Sunday 9 June 2013

................hijrah,transformasi,perubahan..............

An-Nisa'........
salah seorang antara kenalanku yang aku kagumi...
dia merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga dan mempunyai seorang abang, adik berderet-deret juga.... hingga aku sendiri lupa bilangannya.....

ketika aku bersendirian,,
pernah terimbau kenanganku bersamanya  mengenai sesuatu...

'Nisa' nak jadi motivator suatu hari nanti...' katanya girang kepadaku.
aku hanya membalas senyuman padanya. aku lihat, riak wajahnya jernih dan tenang. sesungguhnya, aku kagumi ketabahan dirinya dalam hidup yang membesar dengan gaya islamik.... meskipun dugaan lain turut dirasainya...

sesungguhnya,, kehidupan memerlukan perubahan, supaya selari dengan usia dan masa....

namun, aku dapati ramai remaja sekarang yang berubah ke arah lebih songsang...
disaat kaki ke menara gading, mereka berubah tingkah ke jalan yang tidak baik.. mungkin, perubahan ini baik bagi mereka lantaran hanya desakan hidup semata-mata...

sesungguhnya, semangat rakanku untuk menjadi motivator untuk mendidik hati-hati insan kerdil ini untuk sedar kepentingan sebenar makna hidup... SUBHANALLAH... begitu murni azamnya itu ....

AKU... bagaimana pula? adakah aku sendiri mampu berubah ke arah itu? sesungguhnya, aku akui bahawa aku turut mengalami perubahan dalam hidup...
aku sendiri inginkan sokongan teman, keluarga untuk terus membawa dna mengiringi aku supaya langkahku akan terus berjalan di landasanNYA, kerana aku mungkin akan terkandas bila-bila masa sahaja...
cita-citaku pula, nak menjadi aktivis untuk memberikan kesedaran kepada insan lain mengenai banyak hal  yang tidak adil di dunia ini... NAMUN,,berjayakah aku?

sesungguhnya, tingkah Nisa' itu wajar aku ikuti sebagai suri teladanku kerana aku masih ditakuk dilema, barangkali dalam perjuangan perubahan hidup.. 
SEMOGA ALLAH KUATKAN HATIKU UNTUK TERUS MENDEKATKAN DIRI PADANYA..
AMIN...

P/S: KALAU BUKAN KERANA SURI TELADAN YANG BAIK, MANA MUNGKIN AKU BISA MENJADI SEPERTI SEKARANG.. ALHAMDULILLAH KERANA AKU DAPAT MERASAI PELUANG ITU YANG SUNGGUH MANIS.....