Friday 19 June 2015

DI KALA KITA BERJAUHAN, RINDU ..


.. KASIH SAYANG...
 wah, indahkan perkataan itu. lebih indah jika dijadikan pegangan dalam diri kepada semua makhlukNya..

inilah pertama kalinya aku tidak dapat menyambut awal Ramadan bersama insan-insan tercinta, tak lain tak bukan mak ayah laa..

beberapa bulan yang lalu, aku mengikut kakak dan abangku "berhijrah" ke tempat yang belum pernah aku kunjungi sebelum ini,
 negeri di bawah bayu.

dulu, sewaktu berbulan-bulan, bertahun-tahun hidup di kampus, aku belum sempat nak merasai suasana Ramadan disana. Hikmahnya, tahun ini aku merasainya di "dunia " baru ini..



panjang mukaddimahnya, tapi isinya hanya untuk menyatakan aku rindukan kampungku..

aku rindu nak ikut mak aku pergi terawih. kalau di kampung, kalau bukan aku yang menjadi 'ekor' memboncengnya ke masjid, pasti adik aku. tapi, aku tahu mak aku pasti sedih tahun ni, yer la gara-gara adik pun dah bersekolah asrama..

wah,rindu sungguh-sungguh rasanya nak dengar leteran mak pagi-pagi, kejutkan sahur, kesungguhan mak memasak untuk berbuka..

RINDU, RINDU SERINDU-RINDUNYA..

ALHAMDULILLAH, syukurnya aku kerana masih ada mak ayah. aku sedih tiap kali terbaca status dari rakan-rakan yang telah kehilangan mak ayah..

jadi, aku harus lebih berusaha untuk menjadi anak solehah. contohnya, bab paling penting adalah AURATku hanya untuk mahramku..

moga aku, kawan perempuan , anak gadis , masyarakat perempuan semua dapat berusaha menjaga aurat dan menjadi aset untuk mereka kelak.. 
 aamiinn..


No comments:

Post a Comment