nikmat sebuah ujian
" sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar "
[surah Al-Baqarah:153]
kisah Rasulullah s.a.w banyak menunjukkan ketinggian darjat keimanannya. meskipun pelbagai dugaan dan cubaan yang di tempuh, namun baginda memiliki sifat sabar yang sangat 'high class', subhanallah. meskipun di saat hidup baginda pernah di lempar batu, di ancam bunuh, di hina keluarganya, namun baginda tetap reda dengan ujian yang menerpa.
Maha Suci Engkau Ya Allah, kerana Engkau menciptakan insan yang begitu tabah dan tinggi darjatnya di sisiMu.
bait-bait tinta ini telah sedikit sebanyak mencuit rasa dalam hati ini untuk berusaha bangkit, insyaallah supaya lebih bersyukur. Namun, kerap kali dirasakan bersalah pabila nikmat yang diberikan secara percuma oleh Yang Maha Pencipta sering di sia-siakan, seperti nikmat kesihatan dan masa. kadang-kala, masa tersisa dan terbuang dengan sia-sia, astaghfirullah.
insyaallah, moga semua mampu mengorak langkah ke jalan perjuangan, sekaligus membangkitkan kehormatan diri supaya sebagai umatnya, mampu menjaga batas dan mengikut aturan syariat sebenar.
amin.
amin.
p/s; andai diri hanyut dek arus yang mengalir tanpa berusaha untuk mencari pangkal jiwa yang murni, moga mampu di hulurkan tangan dalam meneruskan langkah yang telah terhenti di balik sinar yang tertutup rapi.
wassalam.
No comments:
Post a Comment