

moga dikau mampu memberikan sinar yang terang dijalan ayah dan bonda.
rebutlah peluang dalam hidupmu untuk menemani mereka di saat kami di perantauan.
hanya dikau penghubung berita kepada kami...

teruskan perjalanan hidupmu dengan sikap manjamu sebagai anak, namun berkorban lah jua untuk kebahagiaan mereka...


 akulah anak yang ingin mendamba cinta abadi ayah dan bonda.

perantauanku dalam menuntut ilmu telah mengajarku untuk lebih mencintaimu, menghormatimu, mengingatimu, menghubungimu, ingin mengetahui semua perihalmu...

hijrahku insyaAllah untuk lebih mensolehahkan diriku sebagai anakmu yang di redaiNya.
izinkan aku utuskan kiriman salam hormatku padamu dengan seikhlas hati..

rinduku tidak tertanggung padamu,,, AYAHANDA DAN BONDA....
izinkan aku 'andai jasad berpisah dengan nyawa' di riba mu, duhai ayahanda dan bonda,,, insyaAllah jika aku terdahulu pergi darimu....
izinkan aku menjadi anakmu yang engkau sering ingati dan sering diberikan pesanan keramat... dalam memandu hidupku....


inilah kakakku yang selepasnya,barulah aku dilahirkan kedunia, iaitu kakak ketigaku...
alhamdulillah, kini bergelar seorang pendidik di Sabah dan bekas mahasiswa di UKM.
dia jualah yang sering menjadi rujukan dalam hidupku,,
keletahnya sebagai anak memang mampu di contohi, kerana dia antara anak kesayangan ayahanda dan bonda...

insyaAllah,kasih tercipta antara kami akan kekal berterusan dalam cinta berlandaskan ukhwah islam.....



inilah puteri ayahanda dan bonda yang ketiga, namun kakakku yang kedua,..
alhamdulillah, jua seorang pendidik... di Sarawak..

 nilai ketabahan dalam dirinya bagiku tidak mampu ditandingi oleh orang badannya perkasa...
setiap dugaan yang menyerang dirinya di lalui dengan ketabahan,,, Subhanallah..

dia jua anak yang patuh suruhan ayahanda dan bonda... alhamdulillah...

perjuangannya turut memberiku suntikan untuk mara berhijrah,, kerana aku tidak mahu diriku di ulit duniawi,,, tanpa mengenal cinta Ilahi..

Allahuakbar, Allahuakbar,  Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

Ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkanku insan-insan yang sudi membimbingku dalam hidupku...
meskipun aku jauh dari ilmu agama, namun Kau dekatkanku dengan insan-insan yang memimpin tanganku ke arah mengenal jalanMu...

Ya Allah,, seandainya hayat kami masih panjang, izinkanlah kami mampu membawa kebahagiaan buat ayahanda dan bonda...

ikhlaskanlah hati-hati kami ya Allah dalam menyayangi mereka... JAUHILAH hati-hati kami dari perasaan 'malas' dan sikap 'tidak endah' kepada ayahanda dan bonda kami....

SESUNGGUHNYA, SETIAP PERJALANAN HIDUP KAMI HANYA ENGKAU YANG TETAPKAN,
SEANDAINYA KAKI KAMI MELANGKAH PERGI DARI MEREKA, IZINKANLAH LANGKAH KAMI DIIRINGI DENGAN DOA DAN REDA MEREKA, YA ALLAH.

AMIN, YA RABBI...

ayahanda dan bonda..... kami sentiasa merindui belaian ,,, masakan... melihat wajahmu.... rindu kami tidak tertanggung rasanya....

Saturday 16 June 2012

kenangan bersama kakak-kakakku

PROGRAM MGS (MEMBINA GENERASI SOLAT)


 Sebelum aku melangkah ke kampus ini, alhamdulillah telah diberikan peluang bekerjasama dengan 2 orang kakakku untuk PROGRAM MGS yang di anjurkan kerajaan Negeri Kelantan, khas buat kanak-kanak sepanjang cuti sekolah..


alhamdulillah, peluang ini telah mendekatkan aku untuk lebih mengambil berat perihal pendidikan di awal kanak-kanak.


 memang pengalaman sepanjang program ini tidak dapat aku lupakan, kerana aku mampu mengenal pentingnya tarbiah waktu ini. jujur aku katakan, sesetengah antara mereka mampu mendamaikan hati, namun ada juga yang mampu membuat hati sayu.




 kulihat mata mereka bersinar mendalami ilmu dengan penuh keikhlasan.


subhanallah, terpancar cahaya kesungguhan dan kesabaran mereka dalam mendalami ilmu.

 kami sentiasa ingat detik-detik ini...


pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama adik-adik...

 terima kasih adik-adik semua...


kami doakan semoga adik-adik mampu menjadi GENERASI SOLAT YANG ISTIQAMAH...










INSYAALLAH...


YA ALLAH, MOGA ENGKAU BERIKAN PERLINDUNGAN KEPADA KAMI AGAR MAMPU MENJADI INSAN YANG MENGAMALKAN SEGALA SURUHANMU...


AMIN YA ALLAH....

LAYAKKAH AKU

                                                 



alhamdulillah,
Maha SuciMu Allah, kerana diri ini masih berpeluang menghadirkan diri meskipun berhadapan dengan ujian sebelum ke suatu majlis ini. meskipun ujian itu di lihat sebagai ujian yang kecil, namun  hikmah di  baliknya sangat berharga. aku dapat simpulkan bahawa ketabahan dan istiqamah dalam meneruskan niat yang murni 'hanya kerana Allah' sangat penting dalam tindakan kita.
sebaliknya, jika melakukan sesuatu semata-mata untuk menunjuk, mungkin perkara yang buruk ataupun memalukan akan menimpa kita.
justeru teman-temanku, seandainya diri ingin berbakti, janganlah kita terlalu egois dalam bertindak. janganlah terlalu bermegah-megah kerana Allah tidak menyukai hambaNya melakukan tindakan semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. kesannya, pahala kebaikan tidak akan di peroleh, tetapi hanya mendapat lelah semata-mata.

duhai hati, aku ingin sekali berusaha untuk bermujahid dalam arus hidupku. aku ingin menjadi bidadari syurga yang mampu menikmati segala ciptaanMu yang indah, insyaAllah. 

seandainya kita mengerti,
 wanita kini sering mengejar populariti dan sensasi semata-mata ingin mendapat nama, dikenali semua. astaghfirullah.. aku mengakui bahawa aku juga sering merasakan ingin membuat sesuatu untuk di pertonton.. Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah, aku akui segala kesilapan diriku,, kini aku sedang bertatih untuk beralih hatiku supaya 'berhijab' dalam 'melaksanakan sesuatu' agar tidak menimbulkan riak dalam diri,,, insyaAllah.

Ya Allah, layakkah aku menjadi bidadari jika seandainya diri ini sering menunjuk dalam perbuatan?
Ya Rabbi, mampukah aku digelar bidadari jika aku tidak berusaha menutup aurat dengan rapi, walhal untuk menemui bukan mahramku?
Ya Khalid, izinkah Kau padaku untuk diumumkan sebagai bidadari jika sering lalai dalam beribadat, dalam menjaga hubungan dengan orang lain,??????
Ya Rahim, adakah Kau kasihiku menjadi bidadari jika aku tidak bisa bergelar anak solehah kepada ibu bapa? 

aku mohon padaMu Ya Rabbi, agar Kau izinkan aku untuk menemui jalan sinarMu supaya aku mampu mengharungi sifat mahmudah yang istiqamah, dan mampu membuatkan ayahanda dan bondaku sentiasa terukir dengan senyuman yang harum dek kesopanan dan kelembutan 'puteri' nya..

aku ingin Ya Allah, agar Kau satukan hatiku untuk bisa mendamba cinta agungMu, mampu bangkit dari terpaku dek panahan godaan dunia... SESUNGGUHNYA HANYA PADAMU AKU MEMINTA SEGALANYA.

YA ALLAH, PERKENANKANLAH PERMOHONAN BATIN KU, AGAR MAMPU AKU ZAHIRKAN DENGAN TINGKAH YANG LURUS DI JALAN SINAR AGAMAMU...

amin,, Ya Rabbi....