Wednesday, 6 June 2012


    permata ayah bonda

bait-bait lagu Raihan, 'nabi anak yatim' telah dipasang dan di ulang pagi itu. memang menyentuh hati kepada insan yang mendengar dan menghayati bait-bait liriknya.
kelahiran insan yang agung ini sememangnya di uji dengan ujian yang hebat. sebelum lahir lagi telah kehilangan ayahanda. ketika kanak-kanak pula, telah ditinggalkan ibunda tercinta. hidupnya yatim piatu tanpa ayahanda dan ibunda. namun, dia adalah insan yang agung. Allahuakbar, Maha Hebat CiptaanNya kerana menciptakan 
insan mulia bergelar Muhammad s.a.w.

seandainya aku letakkan diriku menjadi anak yang tiada ibu dan ayah, adakah aku mampu menjadi insan yang berakhlak? mampukah aku membawa diriku ke jalan cahaya cintaNya? adakah aku boleh menjadi hamba yang kuat berusaha dalam menempuh hidup?

Maha SuciMu, Ya Ilahi kerana Engkau masih berikan waktu untukku merasai nikmat kasih sayang dari ibu dan ayah. namun, aku akui bahawa telah banyak melakukan kekhilafan  kepada mereka berdua. aku dapat melihat sinar mata mereka yang mengharapkan diri aku menjadi insan yang berjaya dalam hidup.
 hakikatnya, aku dahulu 'kurang' mengendahkan pengharapan mereka. aku sering lalai dalam menuntut ilmu dunia ini, kerana sifat egoku mungkin menyebabkan aku leka.

alhamdulillah, sifatku terhakis sedikit demi sedikit apabila melihat kesungguhan kawan-kawan sebagai permata di sekolah. aku menjadi cemburu melihat kejayaan mereka.
tekadku untuk berusaha akhirnya membuahkan hasil. subhanallah, aku merasai nikmat usahaku apabila mampu menjadi antara permata di sekolah.
aku sebak dalam diam kerana melihat sinar wajah kegembiraan mereka. aku hanya meratap hiba mengenangkan sikapku yang lalu. aku bersyukur kerana masih diberikan peluang kembali jalan pulang kepada mereka , insyaAllah diiringi dengan jalan cahaya cinta Ilahi. aku akui masih banyak lagi kelemahan diri yang perlu diperbaiki. aku bertekad ingin meninggalkan jalan kehidupan yang nanar, insyaAllah. alhamdulillah, kerana Ya Rabbi masih mengizinkan aku menemui laluan jalan pulang.


aku akui, kasih ibu dan ayah tidak akan putus selagi hayat mereka masih ada.
 mereka sentiasa mengharapkan anak-anak mengingati mereka, meskipun berbeza jarak destinasi.
jujur aku akui bahawa kehidupan di kampus telah mematangkanku untuk lebih menyayangi mereka setulus hati, meskipun hanya mendengar lunak suara mereka, hati ini akan menjadi damai...


Subhanallah, Maha Hebatnya kuasa Ilahi kerana menciptakan insan untuk berkasih sayang. Allahuakbar.

sesungguhnya, beruntunglah kepada insan yang masih lagi mempunyai ibu bapa di dunia ini. selagi hayat di kandung badan, sama-samalah kita berjuang untuk meneruskan bakti dalam hidup mereka. sememangnya, segala pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada diri kita tidak mampu kita membalasnya.

p/s: Ya Allah, sesungguhnya hanya padaMu aku mendamba kasih dan memohon segalanya. aku mohon semoga Engkau memberikan aku ruang dalam memperbaik mutu hidupku untuk bergelar anak solehah kepada ibu bapaku. semoga Engkau izinkan diriku mampu menjadi permata bernilai dalam hidup mereka. AMIN YA RABBAL ALAMIN.




No comments:

Post a Comment