Sunday 29 September 2013

indah di mata, indah lagi yang merasa

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan bertinta selepas lama mendiamkan diri...
perasaan terlonjak-lonjak untuk menulis tentang suatu kisah realiti, tapi pasti memberikan impak dalam diri...
 
sebuah perkenalan dalam kehidupan yang baru... kisah ini berkait dengan antara insan yang rapat denganku.. kisah cinta hakiki dan diredai... inshaallah..
 
si dia merupakan wanita yang sangat disegani dan di kasihi ayah bonda, serta keluarga. keletahnya yang lembut dan ramah mesra membuatkan ramai yang tertarik dengannya...
sejak di bangku sekolah lagi, dia sudah diminati oleh insan-insan yang bergelar lelaki... sehinggalah menuntut di sebuah ipt...
 
sememangnya, dugaan cinta dari lelaki seringkali menyapa diri. namun, tekad dirinya untuk mengutamakan pelajaran dan berbakti kepada ibu bapa dipegang erat. akhirnya, dia berada di semester akhir pengajian...
ketika itu, ujian datang lagi.. tatkala mendapat panggilan "kata-kata" dari sahabat lelaki yang sama sekolah darinya, ingin menjadikan dirinya zaujah ... tangisan sebak dikeluarkan dan di kongsi kepada ayah bonda.. sememangnya, ayah bonda begitu menyenangi si lelaki itu, namun wanita ini menolak lantaran menganggap mereka ibarat keluarga....
 
persahabatan diteruskan meskipun lamaran ditolak..
kini, wanita itu meneruskan MASTER... dalam perjalanan itu, dia telah dilamar dengan panggilan JQAF di Sabah... terpaksa berhenti seketika dalam pengajiannya...
 
di saat berada di negeri bawah bayu, ramai guru lelaki yang ingin menggoda, namun perisai iman telah membanteras semuanya...
 
ketentuan dari Ilahi, perkenalan "seseorang" telah disuakan melalui orang tengah. tanpa mengenali diri masing-masing, keputusan di dahului dengan istikharah kemudian di bawa menemui keluarga untuk mengetahui jawapan.. ternyata, wanita itu menetapkan pilihan ibu ayah adalah yang terbaik.. dengan berbesar hati, si ayah menyambut tangan dihulur dari lelaki..
 
detik-detik yang berlalu,  ikatan pertunangan telah di langsungkan.... beberapa bulan ikatan itu, mereka langsung tidak pernah bertegur sapa, bermesej mesra jauh jua... Nampak terserlah jiwa mereka dengan kontrak cinta Ilahi melebihi manusia.. subhanallah..
 
detik syawal menyatukan mereka... bergemalah suara 'sah' dari saksi menetapkan mereka sudah bergelar suami isteri... perkataan "assalamualaikum" adalah ayat perkenalan pertama buat mereka.. senyuman terukir membuatkan hati berdebar menerima takdir jodoh... kini, mereka tengah melayari nikmat cinta yang realiti...
 
p/s: kisah ini sememangnya memberikan impak untuk diri  ini menjaga maruah dan mahkota diri dari terjebak dengan cinta palsu. sesungguhnya,, kita mampu untuk mendamba cinta agung jika kita sendiri yang berusaha mengawal diri..
Ya RABBI, jika diberikan jodoh didunia, hadiahkan jalan yang halal dan berkat buat kami.. AMIN,, Ya Rabbi..