Thursday 31 May 2012

PERHIASAN DI BALIK TERSIRAT

Pabila dikatakan kehidupan, kadang-kala merasakan diri ini sering alpa...
Namun, di saat mata terbuka, hati bertinta, mulut berbicara,
saat ni jualah semua deria berperang dalam kedinginan,,,
saling menyalahi antaranya, tidak mahu mengalah,
Alhamdulillah, diucapkan syukur hanya padaNya kerana hanya Dia pemilik segalanya....
justeru teman, pabila mengalami masalah, berusahalah untuk mengingatiNya, kerana hanya Dia yang mampu memberikan jalan yang terbaik,,,

-> perhiasan sebenar itu apa sebenarnya?
jiwa insan meruntun hatinya,, meluluh tangisnya dek tak mampu merangkul yang diingini. Perasaan hasad menerumuskan diri hingga lembah hina. Maka, sebelum bertindak, fikirkanlah untuk masa panjang, bukannya sekadar mengikut nafsu..
p/s duhai teman,,,, bersedialah berjuang memerangi indah di mata kerana kadang-kadang ianya hanya indah khabar dari rupa..
....wassalam...

HIKMAH SEBUAH PERTEMUAN

subhanallah, beberapa hari lepas daku telah menemui seorang kakak yang santun budinya.

ketika daku melihatnya, entah  mengapa terasa sebak melihat dirinya, yang kuat hatinya dan teguh hatinya dalam mempertahankan ciri-ciri muslimah sejati.

meskipun di balik ketabahannya, daku menyedari bahawa kekurangan pada dirinya sebenarnya cerminan kekuatan dirinya untuk terus berjihad..

daku terfikir, meskipun kakak ini dijadikan suri teladan, namun adakah hanya sekadar di bibir saja, tanpa daya usaha?

 

 MUHASABAH DIRI, adakah sudah di saat penghujung??

Alhamdulillah, daku mengucapkan syukur padaMu.

  Meskipun esok adalah hari penghulu segala hari , namun hari ini daku teringat kenangan hari-hari hari Jumaat yang  telah mencoret beribu kenangan seawal kemasukanku untuk semester kedua ini.

 Diri ini merasakan tersisih daripada jalan yang benar, kerana kealpaan diri sendiri..

hari ini, detik-detik akhir dan penghujung semester ini diri diuji lagi,,,

Ya Allah, hanya Kau Maha Mengetahui segalanya,,,,