"melupai sesuatu lebih sukar dari mengingatinya"
aku terpandang bait-bait " kadang-kadang melupai sesuatu itu lebih sukar dari mengingat". ayat ini menyebabkan aku teringat kepada suatu kisah 'cinta agung' yang dihadapi oleh 'ikhwan' yang soleh terhadap 'puteri' yang diulit kemewahan duniawi.. Allahu rabbi... cerita antara mereka dipenuhi dengan dugaan yang menyentuh hati...
sejujurnya, aku kagumi 'perwira soleh' ini kerana ketaatannya dalam beribadah di jalanNya amat teguh sekali. Allahuakbar,,,,
dia sering menjaga tingkah laku, pandangan matanya sering terkawal dari melihat panahan duniawi...
hikmahnya,nikmat 'khusyuk' dalam solat di perolehnya, SUBHANALLAH,,,,
namun, takdir Ilahi menduga hambaNya...
dalam suatu perjalanan,,, tidak terduga olehnya terpandang 'puteri' yang rupawan di pesisir jalan.
hanya istighfar menjadi pengubat waktu itu... ALLAHU RABBI...
pertemuan tidak terduga itu menyemai 'sifat cinta' tanpa di sangka oleh 'pemilik hati' kedua-duanya...
kesakitan 'cinta' yang dialami oleh 'ikhwan' itu sememangnya telah membuatkan dirinya 'jatuh sakit dalam khusyuk solatnya.' dia tidak mampu memberikan tumpuan dalam solat, sehinggakan dia menangis memohon ampun pada Rabbi.
akhirnya, setelah istikharah, 'ikhwan' itu telah menemui ayahanda dan bonda 'puteri ' itu. namun, hampa kerana niat suci murninya itu tidak dapat diterima oleh mereka.
hanya Allah Maha Mengetahui isi hatinya, kerana itulah 'ikhwan' tersebut masih tidak mampu sembuh dari sakitnya.
akhirnya, 'ikhwan' itu menemui ajal dalam cintanya yang tidak kesampaian itu. tekad 'ikhwan' itu, meskipun mengalami perasaan cinta kepada 'puteri', namun dirinya masih sedaya upaya mendekatkan diri pada Rabbi.
cinta murninya itu di balas dengan amalan soleh di jalan Ilahi, bukannya jalan yang melalaikan.
khabar sedih itu telah didengar 'puteri', sehingga dia berubah hatinya untuk lebih dekat kepada Maha Pencipta. Allahuakbar,,,,
sememangnya, cinta yang diletakkan kerana Allah mampu membawa haruman yang segar mewangi di sepanjang hidup..
kini, 'puteri' itu aktif dalam mentarbiah dirinya untuk berhijrah dengan lebih baik, dan jua menuntun sahabat-sahabat untuk lebih mendekati jalan cahayaNya..
pesanan 'puteri' itu: ....CINTA YANG DISEMBUNYIKAN DALAM HATI, NAMUN MASIH MENGHARAPKAN KEAMPUNAN ALLAH AKAN MENYEBABKAN PEMILIK CINTA ITU SYAHID DI JALAN YANG BENAR....
'puteri' itu sememangnya berjihad tinggi dalam merubah hidupnya, dari mencintai duniawi ke arah keagamaan...
Alhamdulillah, 'puteri' itu kini tenang dalam pelayaran mencari cinta yang kekal abadi...
meskipun sukar melupai 'ikhwan', namun dirinya sentiasa mencuba untuk menenangkan dirinya ke arah kebaikan...
Ya Allah, hanya padaMu aku meminta petunjuk, supaya jauhkan diri kami daripada menjadi lalai...
AMIN YA RABBI.....
,
No comments:
Post a Comment