di sebalik tenangnya desiran angin yang membuai lembut....
di setiap langkah perjalanan yang tersusun dengan rancak.....
sudah pasti ada penghujungnya...
semestinya hikmah ada tersembunyi disetiap lembaran hidup insan......
aku meniti sebuah kisah insan yang baru kenali. Alhamdulillah, Allah izinkan pertemuan kami kekal sehingga kini. InsyaAllah semoga akan berkekalan hingga hujung usia...
di setiap bait tingkahnya bisa mencerminkan ketinggian kesopanan dan keberanian... Sungguh beruntung bagi si ibu yang telah melahirkannya, sungguh mekar senyuman si ayah dek didikannya bisa mencairkan jiwa insan kearah nur Islam...
suatu ketika, hatiku beria-ia mengajak dia untuk berbicara di dalam sebuah perjalanan... sebak jua hatiku mendengar hakikat sebenar dirinya. Kekuatan diri dan hatinya sememang telah memperdayaku kerana aku menganggap dia masih mempunyai sokongan yang padu sehingga kini dari IBU tercinta. kisahnya yang suram itu telah ditutupi dengan cebisan senyuman dari riak wajah yang sering menguntumkan semangat .
perjuangan seorang ibu sememangnya tiada tandingan didunia,
- tanpanya tiadalah kita didunia,
-tanpanya tiadalah malaikat dunia untuk membelai kita.
- tiadanya ibu didunia bagiku merupakan sebuah kehilangan yang besar didunia.
aku masih terngiang-ngiang kenangan silamku, kerana aku bukanlah anak yang
terlalu patuh pada bonda yang berjasa. desak hatiku, ingin segera kembali pulang
kepangkuan bonda. ingin meratap wajah tuanya yang sering memberikan bakti padaku,
kini, aku makin mengerti betapa sayangnya bonda pada anaknya
kerana dia sering berusaha untuk menjaga kita sebagai amanah yang besar dengan
penuh kemesraan.
alhamdulillah, aku patut bersyukur kerana bondaku masih bisa meniti hidup sehingga kini.
aku seakan merasakan selama ini sering khilaf
dalam menjaga qalbunya....
sejujurnya, aku tidak bisa membayangkan jika bonda tiada didunia, kerana dia adalah
antara insan terbaik untukku bergantung.
tidur nyenyaknya di malam hari menggambarkan penatnya dia
berusaha
memenuhi keperluan putera-puterinya. sebelum subuh menjelma, dirinya
sudah bersiap menunaikan janji
demi menyuap rezeki kepada insan-insan yang telah dilahirkannya....
SESUNGGUHNYA, BONDA ADALAH INSAN YANG TERLALU DEKAT DIHATI, TIADA PENGGANTI DIDUNIA, HANYA DIKAU SATU DI MATA HATI...
YA RABBI, IZINKANLAH HATI INI BISA BERTAUT DI MATA HATI BONDA AGAR SETIAP KAMI BISA MENDOAKAN KESEJAHTERAANNYA, SEMOGA DIRINYA BISA MENGUKIR SENYUMAN YANG BERMAKNA KERANA KAU JADIKAN KAMI SEBAGAI PERMATANYA.
semoga terkuburnya bonda insan ini bersama dengan para syuhadah.. AMIN

No comments:
Post a Comment