Friday 28 October 2016

..TERBONGKAR JUA RAHSIA..

 DALAM DERITA ADA BAHAGIA, DALAM GEMBIRA MUNGKIN TERSELIT DUKA..

Alhamdulillah, masih bernafas lagi aku gadis malu2 epal. iyerlah, sudah lama tidak menulis di blog ini.
Sekarang ini, dunia aku penuh dengan jawapan jua persoalan.
aish,, tajuk macam lirik lagu tu kenapa?
sedikit bait lagu RAHMAT UJIAN oleh kumpulan Mestica.

Aku cuma nak bagitau pasal SABAR.. payahkan nak jadi SABAR ni? aik,kenapa pula nak kaitkan dengan terbongkar jua rahsia ni?

Allahuakbar, aku nak kisahkan hal aku sendiri. Aku ingat aku ni penyabar lantaran mudah merasa bangga dengan diri ala-ala low profile gitu. Allah bagi aku ujian, tapi aku tak kuat tau nak hadapinya. aku jadi sebaliknya.
Tapi, Allah sayang aku sebabnya Allah nak aku sedar diri , jangan sekadar sedar hal orang lain ja.
bila aku kembali positif, yakin pada Allah, SUBHANALLAH, ALLAH MAHA BAIK.
DIA BERIKAN AKU PELUANG YANG TERBAIK UNTUK HIDUPKU. REZEKI YANG MELIMPAH LUAH.
aku malu, sebab aku terlalu EGO. walaupun dalam SOLAT, aku tidak taat sepenuhnya..
ASTAGHFIRULLAH ASTAGHFIRULLAH ASTAGHFIRULLAH

YA ALLAH, TERUSLAH BIMBING HATI KAMI. AMIINN..

Tuesday 23 June 2015

..UKHWAH..



 ...MASIH SEGAR DI INGATAN 
SAAT MESRA BERPUTIK 
HADIRMU BAWA SINARAN 
CAHAYA INSPIRASI 
SAHABAT
 KAU SESUNGGUHNYA
 TEMANKU DIKALA SUKA DAN LARA..

sedikit bait-bait lirik Sahabat oleh Devotees

sesiapa dalam dunia ni tiada sahabat, kawan? 
semua mesti ada,kan.. 
cuma, yang pastinya setiap cara pertemuan kita, unik dan berbeza mengikut individu..



kalau nak diceritakan pasal kawan, aku selalu ada kawan. sejak kecil hingga kini, kawan ramai, cuma ramai yang jarang berhubung. huhu.. sebab tu aku rasa kawan ni boleh je nak dilabel. tapi, sahabat, macamana yer? erm.. think think think..


1,jarak.. 
-ha, kenapa aku mulakan jarak, sebabnya sahabat ni tak kisah duk jauh ke dekat, yang penting suka berhubung selalu. tak kisah lah untuk seminit ke sesaat dalam sehari.. kann.. setuju tak? kalau tak setuju,takpe,, aku tak paksa, tpai, aku pegang prinsip ni.. universal.. hihi.. 

2.informasi
-selalunya, sahabat ni suka beri apa2 info,tak kisah yang ringan ke berat ke nak ditadah untuk didengar oleh telinga. nikmat mendengar dan mendapat info dari kawan macam ni macam kekasihkan.. tapi, kekasih kerana sahabat,bukan cinta songsang.. nauzbillah... 

3. kepuasan
-bila tidak dengar berita dari kawan terkarib kita, kita rasa tidak puas la..aish,sihat ke tak dia, buat apa. kann.. semua duk ligat berputar dalam kepala.tapi,bila dapat berhubung, rasa tenang,ceria je tetiba kan.. 

4. ikhlas
-terima seadanya, kalau rasa selesa dengannya. jangan pula meninggikan ego, menunjuk-nunjuk milik kita. takutnya, susah nak cipta rasa ikhlas dalam perhubungan..

ni sedikit sebanyak yang saya cuba praktikkan.. banyak lagi,tapi cukup la dulu yer..
ALHAMDULILLAH, kawan sejak kecil hingga kini ada yang menjadi sahabat saya..
jika ada jodoh, berpisah berpuluh-puluh tahun pasti akan bertaut kembali. yang penting usaha..

moga Allah kuatkan tautan antara kita hingga ke syurga.. aamiinn.

terima kasih kepada semua kawan , sahabat, rakan yang sudi jadikan saya sebahagian@secebis kisah hidup awak semua..

Friday 19 June 2015

DI KALA KITA BERJAUHAN, RINDU ..


.. KASIH SAYANG...
 wah, indahkan perkataan itu. lebih indah jika dijadikan pegangan dalam diri kepada semua makhlukNya..

inilah pertama kalinya aku tidak dapat menyambut awal Ramadan bersama insan-insan tercinta, tak lain tak bukan mak ayah laa..

beberapa bulan yang lalu, aku mengikut kakak dan abangku "berhijrah" ke tempat yang belum pernah aku kunjungi sebelum ini,
 negeri di bawah bayu.

dulu, sewaktu berbulan-bulan, bertahun-tahun hidup di kampus, aku belum sempat nak merasai suasana Ramadan disana. Hikmahnya, tahun ini aku merasainya di "dunia " baru ini..



panjang mukaddimahnya, tapi isinya hanya untuk menyatakan aku rindukan kampungku..

aku rindu nak ikut mak aku pergi terawih. kalau di kampung, kalau bukan aku yang menjadi 'ekor' memboncengnya ke masjid, pasti adik aku. tapi, aku tahu mak aku pasti sedih tahun ni, yer la gara-gara adik pun dah bersekolah asrama..

wah,rindu sungguh-sungguh rasanya nak dengar leteran mak pagi-pagi, kejutkan sahur, kesungguhan mak memasak untuk berbuka..

RINDU, RINDU SERINDU-RINDUNYA..

ALHAMDULILLAH, syukurnya aku kerana masih ada mak ayah. aku sedih tiap kali terbaca status dari rakan-rakan yang telah kehilangan mak ayah..

jadi, aku harus lebih berusaha untuk menjadi anak solehah. contohnya, bab paling penting adalah AURATku hanya untuk mahramku..

moga aku, kawan perempuan , anak gadis , masyarakat perempuan semua dapat berusaha menjaga aurat dan menjadi aset untuk mereka kelak.. 
 aamiinn..


Tuesday 1 April 2014

jangan kerana perkara yang lepas

aku tiba-tiba terkesan dengan kata -katanya:
..."ah, ia tidak berguna, memang itu tidak penting dalam hidup aku"...

peristiwa ini sememangnya menyentapkan fikiranku,diriku,emosiku, aku tahu, dahulu dia berkali-kali gagal, namun jangan dipersalahkan orang lain . fikiranku, itu mungkin kegagalan diri sendiri yang tidak bisa mengawal emosi ketika bereaksi. sewajarnya, insan perlukan cinta,tapi, jangan terus menghambakan diri untuk mengejarnya.. tapi, peganglah cinta yang hakiki,iaitu cinta padaNYA..

sampai bila manusia ini harus hanyut dengan cinta manusia, yang terlalu menurut nafsu, mengalahkan ibadat khusyuk padaNYA,, ASTAGHFIRULLAH, jangan disamakan diri sendiri dengan orang lain, kerana jalan orang lain dipermudah kerana tidak mengutamakan cinta manusia, sedangkan diri kita?? terlalu taksub dengan manusia???

sampai bila harus menyekat orang lain untuk mendapatkan kebahagian kerana kealpaan diri sendiri?
jangan gundahkan orang lain dengan cerita mistik sendiri yang salah. malangnya, banyak yang suka menggodam, bukannya mempraktikkan amalan-amalan yang mampu merubah diri ikhlas kepadaNYA.

musibah itu tanda Allah ingin berikan pengajaran, jangan kerana itu, kita jauh dan terus lari dariNYA,, jangan, jangan,jangan.. tapi,mengapa kau begitu duhai diri?  ingatlah,dunia ni tidak kekal, manusia pun akan mati, pembalasan juga menanti...

YA ALLAH, KAU MATIKANLAH AKU BERSAMA GOLONGAN YANG KAU REDAI,KASIHI..  AAMIINN,, YA RABBI..

Tuesday 24 December 2013

PESONA CINTA DIRI


kebelakangan ini, hati ini tertanya-tanya, ke manakah diri ini menitipkan kasih? hari-hari yang terus berlalu meninggalkan kenangan yang tidak mungkin diambil kembali. terasa lesu juga kadang kala menghiasi diri, dek kusamnya cinta padaNYA.. meskipun dari luaran boleh dikatakan penampilanku agak sopan, namun sejujurnya dalaman masih lagi lompang.. 

ALLAHURABBI,, lemahnya imanku, rendahnya martabatku didepanKU...


disaat orang lain mengusap tangisan keinsafan di hadapanMU, di balik tabir tirai malam, diriku hanya hanyut dengan nafsu yang inginkan lena yang tenang. dibalik ada insan yang kaku dalam dakapan perang, usangnya tempat tinggal, aku masih lagi sombong diatas pembaringan... ASTAGHFIRULLAH... terlalu jauhnya diriku padaMU...

hati ini terus kering tanpa basahan dan kilauan mutiara zikir padaMU. sesungguhnya, beberapa detik ini hatiku KAU gerakkan untuk terkesan dengan kisah si gadis itu...

aku melihatnya dari jauh, seolah-olah dia insan yang sombong. namun, ENGKAU bukakan hijab mataku tatkala aku melihat ketika gadis itu menitiskan airmata kehinaan di hadapanMU, sedangkan aku, masih lagi beku tanpa setitispun mengalir diwajahku.. argh,,, memang kerasnya hatiku ini... 

sejujurnya, aku merasakan hatiku mulai turun egonya meskipun masih sukar menitipkan tangis secara luaran, namun titisan deraiannya dapat aku rasai di dalamnya...langkah aku teruskan melangkah untuk mencuba mendekati rumahMu, tika masa yang aku ada,, tekadku, untuk mendapatkan rasa rindu padaMu memenuhi hatiku.. sesungguhnya, aku merasakan girang berada di rumahMu meskipun tidak kupenuhi semua waktu disitu. namun, aku dapat melihat semangat saudara-saudaraku berjemaah..

aku teruskan pula usaha untuk menyingkap tabir dinihari buatMu.. aku inginkan tahajud... aku nekad untuk laksanakan... Alhamdulillah, gerak hati yang Kau berikan banyak membantuKu untuk jadi lebih positif..

sesungguhnya aku terlalu dahagakan kasihMu yang sudah lama aku tinggalkan dalam diriku.. aku juga mengharapkan insan-insan yang aku sayangi turut serta jihad bersamaku,, jihad melawan nafsu, jua jihad mencapai redaNYA...

aku takut matiku nanti dalam kemurkaanMu, YA RAbBi, matikan Aku dalam redaMu, KasihMu... itulah Impian utamaku untuk terus melangkah dalam jihadku... 

Sunday 13 October 2013

kisah di balik masyarakat

kesempatan cuti semester ini, aku ingin menulis sebuah kisah yang realiti... kisah yang berlaku, namun adakah kita masih kisah tentang mereka?...

suatu kisah tentang si gadis yang masih mentah, masih remaja, masih bersekolah, masih ada ibu bapa... 

pengharapan ibu bapa terhadap anak gadisnya ini memang besar sekali. inginkan perubahan terhadap si gadis, mereka menghantarnya ke sekolah aliran agama...

   namun, lagak dan gaya si gadis masih bebas dan sudah belajar ponteng sekolah, melepak berlainan jantina...
dalam fikiran si gadis, cuma inginkan keseronokan tanpa sedar mampu menjeratkan masa hadapan sendiri..

kisah ini diceritakan sendiri oleh si gadis kepadaku tatkala beberapa pertemuan dengannya.. asalnya, aku tidak menduga si gadis ini jauh lebih muda lantaran lagaknya yang agak matang.. 

aku teruskan kisah si gadis... detik-detik masa terus berlalu.. namun, di hati tidak pernah singgah perasaan cinta untuk menimba ilmu... hatinya terus terpaut kepada jejaka-jejaka sebagai kenalan yang baginya akan setia...

suatu hari, melintaslah si jejaka yang membonceng seorang janda... si gadis melihat jejaka itu dengan cemuhan....
namun, hatinya bertukar kasih dan sayang kepada si jejaka kerana cinta yang diluahkan..
akhirnya, pelajaran diketepikan dan mereka dikahwinkan meskipun si bonda terasa dengan si gadis.untuk mengelakkan perkara buruk, perkara itu diturutkannya.  perbezaan umur antara mereka membuatkan si gadis yang bertukar status " bini " berusaha mematangkan tingkah.. 

untungnya si suami kerana si bini sememangnya begitu menyayangi... masa terus berlalu, tetapi kesan cemburu yang tinggi terhadap si bini membuatkan si bini sering dipukul, dikasari. namun, cinta tetap bersemi buat si bini..

                        cinta si bini teruji bila si suami dituduh membunuh seorang gadis... 
                             namun, si bini masih setia menemani setiap hujung minggu ke penjara .... 
 ketika tiada sang suami, si bini terus di perli ibu mertua yang tamakkan harta. bahkan, si anak pun turut membenci si ibu ini.. namun, kasih terhadap suami membuatkan si isteri masih setia menanti suami.. meskipun tidak tahan dengan kehidupan begini...

pengajaran diri: dalam hidup mementingkan aspek agama supaya membantu membaiki kelemahan yang ada... memang akan porak peranda bila tiada pegangan yang kukuh, sebaliknya akan terus hidup dalam sengsara... sesungguhnya jodoh adalah pilihan kita... meskipun takdir dariNYA..


Sunday 29 September 2013

indah di mata, indah lagi yang merasa

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan bertinta selepas lama mendiamkan diri...
perasaan terlonjak-lonjak untuk menulis tentang suatu kisah realiti, tapi pasti memberikan impak dalam diri...
 
sebuah perkenalan dalam kehidupan yang baru... kisah ini berkait dengan antara insan yang rapat denganku.. kisah cinta hakiki dan diredai... inshaallah..
 
si dia merupakan wanita yang sangat disegani dan di kasihi ayah bonda, serta keluarga. keletahnya yang lembut dan ramah mesra membuatkan ramai yang tertarik dengannya...
sejak di bangku sekolah lagi, dia sudah diminati oleh insan-insan yang bergelar lelaki... sehinggalah menuntut di sebuah ipt...
 
sememangnya, dugaan cinta dari lelaki seringkali menyapa diri. namun, tekad dirinya untuk mengutamakan pelajaran dan berbakti kepada ibu bapa dipegang erat. akhirnya, dia berada di semester akhir pengajian...
ketika itu, ujian datang lagi.. tatkala mendapat panggilan "kata-kata" dari sahabat lelaki yang sama sekolah darinya, ingin menjadikan dirinya zaujah ... tangisan sebak dikeluarkan dan di kongsi kepada ayah bonda.. sememangnya, ayah bonda begitu menyenangi si lelaki itu, namun wanita ini menolak lantaran menganggap mereka ibarat keluarga....
 
persahabatan diteruskan meskipun lamaran ditolak..
kini, wanita itu meneruskan MASTER... dalam perjalanan itu, dia telah dilamar dengan panggilan JQAF di Sabah... terpaksa berhenti seketika dalam pengajiannya...
 
di saat berada di negeri bawah bayu, ramai guru lelaki yang ingin menggoda, namun perisai iman telah membanteras semuanya...
 
ketentuan dari Ilahi, perkenalan "seseorang" telah disuakan melalui orang tengah. tanpa mengenali diri masing-masing, keputusan di dahului dengan istikharah kemudian di bawa menemui keluarga untuk mengetahui jawapan.. ternyata, wanita itu menetapkan pilihan ibu ayah adalah yang terbaik.. dengan berbesar hati, si ayah menyambut tangan dihulur dari lelaki..
 
detik-detik yang berlalu,  ikatan pertunangan telah di langsungkan.... beberapa bulan ikatan itu, mereka langsung tidak pernah bertegur sapa, bermesej mesra jauh jua... Nampak terserlah jiwa mereka dengan kontrak cinta Ilahi melebihi manusia.. subhanallah..
 
detik syawal menyatukan mereka... bergemalah suara 'sah' dari saksi menetapkan mereka sudah bergelar suami isteri... perkataan "assalamualaikum" adalah ayat perkenalan pertama buat mereka.. senyuman terukir membuatkan hati berdebar menerima takdir jodoh... kini, mereka tengah melayari nikmat cinta yang realiti...
 
p/s: kisah ini sememangnya memberikan impak untuk diri  ini menjaga maruah dan mahkota diri dari terjebak dengan cinta palsu. sesungguhnya,, kita mampu untuk mendamba cinta agung jika kita sendiri yang berusaha mengawal diri..
Ya RABBI, jika diberikan jodoh didunia, hadiahkan jalan yang halal dan berkat buat kami.. AMIN,, Ya Rabbi..