Saturday, 2 June 2012

      di saat terbuai

sebelum melangkah kaki ke kampus ini, aku sempat bertemu dengan kawan sekolahku. dalam pertemuan yang tidak diduga itu, kami sempat bertanyakan khabar dan secara tidak langsung juga terselit dengan cerita 'sensasi'. senyuman hanya kuukirkan ketika 'dia' berbicara. namun, senyumanku tiba-tiba sahaja terhenti tatkala 'dia' menceritakan perihal dirinya. topik itu walaupun menarik buat remaja, namun membuatkan jiwaku pedih kerana aku  merasakan tidak mampu memandunya pada ketika itu kerana tuntutan waktu yang mencemburui  telah memisahkan jarak kami sehingga detik ini. itulah pertemuan terakhir kami.

aku masih teringat bait-bait kata dari mulutnya.
" alangkah indahnya saat terbuai dengan cinta insan itu. saya merasakan dunia ini saya
 yang punya. erm, meskipun telah lama kasih tersulam, namun kami berjaya membatasi
 jalinan cinta dengan baik. kitaorang sering mesej, "call", bertemu, namun tidak pernahpun bersentuhan. wah, hebatlah dia kerana dia mampu menaungi hati ini. erm, sekejap lagi nak jumpa dia, sudah tidak sabar rasanya." (olahan dari bait-bait katanya).


mendengar saja ayatnya itu, mulutku  terkunci dengan tiba-tiba. dulu, 'dia' sering menasihatiku untuk tidak 'couple' dan perlulah menjaga pergaulan. aku terasa diriku terduga dengan "idolaku" sendiri. meskipun 'dia' tidak pernah bersentuhan, tetapi corak pergaulan mereka membuatkan diriku terasa sebak. dimanakah hilangnya bait-bait kata puitismu yang dahulu membuatkan aku dahaga untuk mendengarnya. setiap butir bicaramu dululah yang banyak  membantuku menjadi insan yang berperibadi seperti sekarang.di saat kita sama-sama bersekolah menengah biasa, 'dia' telah memberikan inspirasi untukku supaya menjaga diri.

p/s: diriku sendiri sememangnya turut tidak sempurna, namun saat dirinya terbuai itulah telah menyentapkan diriku lagi untuk istiqamah dalam menjaga hati.
 doaku semoga ukhwahku dengannya akan bertaut kembali. ku juga mengharapkan agar 'dia' mampu kembali seperti dulu, kerana kaulah insan yang pernah bersinar di jalan cahayaku. terima kasih teman.

No comments:

Post a Comment