alhamdulillah, sepanjang aku bercuti di kampung halaman, aku sempat juga membelek-belek beberapa buah buku. antara buku yang aku telah mampu menyentuh hati adalah buku karya BURHAN SODIQ.
ALLAHUAKBAR, aku tidak menduga bahawa perasaan teringin lagi untuk membacanya meskipun telah beberapa kali membacanya membuatkan hatiku berdetik untuk memulakan pena lagi.
kebanyakan bukunya perihal REMAJA. maka, dari sinilah aku mendapat tajuk ini untuk penulisan kali ini.
"MUNGKIN SESAAT SAHAJA",,,untuk sesiapa sudi membacanya, hayatilah.
memang sudah banyak pengalaman mataku melihat bahananya 'cinta' kepada kawan-kawanku. ASTAGHFIRULLAH, rata-ratanya nikmat itu hanya sementara, tapi meranap kesucian buat selamanya.
kisah yang aku sendiri melihat, meratap apabila kawan baikku sendiri sudah menjadi mangsa. dia sememangnya gadis yang cantik. namun, telah tersasar dek ikutan nafsunya hanya dalam sesaat, tanpa memberikan keizinan untuk dirinya menghabiskan pengajian terlebih dahulu.
sejujurnya, tingkah kita sebagai gadis mudah goyah apabila mendapat pujian dari "lelaki" yang lembut lidah dari gusi itu. sememangnya, kontemporari ini susah untuk menjaga hati, panahan mata dari insan berlainan jantina itu. ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH... ini menyebabkan dalam sesaat bisa membuatkan diri lupa padaNYA.
adakalanya, bagiku lebih baik dilabelkan sebagai 'gadis sombong' oleh mereka yang hanya pandai berkata-kata, namun lisan mereka mampu merubah dunia kita.
tetapi, diri perlulah mencuba untuk menghalang diri dari menginginkan di puja, dipuji oleh lelaki buaya
namun, sering bertangguh untuk berbakti dalam 'ADDIN'. izinkanlah aku usahakan diri dalam langkah ke jalanNYA.
sememangnya, aku mengharapkan aku mampu menggapai 'cintaNya' di hatiku tanpa lalai dalam hidupku. aku merasakan sering menyisihkan cinta AGUNGNYA yang semestinya cinta yang KEKAL, AGUNG, MULIA...
:renungan buat hatiku,
--> duhai kawan, sekiranya seseorang itu betul-betul menginginkanmu, pernahkah dia menemui ibu bapamu?
jika tidak, itu hanyalah corak permainan mereka yang ingin menguji tahap diri mereka berjaya atau tidak dalam menjadi lelaki sejati...
DAN,,, MUNGKIN SESAAT SAHAJA, saat diri kita terbuai oleh mereka, MAMPUKAH kita menolak kemahuan mereka?
-> adakah kita mengerti bahawa TUHAN kita sendiri mengharamkan jalinan tanpa ikatan suci?
kekadang, saat terlelap itulah kita alpa untuk beribadah dan rela menangguhnya,,, ALLAHUAKBAR,, inilah BAHANAnya CINTA TANPA BERLAPIK..
ya TUHANKU, moga KAU izinkan aku untuk menjauhi 'cinta manusia' yang haram buatku.
YA RABBI, moga izinkan diriKu untuk berusaha 'MENSOLEHAHKAN DIRIKU UNTUK MENDAPATKAN INSAN SOLEH' seandainya ditakdirkan jodoh untukku di dunia ini..
AMIN,, YA RABBI...

No comments:
Post a Comment