nikmat sebuah pemberian
kak yu, kak da,sedih rasanya, tak dapat lihat 'baby' abang long. aku meluahkan rasa sebak kepada kakak-kakakku kerana aku terlalu rindukan kampung halamanku. hanya kepada mereka aku meluahkan perasaanku, kerana hanya kami bertiga anak-anak yang jauh di perantauan. aku menahan sebak di dada sebaik sahaja menelefon kampung. meskipun mendapat berita gembira mengenai kelahiran Aisyah Umairah, yang menjadi anak saudara kedua, namun rindu kepada kampung tidak dapatku bayangkan.
beberapa hari kemudian, aku mendesak adikku untuk mengirimkan gambar 'baby girl' itu kepadaku. alhamdulillah, permintaan aku telah dipenuhi oleh kak wa, iaitu kakakku yang bekerja di Kuala Krai. alhamdulillah,reda sedikit rasa sedihku.
sememangnya, aku tidak menduga akan merasai perasaan terlalu rindukan kampung sehingga membuatkan jiwa meratap hiba. detik inilah perasaan ingin pulang membuak-buak yang tidak pernah aku rasakan selama ini muncul.
aku akui, aku anak yang kurang mesra dengan keluarga, namun alhamdulillah sejak duduk di sini, diriku merasakan lebih menjadi rapat dengan mereka, terutama ibu bapa. aku tidak kisah berhabis kredit untuk menelefon ibu ayahku, kerana hanya mereka yang setia menyayangiku dan banyak berkorban dalam hidupku.
kakak-kakakku yang di sabah dan sarawak turut merasai hiba. namun,tautan hati membuatkan kami sama-sama menguatkan semangat untuk terus berjuang di tempat orang demi menimba ilmu dan jua mencurahkan ilmu.
syukur alhamdulillah, rezeki tahun ini, kedua-dua kakakku telah diberikan nikmat menjadi pendidik meskipun jauh di perantauan. aku bersyukur kerana ketabahan kakakku yang berusaha keras sebelum ini akhirnya membuahkan hasil. subhanallah.
aku mengerti bahawa kekuatan yang diminta dari Ilahi selalunya diri kita akan diuji dahulu dengan rintangan dan ujian. Maha Hebat Ilahi, kerana jalan dugaanNya kepada hambaNya setimbal dengan nikmat yang bakal diperoleh.
kakak-kakakku adalah idolaku , sebagai muslimah yang berjuang dalam menghadapi pelbagai ujian, Allahuakbar. Maha Hebat kurniaanMu padaku kerana menghadiahkan aku kakak-kakak yang menjadi pedoman dalam hidupku.
Aku turut mengharapkan agar mampu menjadi kakak yang baik buat adik perempuanku dan juga adik lelakiku yang kini bergelar remaja di zaman era globalisasi yang mencabar. aku tahu, seandainya aku hanya mengajar tanpa belajar ke arah kebenaran, nescaya adik-adikku mungkin boleh menghadapi kepincangan dalam peribadi mereka.maka, aku harapkan agar mampu mempertingkat kredibiliti diriku supaya bisa menjadi contoh yang baik kepada mereka.
p/s:Ya Allah, moga Kau kuatkan hatiku untuk menuju jalan hijrah kepadaMu dan mampu menepis godaan, serta menghadapi ujian dengan tenang.
Ya Allah, moga Kau kuatkan hatiku untuk berusaha sedaya upaya menjadi suri teladan yang baik dalam hidupku, ....AMIN YA RABBAL ALAMIN....

No comments:
Post a Comment