Saturday, 22 September 2012

moga 'ia' akan berlalu pergi


resah hidup membuatkan hati ini tidak tenang, setenang air biru yang beralun-alun lembut. ALLAHUAKBAR, aku merasakan terasing dari dunia yang abadi, kerana memikirkan keresahan hati. mungkinkah ini SEBUAH UJIAN YANG INGIN BERMAIN DENGAN AKU?

fitrah insan yang bergelar wanita, seringkali menginginkan setiap permintaan akan di kabulkan. entah mengapa jauh di sudut hati ini menginginkan 'hal' itu mampu menjadi kenyataan, meskipun tanpa persediaan yang memadai. ASTAGHFIRULLAH, ya RABBI, kerana diri aku terus terumbang ambing dengan nafsu yang di hasuti iblis.

Ya Rabbi, izinkanlah aku mampu mencelik kembali mataku untuk melihat, hatiku untuk menilai. aku dapat merasakan bahawa sifat dosa yang terus bergelumang dalam hati terus menerus menguasai diri. ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH.

tak mungkin aku insan sempurna dalam mencintaiMu, namun izinkanlah aku untuk terus berjuang dalam agamaMu. ALLAHU RABBI, izinkanlah aku melepaskan 'noda resah hati' yang bisa menghapuskan hubunganku denganMu.izinkanlah aku dibuka mata dan hatiku agar terus menjauhkan kemungkaran, meskipun hanya bersarang di dasar hati, kerana aku tidak mahu hidupku akan terumbang ambing di akhir kelak.

setiap insan menginginkan cinta yang abadi, maka aku memohon padaMu supaya mampu mengalihkan cintaku kepadaMu melebihi cinta manusia. aku jujur akui bahawa takut akan bahana cinta manusia yang akan memakan nilai-nilai malu, iman, dan merampas takhta bernilai wanita. izinkanlah aku berjuang dengan marak dalam menghakis cinta manusia dalam diri ini, kerana aku takut akan berjauhan dari rahmatMu.

aku takut diriku akan menjadi "hitam" yang bisa menggelapkan hari-hariku. aku tidak mahu terus mengalah dalam kegelapan itu dan tidak mahu tergapai dalam cinta palsu.

YA RABBI, TUHAN YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI, IZINKANLAH HATIKU MAMPU MERASAI CINTAMU YANG SUCI, AGUNG, TANPA SECEBISPUN DEBU-DEBU CINTA MANUSIA LALAI DALAM DIRIKU. MOGA KAU IZINKAN HATIKU, HIDUPKU SETENANG ANGIN PERMAI DI DESIRAN PANTAI.

AMIN, YA RABBI.... 

No comments:

Post a Comment