Tuesday 24 December 2013

PESONA CINTA DIRI


kebelakangan ini, hati ini tertanya-tanya, ke manakah diri ini menitipkan kasih? hari-hari yang terus berlalu meninggalkan kenangan yang tidak mungkin diambil kembali. terasa lesu juga kadang kala menghiasi diri, dek kusamnya cinta padaNYA.. meskipun dari luaran boleh dikatakan penampilanku agak sopan, namun sejujurnya dalaman masih lagi lompang.. 

ALLAHURABBI,, lemahnya imanku, rendahnya martabatku didepanKU...


disaat orang lain mengusap tangisan keinsafan di hadapanMU, di balik tabir tirai malam, diriku hanya hanyut dengan nafsu yang inginkan lena yang tenang. dibalik ada insan yang kaku dalam dakapan perang, usangnya tempat tinggal, aku masih lagi sombong diatas pembaringan... ASTAGHFIRULLAH... terlalu jauhnya diriku padaMU...

hati ini terus kering tanpa basahan dan kilauan mutiara zikir padaMU. sesungguhnya, beberapa detik ini hatiku KAU gerakkan untuk terkesan dengan kisah si gadis itu...

aku melihatnya dari jauh, seolah-olah dia insan yang sombong. namun, ENGKAU bukakan hijab mataku tatkala aku melihat ketika gadis itu menitiskan airmata kehinaan di hadapanMU, sedangkan aku, masih lagi beku tanpa setitispun mengalir diwajahku.. argh,,, memang kerasnya hatiku ini... 

sejujurnya, aku merasakan hatiku mulai turun egonya meskipun masih sukar menitipkan tangis secara luaran, namun titisan deraiannya dapat aku rasai di dalamnya...langkah aku teruskan melangkah untuk mencuba mendekati rumahMu, tika masa yang aku ada,, tekadku, untuk mendapatkan rasa rindu padaMu memenuhi hatiku.. sesungguhnya, aku merasakan girang berada di rumahMu meskipun tidak kupenuhi semua waktu disitu. namun, aku dapat melihat semangat saudara-saudaraku berjemaah..

aku teruskan pula usaha untuk menyingkap tabir dinihari buatMu.. aku inginkan tahajud... aku nekad untuk laksanakan... Alhamdulillah, gerak hati yang Kau berikan banyak membantuKu untuk jadi lebih positif..

sesungguhnya aku terlalu dahagakan kasihMu yang sudah lama aku tinggalkan dalam diriku.. aku juga mengharapkan insan-insan yang aku sayangi turut serta jihad bersamaku,, jihad melawan nafsu, jua jihad mencapai redaNYA...

aku takut matiku nanti dalam kemurkaanMu, YA RAbBi, matikan Aku dalam redaMu, KasihMu... itulah Impian utamaku untuk terus melangkah dalam jihadku... 

Sunday 13 October 2013

kisah di balik masyarakat

kesempatan cuti semester ini, aku ingin menulis sebuah kisah yang realiti... kisah yang berlaku, namun adakah kita masih kisah tentang mereka?...

suatu kisah tentang si gadis yang masih mentah, masih remaja, masih bersekolah, masih ada ibu bapa... 

pengharapan ibu bapa terhadap anak gadisnya ini memang besar sekali. inginkan perubahan terhadap si gadis, mereka menghantarnya ke sekolah aliran agama...

   namun, lagak dan gaya si gadis masih bebas dan sudah belajar ponteng sekolah, melepak berlainan jantina...
dalam fikiran si gadis, cuma inginkan keseronokan tanpa sedar mampu menjeratkan masa hadapan sendiri..

kisah ini diceritakan sendiri oleh si gadis kepadaku tatkala beberapa pertemuan dengannya.. asalnya, aku tidak menduga si gadis ini jauh lebih muda lantaran lagaknya yang agak matang.. 

aku teruskan kisah si gadis... detik-detik masa terus berlalu.. namun, di hati tidak pernah singgah perasaan cinta untuk menimba ilmu... hatinya terus terpaut kepada jejaka-jejaka sebagai kenalan yang baginya akan setia...

suatu hari, melintaslah si jejaka yang membonceng seorang janda... si gadis melihat jejaka itu dengan cemuhan....
namun, hatinya bertukar kasih dan sayang kepada si jejaka kerana cinta yang diluahkan..
akhirnya, pelajaran diketepikan dan mereka dikahwinkan meskipun si bonda terasa dengan si gadis.untuk mengelakkan perkara buruk, perkara itu diturutkannya.  perbezaan umur antara mereka membuatkan si gadis yang bertukar status " bini " berusaha mematangkan tingkah.. 

untungnya si suami kerana si bini sememangnya begitu menyayangi... masa terus berlalu, tetapi kesan cemburu yang tinggi terhadap si bini membuatkan si bini sering dipukul, dikasari. namun, cinta tetap bersemi buat si bini..

                        cinta si bini teruji bila si suami dituduh membunuh seorang gadis... 
                             namun, si bini masih setia menemani setiap hujung minggu ke penjara .... 
 ketika tiada sang suami, si bini terus di perli ibu mertua yang tamakkan harta. bahkan, si anak pun turut membenci si ibu ini.. namun, kasih terhadap suami membuatkan si isteri masih setia menanti suami.. meskipun tidak tahan dengan kehidupan begini...

pengajaran diri: dalam hidup mementingkan aspek agama supaya membantu membaiki kelemahan yang ada... memang akan porak peranda bila tiada pegangan yang kukuh, sebaliknya akan terus hidup dalam sengsara... sesungguhnya jodoh adalah pilihan kita... meskipun takdir dariNYA..


Sunday 29 September 2013

indah di mata, indah lagi yang merasa

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan bertinta selepas lama mendiamkan diri...
perasaan terlonjak-lonjak untuk menulis tentang suatu kisah realiti, tapi pasti memberikan impak dalam diri...
 
sebuah perkenalan dalam kehidupan yang baru... kisah ini berkait dengan antara insan yang rapat denganku.. kisah cinta hakiki dan diredai... inshaallah..
 
si dia merupakan wanita yang sangat disegani dan di kasihi ayah bonda, serta keluarga. keletahnya yang lembut dan ramah mesra membuatkan ramai yang tertarik dengannya...
sejak di bangku sekolah lagi, dia sudah diminati oleh insan-insan yang bergelar lelaki... sehinggalah menuntut di sebuah ipt...
 
sememangnya, dugaan cinta dari lelaki seringkali menyapa diri. namun, tekad dirinya untuk mengutamakan pelajaran dan berbakti kepada ibu bapa dipegang erat. akhirnya, dia berada di semester akhir pengajian...
ketika itu, ujian datang lagi.. tatkala mendapat panggilan "kata-kata" dari sahabat lelaki yang sama sekolah darinya, ingin menjadikan dirinya zaujah ... tangisan sebak dikeluarkan dan di kongsi kepada ayah bonda.. sememangnya, ayah bonda begitu menyenangi si lelaki itu, namun wanita ini menolak lantaran menganggap mereka ibarat keluarga....
 
persahabatan diteruskan meskipun lamaran ditolak..
kini, wanita itu meneruskan MASTER... dalam perjalanan itu, dia telah dilamar dengan panggilan JQAF di Sabah... terpaksa berhenti seketika dalam pengajiannya...
 
di saat berada di negeri bawah bayu, ramai guru lelaki yang ingin menggoda, namun perisai iman telah membanteras semuanya...
 
ketentuan dari Ilahi, perkenalan "seseorang" telah disuakan melalui orang tengah. tanpa mengenali diri masing-masing, keputusan di dahului dengan istikharah kemudian di bawa menemui keluarga untuk mengetahui jawapan.. ternyata, wanita itu menetapkan pilihan ibu ayah adalah yang terbaik.. dengan berbesar hati, si ayah menyambut tangan dihulur dari lelaki..
 
detik-detik yang berlalu,  ikatan pertunangan telah di langsungkan.... beberapa bulan ikatan itu, mereka langsung tidak pernah bertegur sapa, bermesej mesra jauh jua... Nampak terserlah jiwa mereka dengan kontrak cinta Ilahi melebihi manusia.. subhanallah..
 
detik syawal menyatukan mereka... bergemalah suara 'sah' dari saksi menetapkan mereka sudah bergelar suami isteri... perkataan "assalamualaikum" adalah ayat perkenalan pertama buat mereka.. senyuman terukir membuatkan hati berdebar menerima takdir jodoh... kini, mereka tengah melayari nikmat cinta yang realiti...
 
p/s: kisah ini sememangnya memberikan impak untuk diri  ini menjaga maruah dan mahkota diri dari terjebak dengan cinta palsu. sesungguhnya,, kita mampu untuk mendamba cinta agung jika kita sendiri yang berusaha mengawal diri..
Ya RABBI, jika diberikan jodoh didunia, hadiahkan jalan yang halal dan berkat buat kami.. AMIN,, Ya Rabbi..

Thursday 4 July 2013

panahan kehalusan tinta



 suatu ketika, aku berjalan menuju ke sebuah tempat yang dipenuhi dengan insan-insan yang inginkan kedamaian..

sememangnya, tempat itu mampu memberikan ketenangan buatku..

....SUBHANALLAH......

lantas,, aku berfikir..

adakah diri ini sebenarnya hamba yang ikhlas?


tatkala diri diasak dugaan, cebisan yang mampu mengalirkan air mata...

...  adakah diri ini kuat untuk melangkah ke arahNYA? atau
.... adakah tersasar jalan dibalik hikmah yang bakal menanti,, jika sabar kita dukung dalam diri?

namun, sejujurnya..
jika kita benar ikhlas dalam qada dan qadarNYA, tidak akan rugi sedikitpun diri ini, bahkan akan menambah kegembiraan yang menggamit ketenangan dalam diri..

sejujurnya, kita patut bertanya pada diri..
ANDAINYA DIRI INI DIUJI ATAUPUN DIBERIKAN NIKMAT, YANG MANAKAH AKAN MEMBAWA KITA KEARAH SIFAT IKHLAS YANG BERLEBIHAN, MAHUPUN AKAN MENJAUHKAN DIRI KITA DARINYA?

P/S: YA RAB, SESUNGGUHNYA HANYA PADAMU KAMI MENGHARAPKAN KEAMPUNAN, KEREDAAN, DAN RAHMATMU,, SESUNGGUHNYA IZINKANLAH KAMI IKHLAS DALAM MELAKSANAKAN TITAH SEBAGAI HAMBAMU,,, AMIN..

Sunday 9 June 2013

................hijrah,transformasi,perubahan..............

An-Nisa'........
salah seorang antara kenalanku yang aku kagumi...
dia merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga dan mempunyai seorang abang, adik berderet-deret juga.... hingga aku sendiri lupa bilangannya.....

ketika aku bersendirian,,
pernah terimbau kenanganku bersamanya  mengenai sesuatu...

'Nisa' nak jadi motivator suatu hari nanti...' katanya girang kepadaku.
aku hanya membalas senyuman padanya. aku lihat, riak wajahnya jernih dan tenang. sesungguhnya, aku kagumi ketabahan dirinya dalam hidup yang membesar dengan gaya islamik.... meskipun dugaan lain turut dirasainya...

sesungguhnya,, kehidupan memerlukan perubahan, supaya selari dengan usia dan masa....

namun, aku dapati ramai remaja sekarang yang berubah ke arah lebih songsang...
disaat kaki ke menara gading, mereka berubah tingkah ke jalan yang tidak baik.. mungkin, perubahan ini baik bagi mereka lantaran hanya desakan hidup semata-mata...

sesungguhnya, semangat rakanku untuk menjadi motivator untuk mendidik hati-hati insan kerdil ini untuk sedar kepentingan sebenar makna hidup... SUBHANALLAH... begitu murni azamnya itu ....

AKU... bagaimana pula? adakah aku sendiri mampu berubah ke arah itu? sesungguhnya, aku akui bahawa aku turut mengalami perubahan dalam hidup...
aku sendiri inginkan sokongan teman, keluarga untuk terus membawa dna mengiringi aku supaya langkahku akan terus berjalan di landasanNYA, kerana aku mungkin akan terkandas bila-bila masa sahaja...
cita-citaku pula, nak menjadi aktivis untuk memberikan kesedaran kepada insan lain mengenai banyak hal  yang tidak adil di dunia ini... NAMUN,,berjayakah aku?

sesungguhnya, tingkah Nisa' itu wajar aku ikuti sebagai suri teladanku kerana aku masih ditakuk dilema, barangkali dalam perjuangan perubahan hidup.. 
SEMOGA ALLAH KUATKAN HATIKU UNTUK TERUS MENDEKATKAN DIRI PADANYA..
AMIN...

P/S: KALAU BUKAN KERANA SURI TELADAN YANG BAIK, MANA MUNGKIN AKU BISA MENJADI SEPERTI SEKARANG.. ALHAMDULILLAH KERANA AKU DAPAT MERASAI PELUANG ITU YANG SUNGGUH MANIS.....

Saturday 11 May 2013

di mana cinta kita disaat dugaan melanda




kembara hidup kini terus menghampiri waktu kemuncaknya. kadang-kadang, setiap langkah dalam pengembaraan itu tersadung, tersasar dek rakusnya sang pengembara dalam melangkah menuju ke puncak hidup. namun, kadang-kadang sang pengembara turut menghamburkan kata-kata kesat dek kesalahan mahupun halangan dalam pengembaraan mereka..
ini cumalah kiasan hidupnya insan di dunia yang fana ini. hidupnya sebuah kehidupan pasti menemui jalan terakhir, iaitu pabila kematian bertamu. tika inilah kita tidak bisa lari dari takdirNYA....

cuma, diri ini sering kali tersedak dek merasakan makin jauh dariNYA....
ibadahku, apakah sudah bisa amal-amalku untuk melayakkan aku bergelar ahli syurga?
setiap detik nafas yang masih bersisa ini, seakan-akan dirasakan dibuang, dilangkahi dengan kosong, 
bagai angin yang berlalu dengan sepi sahaja.

insan ini akui bahawa sering meminta untuk menjadi hamba yang tabah, hamba yang amanah, hamba yang sabar, hamba yang reda..
NAMUN, SEJAUH MANAKAH PENERIMAAN DIRI SENDIRI DI SAAT UJIAN DARINYA MENERPA DIRI INI?

MUNGKIN, KADANG-KALA KITA MERASA KESAL  KERANA DIRI KITA YANG TERPILIH UNTUK MENEMPUHI UJIAN ITU, MESKIPUN TANPA KITA SEDARI INI ANTARA JALAN DARINYA UNTUK MENGUJI KITA, SEKALIGUS UNTUK MEMBERIKAN KITA APA YANG KITA MINTA, MUNGKIN HADIAH BUAT KITA UNTUK MENUJU SYURGANYA JIKA KITA BERSYUKUR DAN IKHLAS MENERIMA DUGAANNYA...

SUBHANALLAH..... SUBHANALLAH.... SUBHANALLAH...

ALLAH MEMANG TIDAK ANGKUH, SEBAIKNYA MAHA PEMAAF...
diri ini akui bahawa diri ini sering kali angkuh dengan nikmat sementara di dunia, sehingga mengabaikan cintaNYA dalam hidup, membuaikan angan-angan dan keseronokan semata-mata. malah, terlalu mudah dan rapuhnya diri meninggalkan suruhan...

pabila dugaan melanda. mula mencari sebab, mengapa aku terpilih?
ALLAHU RABBI, kejamnya diri ini pada diri sendiri kerana rela memisahkan
 diri sendiri dengan MAHA PENCIPTA.....

PINTAKU:
 YA RABBI, JANGANLAH KAU TUTUPKAN PINTU HATIKU, 
JANGANLAH KAU GELAPKAN HATIKU DARI
 MENGGAPAI SINAR IMANMU,..
MOGA KAU IZINKAN DIRI INI LAYAK KE SYURGAMU..
MOGA KAU IZINKAN DIRI INI DAPAT MENIKMATI
 INDAHNYA IMAN, ISLAM DALAM AMAL 
KAMI DI DUNIA INI..
BERKATILAH HIDUP KAMI, YA RABBI..AMIN...

Wednesday 24 April 2013

berjayakah kita sebagai peneraju pelayaran

sambil menilik sebuah kisah perjuangan seorang pemimpin, aku begitu mengagumi kegigihannya dalam memperjuangkan hidupnya, keluarga, dan masyarakat ke jalan Islam..

ALLAHUAKBAR...
sebak tangisan , sebak ulasan, sebak ukiran kata-kata yang mampu menyentuh hati tiap insan yang mendengar...

kini, kita sendiri menjadi peneraju buat diri, jua 

insan-insan yang lain...
berjayakah kita dalam meneraju diri sendiri untuk mengubah tingkah dan corak ke arah sinar imanNYA... ALLAHUAKBAR, kadang kala rasa takut dengan amanah IMAN, ISLAM kepadaNYA....

di saat kelalaian bertamu, disitulah kita telah meninggalkan
 bacaan KALAMNYA, solat TIANG AGAMA...

ASTAGHFIRULLAH..

 di saat inilah kita lalai dalam memikirkan pencipta kita... 
ALLAH s.w.t...

berjayakah kita dalam hidup jika sering menguruskan dunia secara berlebihan?
 mampukah kita kecapi JannahNYA jika diri 
masih terkinja-kinja dengan duniawi....

p/s: di saat hati meronta, pintaku padaNYA.. Ya Rabbi, Kau izinkanlah kami menuju ke syurgaMu kerana kami tak sanggup ke nerakaMu meskipun jalan kami masih jauh ke sana.. AMIN....

Tuesday 2 April 2013

dibalik sinaran cahaya

"kakak, tengok tu, adik nampak bayang-bayang adik la dalam air. ye ye ye", riuh suara si kecil membuat kakaknya tersenyum.. ketika itu senja sedang berlabuh..."adik, cuba tengok tu...." si kakak menuding jarinya ke arah matahari yang kian terbenam..adik tersenyum riang.. "kakak, esok kita datang lagi yer... adik suka kat sini, comellah"...begitulah hiasan dunia.. 

SUBHANALLAH, bisa mengghairahkan insan yang menjadi penghuni dunia..  bagiku, tercetusnya ilham untuk bertinta perihal sinaran cahaya mentari senja ini untuk menyelongkar hikmah indahnya ciptaan Allah. mungkin, kilauan itu mampu membuat kita merasa senang, selesa, gembira...namun,,bila cahaya yang indah itu bertukar gelap, hidup kita mungkin sepi dan kita merasakan tenat....

itulah pandanganku... setiap hidup insan tidak semestinya sentiasa riang , senang. kadang-kala, gelora hidup jua mampu menghias ruang hidup. meskipun kita merasa hilang nikmat, namun kita perlu bersyukur kerana Allah memilih kita untuk merasa ujian itu bagi menghadiahkan kita ketabahan, ketenangan dijalanNya. namun, sejauh manakah kita akan dekat denganNYA dan bersyukur dengan kehendakNYA?gemersik indah alunan zikir dedaunan memuji keagunganNYA... melebihi diri ini. kadang-kala, diri ini merasa hina kerana tidak pernah konsisten untuk menuturkan lisan bertasbih memujiNYA dengan medalam..



ALLAHURABBI.... tintaMU dalam kitab AGUNG memang tiada tandingnya...


SESUNGGUHNYA, HIASAN DUNIA MEMANG MENENANGKAN DAN

 MENDAMAIKAN HATI YANG DI AMBANG KERESAHAN...

YA RABBI, IZINKAN SISA-SISA HIDUP KAMI DALAM RAHMATMU, INGATAN

 KAMI HANYA PADAMU, HARAPAN KAMI HANYA UNTUKMU, DAN HIDUP MATI 
KAMI HANYA UNTUKMU..



Sunday 24 March 2013

adakah aku masih BISA


renyai hujan yang turun hari itu mendamaikan hati setelah sekian lama kampusku di berikan kepanasan..

ALHAMDULILLAH, meskipun renyainya hanya sementara, namun tetap membuka hati setiap insan untuk tersenyum seketika..

    bila aku memikirkan kejadian ini, aku sendiri terpesona dengan kehebatanNYA... namun, aku sedar aku masih jauh dariNYA. saban hari, aku meminta untuk menjadi insan yang AMANAH.
 namun, aku masih tidak bisa melaksanakannya..


    AMANAH.... gulrrppp...
 tersentak seketika.. sememangnya ia sangat berat bagi insan didunia seandainya tiada pengurusan jiwa dan rohani yang beriringan.
aku sememangnya takut untuk menyatakan bahawa aku memang penakut.. 

sebagai hambaNYA, aku sering lalai ketika bersolat mahupun mengingatiNYA.

sebagai umat Nabi s.a.w, aku seringkali lalai dalam mengikuti sunnah baginda.
 aku malu kerana tidak 
berusaha untuk menjadi insan yang memiliki akhlak yang terpuji seperti baginda. 
aku sering kali lalai untuk berselawat kepadaNYA.

sebagai anak, aku malu memohon ampun diatas kesalahan yang aku lakukan.
 aku menjadi lagi malu kerana mereka mudah sahaja memaafkanku meskipun diri ini sering kali melukai mereka. 
sesungguhnya, hati mereka ibarat kepingan yang senang memberi doa dan kemaafan kepada insan bergelar anak.

namun, sejauh manakah aku bisa menjadi harapan semua untuk kearah yang lebih baik?
aku mengakui bahawa aku seringkali tegar dalam mengurus 
diri untuk kebaikan.

aku tidak pernah mencuba untuk mengauditkan peribadi sendiri untuk merapatkan diriku dengan Allah, nabi tercinta, ibu bapaku..

izinkanlah semoga aku masih bisa mengemudi sisa-sisa hari yang masih berbaki sebelum ajal menjemput, maut datang menerpa dengan alunan hidup yang bergemersikkan tingkah yang berpekerti, seperti ajaran Ilahi dan sunnah nabi...

YA GHAFFAR, SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAU YANG BISA MEMERCIKKAN JIWA-JIWA KAMI DENGAN SINAR ISLAM, CAHAYA KEBENARAN. MAKA, SEMOGA ENGKAU BISA MEMBERIKAN DIRI KAMI PELUANG DALAM MERASAI NIKMAT DAN MANISNYA AGAMAMU DI DUNIA FANA INI SEHINGGA DAPAT MENJADI TAMU DI SYURGAMU..
AMIN.
    

Wednesday 20 March 2013

...kau tiada galang gantinya...


di sebalik tenangnya desiran angin yang membuai lembut....
di setiap langkah perjalanan yang tersusun dengan rancak.....

 sudah pasti ada penghujungnya...
 semestinya hikmah ada tersembunyi disetiap lembaran hidup insan......


      aku meniti sebuah kisah insan yang baru kenali. Alhamdulillah, Allah izinkan pertemuan kami kekal sehingga kini. InsyaAllah semoga akan berkekalan hingga hujung usia... 
di setiap bait tingkahnya bisa mencerminkan ketinggian kesopanan dan keberanian... Sungguh beruntung bagi si ibu yang telah melahirkannya, sungguh mekar senyuman si ayah dek didikannya bisa mencairkan jiwa insan kearah nur Islam...
   suatu ketika, hatiku beria-ia mengajak dia untuk berbicara di dalam sebuah perjalanan... sebak jua hatiku mendengar hakikat sebenar dirinya. Kekuatan diri dan hatinya sememang telah memperdayaku kerana aku menganggap dia masih mempunyai sokongan  yang padu sehingga kini dari IBU tercinta. kisahnya yang suram itu telah ditutupi dengan cebisan senyuman dari riak wajah yang sering menguntumkan semangat . 

      perjuangan seorang ibu sememangnya tiada tandingan didunia, 
- tanpanya tiadalah kita didunia, 
-tanpanya tiadalah malaikat dunia untuk membelai kita.
- tiadanya ibu didunia bagiku merupakan sebuah kehilangan yang besar didunia.

    aku masih terngiang-ngiang kenangan silamku, kerana  aku bukanlah anak yang 
terlalu patuh pada bonda yang berjasa. desak hatiku, ingin segera kembali pulang
 kepangkuan bonda. ingin meratap wajah tuanya yang sering memberikan bakti padaku,

    kini, aku makin mengerti betapa sayangnya bonda pada anaknya 
kerana dia sering berusaha untuk menjaga kita sebagai amanah yang besar dengan 
penuh kemesraan.

    alhamdulillah, aku patut bersyukur kerana bondaku masih bisa meniti hidup sehingga kini. 
aku seakan merasakan selama ini sering khilaf 
dalam menjaga qalbunya....

    sejujurnya, aku tidak bisa membayangkan jika bonda tiada didunia, kerana dia adalah 
antara insan terbaik untukku bergantung.

     tidur nyenyaknya di malam hari menggambarkan penatnya dia 
berusaha 
memenuhi keperluan putera-puterinya. sebelum subuh menjelma, dirinya 
sudah bersiap menunaikan janji
 demi menyuap rezeki kepada insan-insan yang telah dilahirkannya....

SESUNGGUHNYA, BONDA ADALAH INSAN YANG TERLALU DEKAT DIHATI, TIADA PENGGANTI DIDUNIA, HANYA DIKAU SATU DI MATA HATI...

YA RABBI, IZINKANLAH HATI INI BISA BERTAUT DI MATA HATI BONDA AGAR SETIAP KAMI BISA MENDOAKAN KESEJAHTERAANNYA, SEMOGA DIRINYA BISA MENGUKIR SENYUMAN YANG BERMAKNA KERANA KAU JADIKAN KAMI SEBAGAI PERMATANYA.

semoga terkuburnya bonda insan ini bersama dengan para syuhadah.. AMIN


Wednesday 20 February 2013

antara madu dan racun

 kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan, kata-kata yang berhikmah bisa menyedarkan kita...

begitulah kuasa "kata", yang mampu membangkitkan, jua merebahkan setiap insan....

bila difikir-fikirkan balik, kerakusan dalam berfikir sering menyekat minda untuk meneruskan proses berfikir secara terperinci, kerana desakan nafsu menguasai.

malah, ketinggian ego juga merampas kebahagiaan dek kelemahan insan dalam menyemai benih-benih cinta sesama insan, lantaran tidak sudi untuk menuturkan kata-kata indah, "maaf" untuk insan yang melakukan khilaf.

di sebalik nikmat material dunia ini, disitulah terpaculnya keegoan yang mendesak, sehinggakan rela mengusir insan lain dek kemiskinan material dengan hamburan nista yang merobek jiwa. inilah bisa mencari racun diatas perbuatan insan... kerana sanggup berpisah silatulrahim gara-gara berebut material, gara-gara tajamnya lidah mengata nista... 

namun, lembutnya lidah juga bisa menjadi madu, sebagai penawar duka yang dicucuk duri. kata-kata manis berupa doa, pedoman kepada insan yang mengembara dalam kesukaran mampu membangkitkan keriangan di hati mereka. alangkah indah lagi jika madu itu turut dirasai oleh insan yang mewah materialnya, sering memberikan 'perkongsian nikmat' kepada insan yang sudah lelah dalam pencarian sehari-harian,namun hasilnya cuma sedikit sahaja. 

alangkah indahnya Islam kerana mementingkan kebajikan umatnya, tidak menilaikan insan dek semata-mata kemewahan dunia, tetapi bersangkut dengan iman dan takwa....

sesungguhnya, alangkah ruginya kepada insan yang sering bertakhta di atas tsunami derita insan lain kerana tidak mahu merasai nikmat orang lain melebihi diri mereka.

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA SETIAP REZEKI, SETIAP DETIK MASA DALAM HIDUP KAMI INI TIDAK PERNAH SESAATPUN KAU TINGGALKAN. MAKA, IZINKANLAH KAMI MAMPU HIDUP DALAM PENUH KESYUKURAN, DALAM PENUH PENGHARAPAN PADAMU.
HIDUP, MATI KAMI HANYALAH PADAMU... AMIN YA RABB.


serpihan kemilau



indah kurniaanNya memang sukar untuk digambarkan... segala pujian diucapkan syukur padaNya. 

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR.....

sememangnya, disebalik kesulitan pasti akan ada jalan penyelesaiannya. berita yang tidak kuduga akan hasilnya telah menguntumkan senyuman dibibir, merebakkan wangian syukur dalam diri. sesungguhnya, aku tidak menduga nikmat kurniaanNya disaat aku telah lelah dalam 'bertarung' di dunia. hasil yang tidak dapat aku gambarkan membuatkan hati kegirangan disebalik sebak...

memang kurniaanMu padaku ini adalah nikmat, namun bagiku ia juga bagaikan ujian buatku, kerana aku adalah insan ciptaanMu. Maha Hebat kasih sayangMu, Maha pemurah nikmatMu, sesungguhnya , sungguh rugi jika aku masih menjauhkan diri dari dekat denganMu.

Ya rabbi, kuntuman kejayaan yang Kau siramkan padaku membuahkan kilauan sinaran yang meriangkan suasana.....

semoga kurniaan ini mampu menambatkan diriku untuk dekat padaMu dalam beribadah... 

doaku:
Ya Rahman, Kau kuatkanlah diriku untuk membentuk diriku sebagai muslimah yang sejati, yang sentiasa dahagakan tingkah yang beramal, yang sentiasa ringankan jari bertasbih padaMu, yang sentiasa memaniskan bibir untuk memuji keagunganMu.. AMIN..... YA RAbbi...

Monday 14 January 2013

Tambatan QALBU vs Ajal BERMADAH




               bila hati mula berbicara, tangan mula menari-nari menaip bingkisan dari hati...

INDAHNYA UKHWAH SEANDAINYA TERCIPTA BERALASKAN AKHLAK MULIA... SUBHANALLAH...

 begitu nikmat jika tautan antara dua jiwa disirami perjalanan dengan nur Islam, nur Iman. maka, akan terjagalah segala ikhtilat, antara ukhuwat dan ikhwan.. INSYAALLAH....

 dengan restu dari ibu dan ayah, keberkatan akan lebih dirasai... SUBHANALLAH... sebuah perjalanan insan mungkin masih lagi panjang ataupun sebaliknya.. hanya Ilahi mengetahui jarak perjalanan insan, begitu jua dengan takdir jodoh manusia..

PEREMPUAN YANG BAIK UTK LELAKI YANG BAIK, PEREMPUAN YANG JAHAT UTK LELAKI YANG JAHAT...

ALLAH MAHA ADIL DALAM MENGATUR HIDUP SETIAP HAMBA. DI SEBALIK KEGIRANGAN, AKAN DIUJI DUGAAN... BEGITULAH KITARAN INSAN BERGELAR HAMBA..

namun, diri insan jua pencetus segalanya, untuk berjaya ataupun tidak..

seandainya diri diuji dengan cinta manusia, izinkanlah hati insan ini  mampu membatasi pandangan hati, pandangan mata yang bisa membutakan amal, megosongkan jiwa dari mengingatiNYA.. memang berat panahan godaan sesama insan, kerana kadang kala boleh menjauhkan diri dari Ya Khalid. Namun, beruntunglah jika insan itu memiliki cinta AgungNya dan merasainya di setiap helaian nafas.....

Allahurabbi, jauhilah diri dari terus berkias-kias tentang jodoh semata-mata, kerana khayalan itu hanya bisa membunuh jiwa dan memberatkan diri daripada beramal... Dampingilah insan ini dengan rasa dekat denganMu, supaya merasai mati jua kian menghampiri diri, kerana ia mampu menjauhkan insan ini dari memburu cinta manusia yang pura-pura...

seandainya ditetapkan jodoh didunia, iringilah langkah perjumpaan itu dengan langkah dalam amalMu, cinta hanya utama padaMu, supaya nikmat cintaMu mampu menerangkan hati, menenangkan hati.. YA RABBI...

aku akui takut memikirkan soal cinta manusia, kerana amanahMu padaku masih tidak bisa aku laksanakan dengan patuh sepenuhnya... izinkanlah hatiku bisa mendamba cintaMu  setiap saat hidupku  dengan merasa  AJALku 
kian menghampiri.. kerana aku takut mengadapMu dalam penuh jiwa kehinaan...

DOAKU PADAMU YA HALID:
.... IZINKANLAH BIBIR KAMI LEMBUT UNTUK  BERZIKIR MEMUJIMU, HATI KAMI RINDU AKANMU SETIAP DETIK,
 ANGGOTA KAMI SERING BERTAMU DALAM AMAL PADAMU...
 IKHLASKAN KAMI DALAM MENCINTAIMU..
 IRINGILAH HIDUP KAMI YANG MASIH BERSISA INI DENGAN TINGKAH YANG BERAKHLAK,
 HATI YANG BERBUNGA DALAM MENGUCAP RINDU PADAMU... 
AMIN YA RABBI,,,

jika ajal dahulu menemui kami, izinkanlah kami mati dalam imanMu, jika jodoh dahulu bertamu, izinkanlah bertemu dalam tautan yang sah, tanpa mengingkari amanahMu,, Ya Rabbi..





Tuesday 1 January 2013

adakah masih jauh atau dekat ....


biarpun hanya sesaat, kerakusan sengsara bisa membunuh sisa-sisa keriangan dijiwa.
ALLAHURABBI, sesungguhnya hanya padaMu aku serahkan rasa hatiku...

lantaran kelekaanku, aku sendiri yang menerima akibatnya, namun adakah aku masih bisa mampu menahan gelodak hati yang kian mengalunkan tsunami....

sesungguhnya, detik yang KAU janjikan tidak akan mampu aku batasi pemikiranku, kerana aku mengerti aku hanyalah hamba yang kerdil.... SUBHANALLAH, Maha Hebat KurnianMu kerana di balik kesimpulan, KAU masih nyatakan dalam surahMu bahawa 

sesungguhnya di sebalik kesulitan ada kemudahan.

semoga Kau izinkan aku untuk menemui jalan pulangku padaMU, namun detiknya aku masih tidak tahu masih jauh ataupun dekat.....
semoga pemergianku dari dunia ini adalah dalam hidayahMu, iaitu segala amalku dan baktiku adalah hanya padaMU melebihi rasa cinta dan kasihku pada dunia fana ini....

aku masih mengharapkan keajaiban dariMu, diatas kerakusanku, semoga Engkau izinkan aku memperoleh sinar Gemilang lantaran kealpaanku yang telah tersasar. padaMu,aku memohon ampun dan penuh pengharapan untuk membantuku mencapai hajatku.....

aku mohon restuMU semoga KAU izinkan AKU agar mampu membahagiakan hidup insan yang kusayang dengan kurniaan hikmah dariMu "itu" sebagai pengukir jiwa mereka yang ketandusan kasih dariku....

YA RABBI, SEMOGA ENGKAU MASIH BERIKAN AKU KESEMPATAN UNTUK PEROLEH NIKMAT ITU SEBAGAI PEDOMAN DALAM HIDUPKU.

HAJATKU, IZINKANLAH KEJAYAAN ITU MAMPU AKAN kuDAKAPI DAN MAMPU KUBERIKAN HASILNYA KEPADA INSAN YANG KU SAYANGI SEBAGAI PENDORONG HIDUPKU SUPAYA LEBIH MENGHARGAIMU DALAM AMALKU, IBADATKU DAN SETIAP DETIK SENTIASA MENGINGATIMU......

AMIN, YA RABBI...