entah mengapa tiba-tiba terdetik untuk menyuarakan pandangan bisikan hati di laman blog ini. sememangnya, 'KEJADIAN' ini telah memberikan aku peluang untuk membuka hati dan mindaku supaya tidak mudah mempercayai seseorang hanya berdasarkan 'pandangan mata'.
hati ini begitu terkilan kerana sikap sesetengah golongan yang berilmu suka memburukkan 'insan kelana' yang sedang mencari arah tuju hidup sebenar. 'habis madu sepah dibuang', aku menggambarkan sikap sesetengah kelompok ini yang hanya sekadar mengambil kesempatan di atas kelebihan insan lain.
pada panahan mata, sememangnya mampu mencairkan hati wanita pabila melihat 'ikhwan' di baluti dengan pakaian 'ala-ala alim', mesra, dan ramah ketika bertemu pada awalnya. sejuk mata memandang ketika itu, sehingga mendambakan akan memperoleh cinta dari 'ikhwan' itu. persepsi awal itu kadang kala salah seandainya terlalu percaya 100% tanpa mengetahui asal usul dahulu, tanpa merisik khabar dari teman mereka yang terdekat.
pepatah mengatakan, personaliti kawan kita mampu menggambarkan personaliti kita. maka, tidak hairanlah peranan kawan penting untuk memberikan pendedahan personaliti sebenar kita.
ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH, kerana kadang kala "HATI" ini sendiri terkandas pabila melihat tingkah 'ikhwan' yang sopan penampilannya.
NAMUN, ALHAMDULILLAH, kerana masih diberikan peluang untuk pulang ke pangkal. ternyata, risikan berita dari teman telah berjaya membuka mata dan hati ini supaya tidak terus menilai 'ikhwan' itu adalah baik, hanya semata-mata melihat pakaiannya.
YA RABBI, moga KAU selamatkanlah hati-hati kami yang mendamba cinta AGUNGMU, daripada terus leka dan hanyut dalam memburu cinta 'ikhwan' yang tidak diketahui niat hati mereka. moga DIKAU akan menghadiahkan kami 'ikhwan' dunia dan akhirat dari golongan yang ENGKAU rahmati, sayangi...
SEANDAINYA KITA MENJAUHKAN CINTA LELAKI DALAM HIDUP SEMATA-MATA UNTUK MEREBUT CINTA ILAHI, INSYAALLAH ALLAH AKAN MEMBUKA JALAN YANG BERSINAR UNTUK KITA DALAM MEMPEROLEH JODOH YANG BENAR-BENAR AKAN MENJAGA KITA SEBAGAI PERMAISURI MEREKA, SUPAYA MAMPU HIDUP BERSAMA, BAIK DI DUNIA DAN AKHIRAT.
AMIN....

No comments:
Post a Comment