** sesuci hati ibunda **
pernah suatu ketika, ketika melangkah ke alam penuh cubaan, kudengar dan kusaksikan sebuah kesangsian jiwa yang meratap lara dalam gelora. tiupan kencang ribut taufan dek peredaran zaman modenisasi telah melenyapkan jiwa itu untuk berbakti pada yang utama, iaitu Maha Pencipta dan ibu yang tercinta. kebiadapan terhadap ibu tercinta membuatkan jiwa sang tua itu sengsara, menangis sebak dek kedurjanaan insan yang tiada perimanusianya.
namun, rintihan si tua sering menitir di bibir lantaran rindu akan generasinya yang sudah lama hilang di pandangan mata.
sebak jiwa terasa, pedih telinga mendengar luluhan insan yang mulia itu. meskipun generasinya di buai dan di ulit dengan penuh belaian, namun susu yang di berikan telah di balas dengan tuba yang tiada ertinya.
rintihan si tua itu berterusan berjalan, seiring pantasnya masa bergerak..
suatu ketika itu, si ibu tua menjadi semakin nanar dalam jalan hidupnya, dek kerana teman sehidupnya telah pergi buat selamanya. si ibu terus menanti kepulangan insan yang di kandungnya dengan penuh harapan, ibarat emas yang menggunung. kealpaan si anak telah membuatkan si ibu memendam lara dan rasa. nikmat kemewahan yang di peroleh anaknya hanya mampu didengar dengan telinga, bukannya boleh merasainya. melaratnya si ibu tua itu telah membuatkan jiwanya menjadi kaku dan kecewa dengan anaknya. takdir Yang Maha Esa, si anak telah menjadi buta, harta benda telah hilang semuanya. Namun, si ibu tua yang sangat mulia itu tetap menerima anaknya. subhanallah, kasih ibu memang tiada penghujungnya, malah akan membawa ke syurga..
p/s: tinta ini khas buat ibu kerana ibulah ratu di hati. jua buat diri insan supaya berusaha menjadikan ibu permata utama dalam jiwa.
wassalam..

No comments:
Post a Comment